InstaPic merupakan aplikasi Instagram untuk pengguna tablet atau komputer Windows 8. Walaupun ianya bukan aplikasi rasmi daripada pihak Instagram sendiri, Instapic membenarkan anda memilih gambar yang sedia ada dalam komputer, edit atau tambah filter, kemudian upload kepada laman sosial Instagram.
Aplikasi Instapic sangat berguna bagi photographer yang mahu kongsikan gambar yang diambil menggunakan DSLR atau gambar yang telah post-processed menggunakan komputer ke dalam laman Instagram tanpa memerlukan smartphone atau tablet. Juga berguna kepada pemilik bisnes online yang menggunakan Instagram sebagai medium marketing.
Like, comment, dan juga boleh simpan gambar Instagram ke dalam komputer anda.
InstaPic mempunyai fungsi edit gambar seperti menambah filter, crop, rotate, dan sebagainya.
Selepas gambar telah diedit, anda boleh tambah caption dan upload ke Instagram.
Selain itu, anda juga boleh kongsikan gambar kepada Twitter dan Facebook. Charm Bar > Configure > login Facebook atau Twitter.
Antaramuka yang kemas, fungsi yang agak lengkap bagi sesebuah aplikasi Instagram, pembangun InstaPic adalah sangat bermurah hati kerana menjadikan aplikasi ini percuma untuk dimuat turun melalui Windows Store.
Download InstaPic (Windows 8 dan RT sahaja)
Selamat mencuba! 🙂
RELATED POSTS
Macam mana nak kongsi gambar ke Twitter dan Facebook.. aku try test tadi takde option untuk post gambar ke situ.. Dia keluar kat timeline Instagram je..
Dah tambah “Selain itu, anda juga boleh kongsikan gambar kepada Twitter dan Facebook. Charm Bar > Configure > login Facebook atau Twitter.”
https://jomphp.com/wp-content/uploads/2013/08/instapic-windows-8_thumb1.jpg
Ok bro.. Thanks.. Rupanya ada lagi setting dia kat Charm Bar..
FOC. Wuuu thanks eins, lepas ni mengadap pc pun senang nak berinsta :p
cara log out yaaa gimana yaaa
Saya pernah melakukan login instapic melalui ipad. Berhubung ipad hilang, bagaimana cara me logout instapic saya melalui perangkat lain? Bisakah? Krn saya khawatir pencuri ipad saya bisa mengupload atau mengambil gambar saya. Terimakasih