Posted on

Internet Explorer 9 Beta review

internet explorer 9 beta screenshot

Menarik, itulah perkataan perkataan yang terpacul daripada mulut saya ketika pertama kali mencuba pelayar baru daripada M$ iaitu Internet Explorer 9 Beta. Jujur kata, saya tidak menggunakan IE sejak daripada versi IE7 dan IE8 lagi kerana bagi saya Internet Explorer merupakan pelayar internet yang bloated, perlahan, tidak selamat serta nampak ketinggalan zaman.

Namun, IE9 muncul dan membawakan banyak peningkatan baru sekaligus mampu memadam rekod buruk versi sebelumnya. IE9 walaupun masih dalam versi beta, tetapi ia tetap mendapat banyak kritikan positif daripada komuniti pengguna Internet di seluruh dunia.

Ketahui apa yang menarik pada Internet Explorer 9 Beta dengan membaca review daripada JomPHP;

1. Antaramuka minimal

internet explorer 9 beta[7]

Antaramuka Internet Explorer 9 Beta sangat ringkas, bersih dan minimal. Menyokong aero glass, adress bar dan search bar telah digabungkan serta tab bar dalam kedudukan selari dengan adress bar.

Ini menjadikan ruang pembacaan pada IE9 menjadi sangat luas, dan sangat sesuai jika digunakan pada paparan netbook.

2. Paparan website popular pada new tab

internet explorer 9 beta[7]

Jika anda membuka tab baru, IE9 akan memaparkan senarai website-website popular yang anda selalu buka. Fungsi ini adalah mirip kepada speed dial Opera dan Chrome, yang bezanya IE9 hanya memaparkan favicon dan bukannya thumbnail sesebuah website tersebut.

3. Download Manager baru

internet explorer 9 beta[10]

IE9 mempunyai download manager baru yang lebih kemas serta ada fungsi resume untuk proses download yang terputus.

4. Pin Web Apps pada taskbar

internet explorer 9 beta[12]

Ramai orang pasti suka fungsi ini; iaitu keupayaan untuk pin web apps pada taskbar. Contohnya, anda boleh drag page facebook, gmail, youtube, twitter dll pada taskbar bagi memudahkan anda membuka website tersebut seakan-akan aplikasi biasa.

Selain itu, sokongan jumplist pada superbar juga sangat menarik, contohnya dengan right click pada icon facebook anda boleh terus masuk ke news, messages, events dan friends.

Warna navigation button juga berubah mengikut warna favicon website tersebut, sangat cool.

5. GPU accelerated rendering

IE9 mempunyai sokongan GPU accelerated rendering, iaitu penggunaan grafik card pada komputer anda untuk meningkatkan kelajuan rendering sesebuah website. Website yang menggunakan HTML5 juga load dengan sangat bagus dan laju.

BACA :  Cara integrasikan Download Manager pada Google Chrome

6. Sokongan native 64 bit dan juga Flash 64 bit

Internet Explorer 9 beta mempunyai versi native untuk pengguna Windows 7 dan Vista 64 bit, selain mampu menggunakan Flash Player 64 bit. Ini dapat meningkatkan prestasi pelayaran dengan drastik, serta tiada lagi masalah untuk menonton youtube serta bermain flash games pada pelayar 64 bit.

7. Disable addons yang memberatkan

addons ie9

Dengan IE9, anda boleh disable addons yang memberatkan IE jika tidak perlu seperti toolbar dan BHO (browser helper object).

8. Peningkatan performance yang menakjubkan

Secara keseluruhan IE9 beta sangat laju, baik dari segi rendering website, startup time, exit time dan sangat responsive walaupun menguruskan banyak tabs.

Memory usage pada IE9 juga harus diberi pujian, dan pada komputer saya IE9 menggunakan memory yang lebih rendah ketika membuka 10 tabs berbanding Firefox 4 dan Chrome 7.

9. Kesimpulan

Internet Explorer 9 telah berubah daripada sebuah pelayar internet yang berat, bosan dan tidak menarik kepada pelayar internet yang ringan, bergaya serta moden. Walaupun saya adalah pengguna setia Firefox dan Chrome, saya tetap menggunakan IE9 pada masa ke semasa terutamanya bila membuka shortcut facebook, twitter dan youtube pada taskbar saya.

Internet Explorer 9 versi penuh mungkin bakal dilepaskan pada hujung tahun ini atau Januari tahun 4, masih banyak lagi masa untuk M$ melakukan pembaharuan dan membaiki bugs serta kelemahan yang ada.

Syabas kepada M$ kerana berjaya menaikkan kembali reputasi IE menerusi IE9 ini.

10. Download Internet Explorer 9 Beta

internet explorer 9

Internet Explorer 9 Beta hanya boleh digunakan pada Windows 7 dan Vista (32bit serta 64 bit) dan tidak boleh diinstall pada Windows XP.

Offline installer:

Selamat mencuba, jangan lupa memberi feedbacks anda!


