Posted on

Jom mencuba Mozilla Firefox dan Google Chrome versi terbaru

firefox vs chrome

Di dalam komputer saya, hanya dua browser sahaja yang kekal; iaitu Mozilla Firefox dan Google Chrome. Saya gunakan Chrome untuk pelayaran internet kerana Chrome sangat laju, manakala Firefox pula untuk tujuan pembangunan web dan blog serta untuk tujuan mendownload.

Berbanding menggunakan versi stabil, saya lebih memilih untuk menggunakan versi terkini, yang paling updated, biarpun ianya masih dalam fasa alpha, beta dan release candidate. Antara sebab mengapa saya suka mencuba versi paling terbaru adalah kerana versi baru biasanya mempunyai peningkatan dari segi performance, serta penambahan fungsi baru dan antaramuka baru.

Kini, saya menggunakan Firefox (Minefield) 4.0b3 dan juga Chrome dev channel 6.0.472.14. Walaupun belum betul2 stabil, tapi boleh dikatakan saya amat berpuas hati dengan performance kedua-dua browser ini, jauh lebih menarik berbanding menggunakan versi stabil.

Mozilla Firefox – Minefield

firefox 4.0 final

Minefield adalah codename untuk versi firefox yang dalam fasa alpha, beta dan rc. Setakat artikel ini ditulis, versi paling terkini ialah 4.0 Beta 3.

Download Minefield (link)

Download Firefox 4.0 Beta (link)

Minefield adalah versi paling terkini, dan tidak digalakkan untuk pengguna biasa dan lebih ditujukan untuk developer. Firefox Beta pula boleh dicuba oleh pengguna biasa, cuma masih dalam proses pembangunan. Perlu diingat bahawa Minefield dan Firefox Beta tidak menyokong kesemua addons firefox yang lama, melainkan addons tersebut telah diupdate supaya compatible dengan minefield versi terbaru.

Google Chrome Dev Channel | Chrome Canary

chrome dev channel

Google Chrome dev channel merupakan chrome versi terkini, dan juga ditujukan untuk developer berbanding pengguna biasa. Namun, saya rasa chrome dev channel juga sangat stabil dan boleh diguna pakai untuk pelayaran harian.

BACA :  Cara renew lesen memandu Malaysia secara online

Chrome Canary pula boleh dikatakan eksperimen kepada fungsi-fungsi terbaru dan ditujukan untuk para developer, tetapi versi ini mungkin mempunyai banyak bugs, errors dan crash. Berbanding Canary, saya cadangkan anda untuk cuba Chrome dev channel.

Google Chrome dev channel (link)

Google Chrome Canary (link).

Maklumat lanjut boleh diperolehi di web Chromium.

Buat masa sekarang, saya hanya berminat dengan dua browser ini sahaja kerana ia memenuhi kehendak saya. Ada pros dan cons, sebab tu guna dua browser boleh selesai masalah. Setiap kali keluar versi baru Opera dan Safari, saya akan cuba guna, tetapi malangnya sampai sekarang belum jatuh hati lagi dengan kedua-dua browser ini.

Pembaca JomPHP pula suka browser mana satu? Boleh bagi pendapat, cuma kalau boleh elakkan daripada trolling ya! Winking smile


RELATED POSTS

44 thoughts on “Jom mencuba Mozilla Firefox dan Google Chrome versi terbaru

  1. sama la. suka dua dua tu.
    lawa win 7.. hehe
    .-= Luth Textile´s last blog ..Bahaya ke sertai perniagaan berasaskan sistem piramid =-.

    1. thanks…guna visual style glow air ntuk windows 7 + customize sket2 πŸ™‚

  2. Kedua2 nya aku pakai.. dulu ade opera.. tapi dah uninstall..
    :biggrin:
    .-= Piratz´s last blog ..Internet Explorer 9 Leaked Screenshot =-.

