Posted on

iPhone 4 – gadget popular pilihan ramai blogger Malaysia

maxis iphone 4[3]

Pada hari Sabtu lepas, saya telah menemani abang saya @cyberflyx ke Maxis Centre, Mid Valley dengan tujuan, membeli iPhone 4. Cyberfly merupakan pengguna iPhone 3G sebelum ini dan selepas iPhone 4 dilancarkan di Malaysia, beliau dengan tanpa berlengah lagi terus membuat keputusan untuk upgrade kepada iPhone 4.

Hasil tinjauan kami di internet, banyak stok iPhone 4 di beberapa kedai yang menjual habis berikutan permintaan tinggi daripada pembeli. Malah, semasa ingin membeli iPhone 4 di Mid Valley ini pun, kami terpaksa pergi seawal jam 9 pagi untuk beratur di depan pintu kerana hanya 30 orang pertama yang beratur sahaja dibenarkan untuk membuat pembelian.

Itu pun, kami dapat giliran nombor ke-28 walaupun telah datang awal, kalau orang first yang beratur itu tak tahu la pukul berapa lagi mereka datang, lepas subuh atau mungkin dah berkhemah kat Mid sejak malam tu lagi.

Sebelum dan selepas iPhone 4 dilancarkan di Malaysia, saya lihat ramai blogger dan twitterers yang membincangkan mengenai iPhone 4. Berbeza dengan pelancaran gadget lain, pelancaran iPhone 4 ini sangat menimbulkan buzz dan hype, menjadikannya sangat popular bukan sahaja di kalangan bloggers, tetapi di kalangan rakyat Malaysia juga.

IMG_0006

Saya juga ada meminta beberapa rakan blogger untuk tweet komen kenapa perlu/tidak perlu membeli iPhone 4.

Ini adalah antara beberapa reaksi daripada mereka;


1. @ohtweet | Justkhai.com

@einztrigger Bagi aku, ip4 perlu dimiliki kerana byk apps yang menarik dan memudahkan.. | Tidak perlu kerana harganya yang t’lalu tinggi..

2. @azmanishak | Azmanishak.com

@einztrigger : perlu ada #iP4 kalau anda GEEKOSAUROURS, dan tak perlu kalau stakat sms dan call jer.

3. @neyrashazeyra | Ieyra.com

@einztrigger saya tidak mmerlukan ip4 kerana saya masih sedar diri saya sbg student? Dan saya tau keperluan dan keinginan itu bbeza.maceh

BACA :  Project Shield – Nvidia Tegra 4 Portable Gaming Console
4. @prasys | Prasys.info

@einztrigger sebab senang jerk. Cube tepuk bahu n Tanya diri – handphone mana ada apps n games paling banyan k #maxis10

5. @khydir | Hydir.com

iP4 mmg menimbulkan hype pada penggemar gadget. Mmg berbaloi gunakan iP4 ni 🙂

6. @eenrockstar | Fazreen.me

bagi aku.. once dah pakai iPhone tak kan downgrade ke hp lain dah sebab iPhone memang cool gila. aku sekarabg laptop tak da just guna iphone tuk update dan blogwalking

7. @kacang | Facebook.com/kacang

perlu sebab latest tech, facetime, iOS yg kool | 5mp tapi takbleh zoom time record, apss mahal takde crack ke? haha

Dan ini pula beberapa komen daripada fan jomphp di facebook;

ʋ̳̿Α̳̿ʅ̳̿Տ̳̿ο̳̿ɴ̳̿ᄅ ɛ̳̿Μ̲̿̽ɑ̳̿ɴ̳̿Ν̲̿ʉ̳̿ɛ̲̿ʅ̳ ͩͩͩͩͩ

IPhone4 adalah gajet terhebat stkat ini.. memang cool..
The #1 lit dlm wanted gadjet list! Tapi hanya mereka yg tlh bekerja or berduit boleh membelinya krn harganya pun mmng Hebat! haha

Syafuan

Orang beli IPhone 4 tu sebab promotion dia yang cool… tu pasal pakcik yang tak pernah pakai smartphone pon beli, tapi tak berapa pandai guna pon. Kalau awek beli lak, boley bergaya sebab kaler hitam tu cool, tapi pon tak reti guna. All in all, phone ni jez sesuai utk gadget BOY jer… Kalau average user, pakai smartphone biasa sudep…


Sebarang komen adalah tidak ditapis bagi membolehkan orang ramai melontarkan pandangan neutral mengenai iPhone 4. Ini juga bertujuan membuka minda kepada sesiapa yang berniat untuk membeli iPhone 4 kelak.

Terima kasih kepada semua rakan2 yang tweet dan memberikan komen. Saya amat hargainya. Smile

p/s: Review penuh iPhone 4 daripada saya bakal menyusul 2,3 hari lagi! Nantikan.