RELATED POSTS

32 thoughts on “Internet Explorer 9 Beta review

  1. nampak lebih menarik ler..hehe

  2. good review, harap developer website xde prob ngn compatibility IE lepas ni..hehe

    1. IE9 finally dah adopt web standard cam HTML5, css3 dll…lgpun ada automatic compatibility ngan certain website kalo website tu takleh render dgn elok di IE9…

      IE6 adalah disaster…sebab tu M$ tak galakkan lg orang guna windows xp

  3. still ada problem…adobe flash player x compatible…n xleh nk open klo ada add on…huhu…tp look dia nmpk ok drp versi2 sebelum ni…bg aku,,chrome still no 1…hehehe…

    1. Flash player ntuk ie ko kena install separate berbanding browser lain…check kat filehippo..

      now aku guna ie9 x64 + flash x64 ok je…lagi satu boleh je open kalau ada addon, boleh je skip

  4. […] This post was mentioned on Twitter by Loq, jomphp.com. jomphp.com said: Internet Explorer 9 Beta review http://goo.gl/fb/EIkCo #jomphp […]

  5. aku 32bits,dah instal adobe flash ikut arahan dia…tp ada mslh installation…haizz…malas aku nk kesah klo benda ni x stable lagi…klo aku buka add-on dia..satu pop-up akn keluar suruh tutup IE9..INTERNET EXPLORER HAS STOPPED WORKING…BLA BLA….
    tunggu final release je la..haha :biggrin:
    …skrg ni GOOGLE CHROME plg best(bg ak)…:)

  6. Cool for 1st impression..hopefully this IE will beat Chrome and Firefox

    1. Competition is good, just wait how the end products will perform head-to-head with chrome and firefox

  7. takleh guna kat XP yang tak best tue. haha~

    1. Sangat obvious yg M$ nak push user supaya upgrade kepada vista dan 7

  8. mau try jap lagi.. Thanks untuk review yg cukup sempurna!!

    1. Ko sebagai web dev memang patut try 😀

  9. aq da gne daa..
    best si0t..
    style abis..
    laju n ringan..
    superb..

    1. sama la jugak..best! :cheerful:

  10. review yg sgt berguna.thanks!!!

  11. Huhu.. Menarik. Nak buat tutorial camne nak uninstall plak la.. :biggrin:

    1. Setahu aku, boleh uninstall dari add or remove program…

  12. memandangkan aku ni seorang yg pemalas, aku nak tggu stable version. ahahahhaa

    btw aku suka part download manager tuh, tak payah risau dah kalau download sekerat jalan ;D

  13. aku guna xp…tak boleh install ka? ahha..

    1. Sila upgrade ke windows 7 baru la best ;D

  14. dtg dri blog khai..
    wah..thx 4 info.. 🙂

    1. thanks singgah di jomphp

  15. wah..nampak menarik..thanks yer sudi share..mijie dah download cuma blum try lagi..internet slow sikit mlm ni.. support developer x ek?

    1. Tekan F12 untuk gunakan developer tools

  16. Dari semua feature yang ada yang paling menarik adalah pinning, sangat mempermudah pengguna.

    tapi kalau mau pindah gimana ya.. masih suka sama firefox :ninja:

    1. Boleh saja gunakan dua atau tiga browser sekaligus…pastikan komputer kamu mempunyai RAM yang besar

  17. […] pulak & buang masa aku je menaip.. hehe. Tapi kalau nak tau jugak, korang boleh usha kat sini, sini dan […]

  18. Salam Jumaat 😉
    Saya dgn sengajanya mencuba IE9 Beta ini utk kedua2 pc saya yg menggunakan Win7Ultimate 64bit.
    Memang kesannya ada nampak pada diri browser itu sendiri, tapi sayangnya, pada pc kedua ada error pada installation kali pertama. Bila dua2 pc dah siap install, saya dapat prestasi pc jadi semakin lembab (PC1: C2D 3.0, 4GB ram – PC2: C2D 2.93, 2GB ram). Explorer pun makan masa utk keluar ikon drive T_T

    Dan yang sedihnya, IE9b ni tiada function utk remove/uninstall dia, kat add remove takde, tgk kat ccleaner xde, tgk kat YouUninstaller pun xde, means kena buat System Restore lah jawabnya utk kembali ke asal, itu pun kalau boleh ;( Jadi kurang mesra pengguna dlm bab nak uninstall ni!

    Itu review saya,tunggulah full version punya kalau rasa nak pakai :getlost:

    1. sbnarnya boleh je uninstall ie9 http://www.softsailor.com/how-to/44253-how-to-remove-delete-uninstall-internet-explorer-9-ie9.html

      nasib baik ie9 tiada kesan buruk pada pc saya…lg laju ada lah

      1. Oh ok, trima kasih utk link uninstallnya 😉
        Tu la, nampaknya saya kena tunggu full version lah baru boleh menikmatinya 🙂

  19. mula2 nak guna explorer nie agak ragu2 sebenarnya….igauan ngeri tntg kelembapan, safety nya…tpi try ar gak
    hasilnya….ermmm not bad…laju…smooth better dari version yg lama…walaupun beta…tpi memuaskan hati saya…

Tinggalkan komen anda