Posted on

JomPHP Web App untuk iPhone/iPod Touch

splash IMG_0385

JomPHP boleh dilayari dalam bentuk mobile sejak setahun yang lepas lagi. Kini, laman-laman blog JomPHP juga boleh dilayari dalam bentuk web app untuk pengguna iOS (iPhone dan iPod touch) memudahkan pembaca JomPHP dapat mengikuti perkembangan dan artikel terbaru di blog-blog JomPHP dengan cara yang lebih senang dan elegan.

Dah lama saya pasang fungsi ini, cuma sekarang baru ada masa nak customize kemudian umum kepada pembaca semua. Fungsi baru ini menjadikan blog nampak lebih canggih dan professional, satu bonus penting kepada anda menjadikan blog anda mesra telefon pintar. Maklumlah, sekarang ramai orang sudah mula biasa melayari internet menggunakan telefon pintar, jadi amat penting bagi blog anda menyokong paparan bentuk mobile bagi kesenangan pembaca.

jomphp iphone web appIMG_0681

Paparan web app JomPHP. Lebih mesra pengguna smartphone touch screen.

jomphp iphone web app (2) jomphp iphone web app (3)

Untuk menggunakan JomPHP dalam bentuk web app, anda perlulah melayari https://jomphp.com menggunakan pelayar internet (Safari) dalam iPhone kemudian tekan butang Add to Home Screen. Dan di homescreen iphone akan muncul icon web app JomPHP.

jomphp iphone web app (4) jomphp iphone web app (5)

Lepas tekan icon JomPHP satu splash screen akan muncul dengan tulisan JomPHP for iOS/Android. Web app ini sepatutnya menyokong smartphone android tapi saya tak ada phone android nak cuba.

Menggunakan web app, banyak menu-menu dan fungsi search serta navigasi blog menjadi jauh lebih menarik berbanding mobile blog biasa. Senang nak guna.

Selepas ini, semua blog baru dan blog akan datang (jika ada) dibawah JomPHP pasti dilengkapi dengan fungsi web app ini. Seronok baca posts di web app berbanding baca dekat google reader sebab design yang simple dan elegan.

p/s: Pengguna Nokia N8 dan Android boleh tak anda cuba fungsi web app JomPHP compatible tak dengan OS smartphone anda? Kalau boleh sertakan screenshot lagi bagus, sekian 🙂


RELATED POSTS

BACA :  Sony Vaio Tab 20 – tablet 20 inci menggunakan Windows 8

15 thoughts on “JomPHP Web App untuk iPhone/iPod Touch

  1. […] This post was mentioned on Twitter by Paan Jr. Paan Jr said: JomPHP Web App untuk iPhone/iPod Touch | JomPHP http://t.co/SL7CZX0 via @jomphp […]

  2. cool gila, bila la aku boleh ada satu gak smartphone ni :pinch:

  3. Superb! new victory to jomphp^ lepas ni senang la nak surf guna iOs, thanks!

  4. macam best je, kena try ni.

  5. macam buat macam tue?..anyway memang smart!!

  6. bagus la buat mcm ni bro,internet diamana-mana sekarang ni,so masyarakat nak up to date gak baca blog.

  7. Wah,canggih ye.Lpas ni saya pun kena jadikan blog wordpress saya friendly mobilelah.

  8. Bro. Untuk pengguna nokia aku cadangkan guna NOKIA OVI APPLICATION.

    1. aku dalam proses nak buat 🙂

  9. Macam mana kita nak buat web aplication utk dilayari kat mobile ni bro?

    1. Pkai wordpress Ada plugin dia

  10. interface yang sama di Android…

    1. Cool…tak pernah test lagi web app nie kat android..trimas

  11. nice… cantik ni… nak jugak cuba buat sendiri web apps tuk iPhone.. bleh ajar? hehe…

Tinggalkan komen anda