Posted on

KaKa Folder Protector – Perisian percuma untuk lock folder dalam pendrive

folder

Pendrive sangat berguna untuk membawa data anda ke mana-mana sahaja.Tetapi dengan menggunakan pendrive, anda berhadapan risiko data anda diakses oleh orang lain jika anda kehilangan pendrive tersebut.Oleh itu anda memerlukan satu sistem sekuriti jika ingin memastikan data anda selamat.

Terdapat banyak perisian yang menawarkan fungsi untuk lock folder di dalam pendrive, tetapi berani saya katakan 99% merupakan perisian berbayar.Manakala yang percuma hanyalah perisian yang langsung tidak bagus.Dalam pencarian saya, saya telah terjumpa dengan perisian ini iaitu KaKa Folder Protector yang senang digunakan, dan semestinya percuma.

Tips:

1.Untuk menggunakannya didalam pendrive, hanya copy software ini ke dalam pendrive anda.

2.Bagi unlock folder anda, copy perisian ini ke dalam folder tersebut dan double klik software ini.

folder3

3.Untuk memastikan folder tersebut kembali lock selepas anda membukanya, pilih option Virtual Disk dan masukkan password anda.

folder4

Download:

Walaupun saya mengatakan software ini percuma, tetapi ia masih berstatus shareware dan ada sedikit function yang terhad.Tetapi anda dapat melakukan apa yang dinginkan iaitu lock folder!

Selamat mencuba 😉


RELATED POSTS

BACA :  Clover – Tab Browsing ala Chrome dalam Windows Explorer

22 thoughts on “KaKa Folder Protector – Perisian percuma untuk lock folder dalam pendrive

  1. Aku rasa developer software ni mesti peminat setia pemain Brazil si Kaka 😆 😆

  2. Haha lawak tol nama software…
    btw nice find…sblom ni aku guna folder lock ntuk pendrive…

    external aku dah ada function lock folder dah 😎

    1. folder lock tok aci sbb berbayar.kesian ko ore2 hk xtau nak cari versi warez :sleeping: :sleeping:

  3. timakasih tenkiu toche arigatoo
    tu jer yang mampu saya katakan.

    dah puas saya mencari software utk lock folder dlm pendrive.

    kini baru berjumpe…alhamdulillah…

    jazakallahu khairan kathiiraa…atas perkongsian yang penuh manfaat ini.

    PakarHowTo´s last blog post..Tips Diet Untuk Kuruskan Badan

  4. ala aku beli usb jenama imation nano dah ada software mcm ni la dh siap ada dlm tu hehe 😀 :cheerful:

    broSKL´s last blog post..TerBaek Wok ada 3 eBuku Percuma buat pembaca blog ini

    1. Tak smua brand pendrive ada software lock folder bro…lebih2 lg pendrive yang lama2…

      pendrive aku xdak…so aku bleh la try software cam kaka folder protect ni 😆

  5. Wah..best2, tapi, kalau bukak di laptop/pc yang lain, software ni still active ke bro?

    myfr3ak´s last blog post..Seminggu di Perak + Duyong Jantan!

    1. aa still active.sbbnya software ni telah dicopy ke dalam folder yg kita lock.software ni stand alone, tak perlu install pn.

      1. owh, ok2..bukan apa, ada gek software lain yg function camni, but dia simpan password tu dlm local C, so if running kat pc/laptop lain, boleh bukak dengan slambe je..

        anyway, downloading!! + thanks bro! Hee

        myfr3ak´s last blog post..Holiday in Penang + KBP Mini Gath

        1. heheh tu sbb dalam artikel tu aku dah tulis Manakala yang percuma hanyalah perisian yang langsung tidak bagus

          :biggrin: :biggrin:

  6. wah. menarik! selalunya aku guna folder lock. boleh cuba ni. trimas! :cheerful:

    BloggerDaily´s last blog post..Provide Subscription for Your Readers

  7. em software ni mmg best…dah lama aku guna..org lain mmg xboleh buka kalau xtau password…tp aku try guna dlm win 7 xblh plk…camne eh?

  8. klu buka kat mac support x?
    pe hal, thank 4 da info..
    :cheerful:

  9. huhu..belum cayer ke software ni..
    kalau macam ni nak dowmload lah… :blink:
    .-= zulfitry.com´s last blog ..Selatan Thai dan Saudara Semuslimku..Apa khabar? =-.

    1. Boleh caye la bro…
      confirm…hehe

  10. aku nak tny. kalau org delete file lockdir yg ada dlm pendrive kite tu ape yg jd kat data yg di lock?

    1. takleh bukak.solution letak balik lockdir tu.

  11. da install. tp bile kt win7 tale bukak :((

    camne nk disable lock ni?
    .-= feeza´s last blog ...i sexy, i hot, you jealous ke?. =-.

  12. hah cantik lah ni..pasni nk bagi pinjam pndrive kt membe pown xdk hal lh…private dilock..huhu :alien:

  13. thanx bro,memang terbaik lar!!! :biggrin:

  14. terbaik la software ni..thank

  15. xde virus ke nie software

Tinggalkan komen anda