Posted on

JomPHP, satu transformasi akan berlaku?

jomphp rocks Salam pembaca2 sekalian! Untuk makluman anda, penulis JomPHP sedang sibuk mengulangkaji pelajaran memandangkan peperiksaan akan menjelang tidak lama lagi. Oleh itu, kami kesuntukan masa untuk menulis artikel baru, membalas komen2 pembaca dsb.

Satu perkara lagi, untuk pengetahuan semua, bulan April adalah bulan dimana blog asal, iaitu Jomphp.blogspot.com telah dilancarkan. Hampir setahun sudah kami berblog, tutorial demi tutorial kami tulis, Alhamdulillah sampai ke hari ini kami masih lagi bersemangat untuk memajukan JomPHP. Blog yang tiada pengunjung dan tiada orang yang memberi komen suatu ketika dahulu, kini menerima ribuan hits setiap hari dan jumlah komen bagi setiap entri juga amat memberangsangkan.

Terima kasih kepada semua!

Oh ya, apakah yang dimaksudkan dengan transformasi? Sebenarnya bagi menyambut ulangtahun pertama JomPHP, kami ingin melakukan sedikit perubahan kepada blog ini. InsyaAllah, jika boleh kami juga ingin menganjurkan contest kepada pengunjung blog ini, sebagai tanda penghargaan kepada anda semua dan juga ingin memeriahkan dunia blogger tempatan yang giat berkembang ini. Semuanya akan diberitahu kelak.

Kami juga ingin meminta sedikit pendapatan dan idea dari anda semua tentang, bagaimana untuk menjadikan JomPHP lebih baik. Beberapa blogger telah menghubungi saya mencadangkan bahawa JomPHP patut menambahkan ruangan downloads, seperti perisian dan permainan percuma, review permainan2 komputer terkini dll. Ada juga yang mencadangkan kami buat contest setiap bulan dengan hadiah barangan komputer, hmm, susah juga tu.

Jika anda ada apa2 cadangan untuk JomPHP, kami amat mengharapkan maklumbalas dari anda. Dan sesungguhnya kami amat menghargai segala usaha anda, thanks in advance kami ucapkan kepada anda semua.

Kami akan sibuk menghadapi peperiksaan tidak lama lagi. Jika kelibat kami tidak kelihatan di blog ini, anda boleh hubungi kami di:

BACA :  Connectify Dispatch + Hotspot Lifetime License

Email: eins[at]jomphp.com

Twitter: einztrigger, cyberflyx

jcdragon-cool Sekian terima kasih!

 


RELATED POSTS

14 thoughts on “JomPHP, satu transformasi akan berlaku?

  1. contest lagi..
    apsal semua nak wat contest nih?
    haha..
    aku join jer la..
    :blush:

    Jaws´s last blog post..Pemenang Idea Contest Bersama Jaws

    1. Sekadar cadangan, belum lagi buat…tgok keadaan ah… 😎

  2. hoh .. ko buat tutorial WP ler pulak… dan yg seangkatan dgn WP

    boleh tak…
    sbb dlm WP byk guna PHP..

    hydir´s last blog post..Segmen Terjah!: Tarian Buntu bakal menggantikan Tarian shuffle?

    1. Ok, ad masa aku tulis bnyk tut wordpress 🙂

    2. bernas cadangan tu, sbb sy pon baru nak menggunakan wordpress nie..

      Afendie´s last blog post..Nokia Unlocked Camera Cell Phone – N75

  3. aku esok jadi tutor untuk bengkel server ubuntu.sibuk buat manual.nanti aku upload kat blog ni manual tu. 😎 😎

    1. haha…gila ah…wat ubuntu server plak…molek sangat lah tu

  4. pekata ang review & wat tutorial sal JOMLAH plak pasni.. hehheheh :biggrin: 😆

    Ducks´s last blog post..Off The Line

    1. jomlah or joomla? tengok ar, nak try jomsocial jgk dlu…

  5. ramai betul blogger wat contest skrang..hehe..rezeki untuk blogger2 lain.. 😛

    izzat´s last blog post..1st Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2009 – Photoshots Part 2

  6. oh contest.. aku akan join memandangkan aku subscribe blog ni.. hehe :silly:

    anarm´s last blog post..Saat Saya Amat Amat Terdesak

    1. join jangan tak join 😆 😆

  7. huhuhu.. selamat menduduki exam.. aku dah abes siap dapat result agi. hehehe… lani start sem baru… anyway good luck…

    contest.. tak sabo nak usha ape dia hadiahnya.. hehehe… wang tunai ek. hehehe… :biggrin:

    Kill-Vearn´s last blog post..Ascgen – Change Image to Text

  8. transformasi sempena filem Transformers 2.hohoho 😆 😆

Tinggalkan komen anda