Posted on

Jom guna twitter dan ikut JomPHP!

twitter-updates

Baru je melancarkan profile rasmi twitter JomPHP. 🙂

Tujuan post kali ini untuk memperkenalkan lebih lanjut tentang twitter.com dan  kegunaannya kepada kita. Selepas baca ini, sesiapa yang berminat bolehlah daftar akaun twitter dan kalau boleh jadi pengikut aka follower JomPHP sekali.

Apa itu twitter?

twitter-reply

Twitter ialah laman social microblogging yang popular. Fungsinya ringkas saja, anda boleh mengemaskini status anda kemudian berkongsi dengan rakan2 atau followers anda. Anda boleh post link ke website, menulis catatan harian seperti ‘saya baru makan nasi’, ‘saya rasa tutorial di JomPHP bagus2 belaka’, ‘saya ngantuk dan mahu tido’ dsb.

Rakan2 anda pula boleh balas atau komen pada status anda itu. Ini yang seronok, kadang2 sampai boleh bergaduh tu. Sebagai seorang blogger pula, anda boleh memanfaatkan twitter untuk post link kepada entri terbaru di blog anda.Blog2 professional seperti DownloadSquad juga menggunakan twitter untuk tujuan ini. Jika anda ada followers yang ramai, kemungkinan untuk anda menjana traffik yang banyak melalui twitter adalah tinggi.

Cara nak sertai twitter?


Masuk saja twitter.com dan daftar. Boleh juga invite rakan2 dari kenalan email anda. Kalau dah sertai, anda boleh mula follow orang lain dahulu dan kemudian mencari followers pula.

Profile twitter saya boring, ada cara nak bagi menarik tak?

twitter-updates

Profile twitter yang menarik boleh mendorong orang untuk menjadi follower anda. Ok, memula sekali anda boleh tukar profile picture. Selepas itu anda boleh customize design profile anda seperti menukar background, tukar tema warna dsb. Be creative. 😉

Twitter ada widget atau apa2 aplikasi ke?


Terdapat bermacam2 jenis widgets/application untuk twitter. Anda boleh lihat sebahagiannya di twitter apps. Follow JomPHP untuk entri2 akan datang mengenai twitter apps yang menarik. Antaranya tentang twitterfox, tweetergetter, magpie dsb.

BACA :  Cara meningkatkan trafik ke blog anda (part 1)

Wah menariknya !!! Saya pun nak join twitter!!!

falcon

Tunggu apa lagi…jom daftar twitter sekarang. Tutorial dan entri2 mengenai twitter akan menyusul kemudian di JomPHP. Jangan lupa follow ya…maskot rasmi twitter JomPHP ialah burung helang ‘Falcon’ yang diambil dari kisah hacker legenda Falcon dalam siri Bloody Monday.

Oh ya, jangan lupa tinggalkan adress twitter anda dalam komen…jika berkesempatan JomPHP akan follow anda. Jom follow memollow !!! 😀


RELATED POSTS

18 thoughts on “Jom guna twitter dan ikut JomPHP!

  1. twitterama telah melanda. hehe 🙂

  2. Hehe…sbnarnya dh lama gna twitter…ni bru tulis artikel nk promo yg JomPHP pnya 🙂

  3. twitter best gak nak tarik traffic, tapi gua tak tau la

  4. Bro ad twitter tak…boleh cuba…stakat ni berkesan gak mnarik traffik wlaupun x bnyak pada awalnya

  5. hohohoho twitter ni memang sumber trafik yang best…

  6. Salam,

    terima kasih banyak2, post yang menarik.baru terjumpa pasal post pasal aksesori twitter.

  7. twitter dan plurk.. hehe..

    1. Seronok ke guna plurk? X penah try …nanti nak cuba (I)

      1. best gune plurk.. =)
        tapi sy rasa xsesuai la kalau nak formal.. hehe (H)

        1. plurk ala2 kecomelan dan fancy gitu…haha kan? 😛

  8. Kalau guna firefox, install la twitterfox 🙂

  9. Twitterfox mmg senang guna n mnarik…akan dicover dalam next2 entri 😀

  10. takkan dalam tandas aku nak follow nko jugak?

    Marzuki´s last blog post..Menghilangkan Logo Advertlets Dan Nuffnang Pada Iklan

  11. nie twitter aku..br je daftar..techmir.

    techie´s last blog post..AMD Release ATI Radeon HD 4770

  12. bagus gak ada blok ni. aku baru jer 1 minggu join twitter.so ada masa ads la aku punya twitter.

    http://www.twitter.com/izzanmuar aku pasti follow ko orang dan smpi bila2 kekal dlm ads aku. insyaAllah :cheerful:

  13. thanks. mcm mane nk wat post terbaru je yang keluar pada main page.x nak bagi crowded dan lambatkn loading.harap dapat bg tutorial untk sy yg baru berjinak jinak untuk berblogging

Tinggalkan komen anda