Posted on

Jadikan tema Windows XP anda lebih menarik (Bhgn 1)

Ini adalah tema asal atau “default” bagi windows xp. Tidakkah anda berasa bosan dengan tema tersebut? Mahu menukar tema tetapi tidak tahu bagaimana caranya?

Ini adalah tema windows xp saya setelah melalui banyak proses pengubahsuaian. Prinsip saya ialah ringkas, bersih dan menarik. ๐Ÿ˜›

Apa yang boleh saya kata proses mengubahsuai tema adalah sangat senang, tetapi ianya memerlukan kreativiti anda untuk menjadikannya menarik. Koleksi desktop saya boleh dilihat disini.

Untuk bahagian pertama ini, saya akan syorkan beberapa tema windows xp yang menarik dan amat senang digunakan. Tema ini adalah tema rasmi dari Microsoft. Hanya perlu download dan install kemudian boleh terus digunakan. Tidak perlu “patch” atau restart komputer.

1. Royale – Download disini : Softpedia

2. Zune – Download disini : Microsoft, Softpedia

Sekian saja untuk kali ini bersambung untuk bahagian kedua dan seterusnya. Perkara-perkara yang lebih “advanced” akan didedahkan kemudian.

Hidup, kena ada seni barulah best, betul tak? ๐Ÿ˜›


RELATED POSTS

BACA :  Emoticatโ„ข untuk Yahoo Messenger XD

3 thoughts on “Jadikan tema Windows XP anda lebih menarik (Bhgn 1)

  1. Kalo bosan ngan microsoft windows, pakai ubuntu.lg terbaik.free dan open source.;)

  2. cube try alienware punyer theme
    best..

  3. nice tutorial.hoho.
    .-= amoi´s last blog ..My First Presentation in MMU Melaka =-.

Tinggalkan komen anda