RELATED POSTS

36 thoughts on “iPhone 4 – gadget popular pilihan ramai blogger Malaysia

  1. iP4 mmg menimbulkan hype pada penggemar gadget.
    Masa saya nak beli kat Maxis Center di Queensbay Mall pun perlu tempah terlebih dahulu.

    Senarai mereka yang booking yg saya tgk kat senarai tu dah dekat 50 org hanya utk hari tu aja!

    Mmg berbaloi gunakan iP4 ni 🙂

  2. […] This post was mentioned on Twitter by einztrigger and Khaidir Ab Karim, jomphp.com. jomphp.com said: iPhone 4 – gadget paling popular di kalangan ramai blogger Malaysia http://goo.gl/fb/HKgKK #jomphp […]

  3. bagi aku.. once dah pakai iPhone tak kan downgrade ke hp lain dah sebab iPhone memang cool gila. aku sekarabg laptop tak da just guna iphone tuk update dan blogwalking

  4. xperlu, sbb ad Samsung Galaxy S yg lebih murah. Iphone4 kalah teruk bile dibandingkan dgn Samsung Galaxy.

    sumber : http://www.gsmarena.com/samsung_i9000_galaxy_s_vs_apple_iphone_4-review-500.php

  5. xperlu, Iphone4 jauh ketinggalan dgn Samsung Galaxy yg harganye lebih murah.

    sumber : http://www.gsmarena.com/samsung_i9000_galaxy_s_vs_apple_iphone_4-review-500p6.php

    1. Yep…Galaxy S lagi murah…dan dari segi hardware agak setanding or even better daripada iphone 4…plus xde masalah antennagate

      the only problem is that galaxy s shipped with android 2.1, yg mana ada masalah lag dan kurang smooth…official update ntuk froyo belum lg kuar…

      satu lg android punya apps dan games byk kurang berbanding app store…aku tunggu android 3.0 kuar nak tengok camne samsung galaxy S dan android smartphone lain perform

  6. duit ada jalan.. takdak duit tengok dulu baru amek! hahaha

  7. […] This post was mentioned on Twitter by Encik Luth, jomphp.com. jomphp.com said: iPhone 4 – gadget paling popular di kalangan ramai blogger Malaysia http://goo.gl/fb/JPUSR #jomphp […]

  8. e`eh lame x tgk gamba abe ney, dgn i phone 4 kah itu? hehe

    1. itu bro cyberfly dgn iphone 4 barunya

  9. iPhone 4 merupakan gajet tercanggih abad ini yg perlu dimiliki oleh org yg btol2 gilakannya. Yg tk serius,jgn beli. Nanti kate rugi plak haha. Must buy for me! ;p

  10. huhuhu.. tak sangka pulak hang pergi copy paste TERM yang aku bagi tu.. GEEKOSAUROURS <– maknyanya.. anda ini GEEK tahap denasor dan klasifikasi denasor adalah mempunyai vetebrata +_+ . hehehe

    1. Hahahah pestaim aku dgr term geekosaurus…well, aku takde la geek sangat dan bukan fanboy apple…tapi minat kepada latest tech tu sangat tinggi la

  11. bukan keperluan sgt bg diri aku maka, lupakan segala kemahuan. Baik aku bayar fees kat utp ni dr beli iphone. Sebab mmg tak teringin sgt pun. Takde masa nak ngadap fon sendiri. Dah ada 8 bijik ni pon aku campak kemana ntah

    p.s: baru aku tahu cyberflyx tu abg kau. Ahaks

    1. iPhone 4 bukan keperluan…lebih kepada keinginan terutamanya apple fanboy…

      tapi kalo da dpt tu memang berbaloi sangat la…apps n games byk gila kot…

      hahahahah now dah tau kan…eh ko penah jumpa cyberfly ke?

  12. siang dan malam.aku ni dok teringatkan
    iphone4 je.

    1. Nie semangat betul sampai mimpi2 🙂

  13. aku ingat lagi 1st hp yg aku beli dulu Nokia 3310. rindu rasanya. tp ia hancur dalam keretaku masa kemalangan kereta dulu. Terpaksa la aku beli Nokia Butterfly. Terkecil & tercanggih masa tu. Pastu nk sangat smartphone, aku beli Nokia Kapal. Pastu Sony Ericsson w700 sbb soundnya best ketika itu. sedar tak sedar dah 4 tahun (hingga hari ini) aku pakai w700. Salah ke kalau aku teringin nk beli ip4…???

  14. tny ckit bro.. kalo beli ifon 4 ngna maxis ni unlocked ke x? ifon dr maxis made in mana?