  3. […] This post was mentioned on Twitter by Tengku Aizat, einztrigger, Farhatul Hakimah, Khaidir Ab Karim, jomphp.com and others. jomphp.com said: Jom mencuba Mozilla Firefox dan Google Chrome versi terbaru http://goo.gl/fb/RX6qv #jomphp […]

  4. Dua-dua aku pakai. Mostly guna firefox. Kat netbook guna chrome. Dua-dua mantap walaupun masih ada lagi kekurangannya. Thumbs up!
    .-= fahmi ibrahim´s last blog ..Kalau Tak Dipecahkan Lemak Mana Nak Dapat Kurusnya! =-.

  5. Chrome: Selalu ‘crash’ setiap kali aku guna. Tak tahu kenapa. Sakit hati je nak mencuba-cuba. :getlost:

    Minefield: Memang bagus. Memory usage pun tak tinggi melampau kalau dibandingkan dengan Firefox biasa, 32-bit. Kelemahan yang tidak sepatutnya berlaku ialah “Bilalah Adobe nak buat Flash versi 64-bit? Dah berbulu aku tengok memory usage Firefox 32-bit sampai 200-250MB setiap kali buka 10 tab. :tongue:

    1. Dah try ke chrome dev channel? versi latest nie jrg crash…berbanding chrome 4 n chrome 5 dlu…btw still hoping ada flash 64 bit sebab nk guna firefox x64

    2. ni mesti sbb ko integrate idm dgn chrome ni. sbb tu slalu crash.

      main browser aku guna chrome sbb aku ske interface yg simple lg pun laju.

      kalo download2 yg link banyak2 aku guna firefox. xpun aku copy je link tu pastu paste kat idm..

  6. eins idm xleh gune ke firefox trbru ni…..asl ak xleh ni..die x detect….

    1. Ko guna addons flashgot la ntuk integrate ngan idm
      .-= EiNS´s last blog ..Avesta – free clean premium wordpress 30 theme by Camelgraph =-.

  7. lama tak sentuh firefox semenjak guna chrome…huhuhu
    .-= Sir Marcello´s last blog ..CoolFever Project =-.

  8. kat lappy aku ade Firefox, Chrome, Opera, Safari, IE (erkk).. main intenet, buat web, blog ape sume aku pkai firefox.. chrome kadang2 je guna.. tu pon kalau ade nk bukak akaun yg lain2.. tanak kaco seting dlm firefox..

    1. Ko designer so perlu gak la test kat smua browser kot…aku nie ntah la x penah minat pun ngan opera @ safari even though byk kali try

      1. opera dgn safari yg ada dikata2 pkai enjin paling laju kat dunia.. haram menipu je semua tu..

  9. aku selalu guna firefox..selesa ngan firefox semua ada..chrome ni aku guna bila diperlukan je…ubah setting dalam firefox skang lebih laju dari chrome…huhuhu

  10. aku install 3 browser dlm komputer aku, Opera, Firefox, Chrome..Opera untuk download, Firefox untuk buat blog, browse internet, Chrome plak untuk aku main game kat Facebook. Chrome jrg crash. Aku x guna beta punya version sbb banyak addons x compatible…kena tunggu final release la…
    .-= DiaD´s last blog ..Cadbury Share The Joy =-.

  11. Paling suka guna FF walopun crash sokmo.
    Hehehe!!! :ninja:
    .-= Eriyza´s last blog ..No Coke =-.

  12. ada chrome ngan firefox. Tapi lebih selalu gunakan firefox sebab Mafia wars toolbar tak boleh install kat chrome..hehe..
    .-= Khidhir´s last blog ..Ika Nabella AF6 ft Aliff Razali – Tiada Rasa OST Ilusi =-.

    1. Mafia wars toolbar? main pakai bot ke apa
      .-= EiNS´s last blog ..Addicted to sweet things =-.

  13. wah.. bagus ni..
    paparan baru firefox tu boleh tahan gak..
    aku sekarang byk guna firefox berbanding chrome.:)
    .-= unwanted´s last blog ..Pelajar Sekolah Gaduh dengan Cikgu Memang Biadap =-.

