Posted on

Jetpack – membawakan pelbagai fungsi canggih WordPress.com ke blog WordPress self-hosted anda

jetpack wordpress

Jetpack ialah plugin WordPress yang sangat menarik dan berguna. Ia membolehkan anda menambah pelbagai fungsi “perkomputeran awan” yang canggih ke dalam blog WordPress self host.

Kami telah memasang plugin ini di hampir semua blog yang kami manage kerana fungsi-fungsi yang ditawarkan plugin ini sangat bernilai dan memudahkan kerja menulis blog seharian.

Antara fungsi plugin Jetpack for WordPress

  • Twitter widget – memaparkan update twitter terbaru di sidebar widget
  • Gravatar Hovercards – melihat info2 pada pengguna gravatar yang berdaftar
  • WordPress.com Stats – plugin statistik terbaik untuk WordPress
  • Sharedaddy – plugin social sharing antara paling popular
  • Shortcode Embeds – memasukkan video Youtube, slideshow dll dengan mudah
  • WP.Me shortlinks – short url menggunakan WP.me
  • After the deadline – spellcheck , periksa ejaan dengan kadar ketepatan yang tinggi
  • LateX – memasukkan persamaan matematik, formula kimia etc dengan mudah

Authorize Jetpack dengan WordPress.com

jetpack authorize

Untuk menggunakan Jetpack terlebih dahulu anda kena ada akaun WordPress.com. Kalau belum ada boleh daftar percuma di http://wordpress.com/signup/

Authorize akaun wordpress.com dan blog wordpress self hosted anda. Selepas siap authorize anda boleh gunakan segala fungsi jetpack di dashboard wordpress anda. Kalau tak suka sesetengah fungsi itu boleh activate dan di-activate.

Selamat mencuba!


RELATED POSTS

BACA :  Apa itu Gravatar?

5 thoughts on “Jetpack – membawakan pelbagai fungsi canggih WordPress.com ke blog WordPress self-hosted anda

  1. lepas dah connected dgn wp.com plugin ni akan autorun eh?

  2. aku pakai gak benda ni..user friendly..sng pakai..tapi just certain features ja la aku enable

  3. Nak kena try nieh!~ Trimasss!~ 😀

  4. wah..menarik ni..memg memudahkan sgt2..part grammer n spelling check to yg best huhuhu

Tinggalkan komen anda