    1. Yep, unlocked…tu cyberfly beli dari maxis la 🙂
      designed by apple in california, assembled in china

  15. Pada pengalaman saya memakai iPhone 3G lebih kurang 90% keperluan saya semasa guna notebook telah diambil oleh iPhone cuma masalah kalau guna application yang berkaitan clerical terpaksa pakai notebook selain pada itu iPhone pun dah handy. iPhone 4 boleh dikatakan hebat kerana kekurangan model sebelum telah dibaiki. iPad satu lagi buah tangan Apple yang saya minati

  16. […] iPhone 4 – gadget popular pilihan ramai blogger Malaysia – 22 komen […]

  17. byk smartphone yg lbh murah agk memadai dgn apa yg ip4 blh buat so kurg brbaloi abiskn duit utk ip4.ip4 ni aku ibaratkn mcm siti nurhaliza.trlalu di-over-exploit & kipas-susah-mati akn bengang bl ada yg ktuk2…

    1. Takde smartphone yg banyak gila apps, games selain iphone…satu sebab nie je kenapa iphone sgt popular…kalo nak kata specs dan hardware biasa2 je la, byk flaws

  18. iPhone 4 mmg best. saya punya set factory unlock

  19. Iphone lagi ok kalau…
    – bluetooth boleh pair kat mana2 phone yg ad bluetooth
    – sms ringtone customization.
    – ad flash

    1. betul tu… susah nk hantar ape2 ke henset lain bila bluetooth tak pair.. alahai iphone…

  20. saya guna iphone 3gs.. apps banyak giler bila dah ada apps crack… semua free.. satu kelemahan iphone …. bateri… oh bateri… cepat habis…
    kalau guna rechargeable battery atau extended bateri.. ada kesan ke kpd iphone itu sendiri… klau ada sape2 yg tahu balas lerrr…

  21. x sangka lak facetime tu untuk iphone ke iphone jer…kalau jailbreak lepas tak? hehe

    1. Facetime, iphone 4 to iphone4, ipodtouch4g, iphone 3GS even ngan mac pun boleh 🙂

      ada third party apps nak video call dgn android etc, plus pakai yahoo messenger apps boleh video call mana2 user YM kat iPhone, Android mahupun yg pakai PC…

      btw lepas jailbreak facetime boleh call pakai Wifi atau 3G

  22. salam.pendapat aku la, membazir je Iphone ni. Trend Iphone dah semakin menurun dikalangan pencinta tech. kalau tak caya google kan aje ranking utk handphone yg access ke internet, mmg Iphone masih lead tapi trend semakin menurun dengan kadar drastik. Tu aku baca rating masa bbrpa bulan lepas tu, silap-silap now android dah potong. Sekarang ni trend android pulak. korang tau tak apa kelebihan android? android ni dia guna sistem OS pelantar google… dan sistem ini dikira open system,maknanya mana-mana developer free free je leh exploit code nya utk buat software. So kalau benda free sure ramai developer nak guna. Memang la sekarang phone punyer software banyak, tapi jagan lupa yg kebanyakkan software iphone semua kena bayar..rata-rata kena bayar beb!!! buang masa, Tapi kalau software untuk android, kebanyakkan free.Tak percaya? korang search la sendiri ok…
    Lagi satu android ni integrate dengan akaun google.semua sync jadi mudah.kalau tepon ilang pon korang masih boleh recover data septi calender dan phonebook walaupun pastu korang beli iphone android jenis lain.dan servis tu percuma. Iphone ada percuma…iphone ada?????
    lagi satu aspek penting pada aku ialah kebolehan android terutamaandroid version 2.2 codename Froyo (sekarang dah banyak dan hampir semua hp guna android 2.1 bole upgrae PERCUMA (DIULANGI percuma)ke ver 2.2 … tau tak salah satu lagi apa kelebihan android 2.2 ? kelebihan nya ialah dia bole run flash elements dalam website. mana ada OS handphone lain yg bole main flash direct kecuali android. Korang bayangkan dapat buka laman web yg ada flash lajuuu je … Iphoen tak boleh main flash dlm laman web dan Steve Job pun kata tak nak pair dengan Adobe utk bolehkan main flash..so in future ni korag jangan haraplah Iphone bleh main flash dlm web… dan kalau website yg ada kandungan flash tak bole main dlm browser fon korang..apa ertinya…. ertinya lemau laaaaa….heheh.
    Iphone bleh????
    Tu baru sket je haku citer pasal android 2.2 …sebab now dah kol 3.23 pagi so aku tak bley nak tulis panjang pasal nak tido, esok keja lah beb. Aku bukan la miliki hp android masa ni,skang ni aku guna N82 dan blackberry je tapi aku tau yg sekarang ni trend dah pergi kpd android. Maybe kalau hp aku rosak pasni mmg aku beli hp OS android la… Iphone? Sooryyyy …lemau ..harap harga je lebey …

    1. nk tnya satu ja soalan? pernah pakai iphone x dalam masa sebulan?

      1. skarang dah pakai iphone ntuk 4 bulan

  23. :angel: tel kawe lock..ank tekan2 xtahu pe nombornye..macam mana nak buat

  24. Iphone 4 is the best! awak juga pakai,,

Tinggalkan komen anda