  14. Aku pun pakai 2 2.. tapi lebih ke firefox lagi..

  15. Salam, naper imej entri ada “Do Not Steal”.

    X paham aku…

    sila cek screenshot ni..

    http://img201.imageshack.us/img201/813/ss20100803015714.png
    .-= Mansur´s last blog ..Disable Hotlinking dan Kelemahannya =-.

    1. Emm…sbb dlu aku ada ejas lam setting directadmin ntuk disable hotlinking…
      now ada time, secara random dia akan kuar image “do not steal” tuh…
      if possible, aku akan cari solution…aritu ingatkan berkaitan htaccess tp bila da edit tetap timbul problem nie…randomly lah tak selalu

  16. aku juga pki dua2.fulltime guna chrome.firefox sekadar backup kalo2 sesetengah web tu tak leh open pki chrome mcm tmbill tak leh view bill guna chrome.
    Chrome mmg best.apa yg dikata terlaju tu mmg betul la.jarang crash.cuma idm kat chrome je asik crash.
    aku pernah dulu guna chrome beta asik crash gak.nak try balik beta sebb kata ok.
    .-= muhian´s last blog ..ATI Catalystβ„’ version 107update your ati graphic card driver =-.

  17. camne nak setel prob kat google chrome aku ha.de crash je. “google chrome has stopped working”….da reinstall byk kali tp still jd gitu gak..camnee eaa…tulun2

    1. Pakai chrome versi berapa? mostly chrome dev aku pakai takde problem camtu je…or probably because of adobe flash plugin, pastikan sentiasa update chrome n adobe flash plugin
      .-= EiNS´s last blog ..Avesta – free clean premium wordpress 30 theme by Camelgraph =-.

      1. aku pakai dev channel ni la..tp xtaw la..still jd gitu gak.geram tol..help me plz.huhu

  18. ske ngan firefox terlatest nie.. :biggrin:
    .-= arrizz´s last blog ..The Last Airbender review =-.

  19. mcm mane nk intergrate idm dgn chrome? aku cm malas la kalau nk download je copy link pastu paste kat ff. kalau ade kat chrome kan senang skit. tapi minefield ni cm menarik je. nk jugak try πŸ™‚

    1. Ko install minefield + flashgot + idm…chrome memang x support integrate ngan download manager…x best tol

  20. firefox ngn chrome adelah terbaik setakat ni. penah dgr psal Flock? flock pun dari pembangun yg same ngn firefox kan? (mozilla). cube wat review psal flock… interface pn cantik gak.. πŸ˜€

  21. chrome lah paling bagus !!
    akuh gune chrome coz laju berdesup di berukban..
    firefox utk wifi di mamak/kampus coz senang nak download something (jimat bandwidth beruk)

    ;DD

  22. Until now I still prefer using firefox. Because sometimes when I’m browsing with chrome, Google chrome crashes
    .-= freeware-utility4u´s last blog ..AVG Free Edition 90 =-.

  23. wah..best nie…
    tp mozilla yg terbaek la..
    huhu..nak try minifile..
    .-= Anip´s last blog ..Ditampar bapa sendiri hanya kerana ingin memakai tudung =-.

  24. Bro EiNS, Aku da try Google crome yg ko recommend tuh… tp speed download hempeh la… xde addon or bende len ke bro nk lajukan speed die?

    1. Watpe ko download pakai chrome? pakai la idm or orbit downloader

  25. aku click link kay google chrome nie IDM x autodetect la bro… ade cadangan???

    1. Ko bukak IDM, masuk option…pilih advanced browser configurations > amek IDM

  26. I use them both, but for download i prefer firefox

  27. Haha
    kte same la admin
    sy pn ske Chrome lau utk surf sbb laju
    n Firefox utk download n kadang2 jd backup Chrome in case lau jd pape mcm crash ek ape ke.
    due2 best!
    :cheerful: :cheerful: :cheerful:

  28. aq pakai safari..ok jugak.

Tinggalkan komen anda