Posted on

iphone 4 home button kurang berfungsi? jom hantar warranti

Tidak di nafikan masalah yang paling banyak dihadapi oleh pengguna iphone 4 ialah masalah home button kurang berfungsi. Kurang berfungsi dalam konteks ini ialah anda terpaksa menekan dengan kuat home button, kadang-kadang sehingga beberapa kali untuk melakukan sesuatu tugas. Bila iphone 4 anda mengalami masalah ini, perasaan menggunakan iphone 4 tidak lagi seindah dulu.

iphone4_home_button_20110912a

Iphone 4 saya dan @eins turut mengalami masalah ini. Tetapi kami bernasib baik kerana iphone 4 kami di beli dari Maxis.

Hantar warranti

Iphone 4 yang di beli dengan Maxis dan mana-mana telco mempunyai warranti 1 tahun. Tahukah anda jika iphone 4 mengalami masalah home button kurang berfungsi, anda boleh menghantar iphone 4 anda ke Maxis centre untuk ditukar dengan unit yang baru?

Apa yang perlu dibawa?

1. Iphone 4 yang mengalami masalah. Kotak tidak diperlukan.

2. Warranti kad

3. MyKad pemlik iphone 4 tersebut. Contohnya iphone 4 dibeli dengan nama ayah, sila bawa MyKad ayah.

Maxis yang di rekomen

1. Maxis KLCC

2. Maxis TTDI

Saya menghantar iphone 4 saya yang mengalami masalah home button ke Maxis KLCC. Saya hanya perlu menunggu dalam 2 jam, dan akhirnya diberikan iphone 4 baru (refurbished). Bersinar sinar beb!

Maxis centre lain mungkin anda terpaksa menunggu beberapa hari atau minggu, dan mungkin juga anda tidak akan dilayan. Biasanya mereka kata selagi boleh guna butang tu, tak boleh hantar warranti. Jika anda menghadapi situasi ini, sila pertahankan diri anda sebagai pengguna. Minta berjumpa dengan manager atau suruh mereka call terus Maxis KLCC.

Pengguna iphone 4 dari Celcom atau Digi, boleh cuba berkunjung ke Celcom atau Digi centre berdekatan untuk keterangan lanjut.

Baiki sendiri di kedai

Jika iphone 4 anda sudah kehabisan warranti, kos untuk membaiki home button ialah sekitar rm100 hingga rm150.

BACA :  Microsoft akan melancarkan Windows 8, Windows Phone 8 dan Surface pada Oktober 2012

Pendapat mengenai refurbished iphone 4

Ramai pengguna berkeras untuk tidak menghantar iphone 4 mereka ke warranti kerana mereka akan bimbang akan diberikan refurbished iphone 4 sebagai ganti.

Pendapat saya?

Refurbished unit pun kalau dah bersinar sinar, tiada calar umpama baru, tiada masalah home button, buat apa nak sayang lagi iphone 4 yang dah bercalar dan ada masalah tu? Hantar je warrranti bro. Ni bukan standard kedai telephone kecik yg jual unit refurbised dan kualiti dah tak elok. Apple selalu menjaga kualiti produk yang dikeluarkan.

Saya menggunakan iphone 4 hampir setahun, dah nampak buruk dan ada masalah home button, bila digantikan dengan iphone 4 baru yang bersinar-sinar dan sangat baru, sangat puas hati! Kembali jatuh cinta semula dengan iphone 4 yang dulunya telah dicuri oleh ipad 2.

Macamana nak tau iphone 4 refurbished unit ke tak?

Pergi ke Settings->General->About.

Jika serial number iphone bermula dengan 5K, maknanya iphone 4 anda ialah refurbished unit. Iphone 4 yang saya baru dapat juga serial number bermula dengan 5K.

iphone4refurb

Rujukan:

Jika anda masih was-was atau perlukan rujukan, boleh juga lihat topik di lowyat.net yang khas untuk pengguna iphone 4 yang mengalami masalah home button.

http://forum.lowyat.net/topic/1764994

http://forum.lowyat.net/topic/1764994/+500


RELATED POSTS

7 thoughts on “iphone 4 home button kurang berfungsi? jom hantar warranti

  1. ada suggestion x DiGi centre mana yang terima pemulangan iPhobe ni?

  2. belum setahun dah rosak bro? nasib baik ada warranty

  3. mslh aku pun mcm ko jugak… anta balik maxis dapat la iphone4 yg berkilat2…. senyum lebar aku.. tp balik umah bru aku perasan screen aku makin kuning (yellow tint).. siot tol la… baik henpon aku yg dulu.. putih bekilat… demmit

  4. masalah aku pulak batery ..hantar klim waranty da nak dekat 2 minggu celcom x bg jawapan lg…cam mane tu

  5. aku dh abis waranti ari tu.beli home button,pasang aje sndiri..setel masalah. hrga butang tu 60rgt

Tinggalkan komen anda