Posted on

Tutorial Install MacOSX Snow Leopard pada pc anda

MacOSX Snow Leopard merupakan sistem operasi yang digunakan oleh siri MacBook, MacMini, iMac dan MacPro keluaran Apple. Berbeza dengan sistem operasi lain seperti Windows dan Linux, MacOSX tidak boleh digunakan pada pc biasa. MacOSX hanya ekslusif untuk komputer keluaran Apple sahaja.

snow-dekstop

Jika anda berminat mencuba MacOSX tetapi masih belum bersedia mengeluarkan ribuan ringgit untuk membeli komputer Mac, tutorial kali ini membawakan anda cara install MacOSX Snow Leopard ke pc anda.

Sebelum bermula, perlu saya nyatakan tutorial ini bukanlah berkenaan tema Windows yang menyamai MacOSX. Kami akan menunjukkan anda bagaimana untuk install MacOSX Snow Leopard ke dalam pc anda, dan gunakannya sebagai sistem operasi utama seperti komputer Mac yang lain.

Keperluan Utama:

1. DVD Mac OSX Snow Leopard 10.6.3 (rm109) (Apple Malaysia Store)

2. DVD iatkos s3 v2

3. Komputer dengan processor Intel.

4. Grafik kad Nvidia atau Ati. Nvidia amat digalakkan.

5. Hard disk kosong.

Info

Iatkos S3 v2 merupakan salah satu distro MacOSX yang telah dioptimize untuk kegunaan pc yang menggunakan processor intel. Dengan kata lain, anda tidak dapat membeli dvd Iatkos s3 v2 secara rasmi. Disebabkan MacOSX merupakan perisian berbayar, anda seharusnya membeli dvd retail MacOSX Snow Leopard  sebelum menggunakan Iatkos S3 v2. Kelebihan menggunakan Iatkos S3 v2 ialah dvd ini mengandungi banyak driver hardware, memudahkan process install MacOSX ke pc anda sehingga ke tahap minima.

Amaran:

1. Cuba dengan risiko anda sendiri. Pastikan anda telah backup semua data dalam hard disk anda kerana anda perlu melakukan repartition untuk install MacOSX dan semua data dalam hard disk anda akan hilang.

2. Tutorial ini tidak di jamin berfungsi 100% kerana setiap pc mempunyai pelbagai hardware dan setiap hardware compatibility nya berbeza dengan MacOSX. Anda disarankan membaca compatibility list sebelum mencuba:

Laptop Compatibility List

PC motherboard compatibility list

3. Tutorial ini untuk pc/laptop yang menggunakan processor Intel sahaja. Processor AMD tidak sesuai untuk tutorial ini.

Spesifikasi PC untuk tutorial ini

Processor : Intel Core 2 Duo E6600 2.4ghz

Motherboard : ECS G31T-M7 v1.0 socket 775

Grafik kad : Asus Nvidia 9600gt 512mb ddr3

RAM : 4gb ddr2 800 mhz

Persediaan:

1. Jika anda menggunakan lebih dari satu harddisk, sila gunakan satu hard disk sahaja.

2. Tanggalkan semua usb hardware yang tersambung kecuali mouse dan keyboard sahaja.

3. Pastikan anda tahu spesifikasi PC anda seperti sound chipset, LAN, dan lain-lain. Anda boleh gunakan PC wizard sekiranya tidak pasti.

Persediaan ini supaya tidak berlaku konflik semasa process install.

Langkah – langkah:

1. Set first boot sequence kepada DVD drive

macoxonpc1

2. Masukkan DVD iAtkos s3 v2 ke dalam dvd drive anda dan boot menggunakan DVD tersebut. Skrin ini akan terpapar.

IMG_0285

3. Tekan kekunci F8 ketika skrin di atas masih terpapar.

4.  Jika anda berjaya menekan kekunci F8, skrin dibawah akan terpapar. Pilih iATKOS S3 version 2. Jangan tekan enter lagi.

BACA :  Tips untuk pengguna baru Ubuntu

IMG_0286

5.  Taip –v       . Perhatikan command tesebut akan terpapar pada bahagian bawah skrin disebelah kiri. Selepas itu tekan enter.

IMG_0287

6. Tunggu sehingga proses loading siap dan skrin dibawah akan terpapar.

IMG_0288

7. Hanya klik Continue.

IMG_0289

8. Klik pada menu Utilities dan klik pada Disk Utility.

IMG_0290

9. Perhatikan pada sebelah menu kiri terpapar senarai drive pada pc anda. Klik pada hard disk yang anda mahu install Mac OSX. Pilih berapa partition yang anda mahukan (dibawah Volume Scheme) dan klik Options. Dalam contoh ini saya memlih dua partition.

IMG_0291

10. Pilih GUID Partition Table dan OK. Amaran! Semua data dalam hard disk anda akan terpadam.

IMG_0292

11. Jika anda mahukan partition kedua boleh diguna untuk Windows, format kepada MS-DOS (FAT)

IMG_0293

12. Klik Customize.

IMG_0294

13. Untuk Bootloader, klik AsereBLN v1.1.9

IMG_0295

14. Pada Booatloader Options, pilih Graphics Enabler (untuk grafik kad Nvidia sahaja), Ethernet, USB dan Legacy Logo.

IMG_0296

15. Pada bahagian Patches, pilih seperti gambar dibawah.

IMG_0297

16. Pada bahagian Drivers, pilih seperti gambar dibawah.

IMG_0298

17. Lagi pada bahagian Drivers. Pada VGA, pilih nVdia->Enablers->NVEnabler. Sekiranya anda menggunakan grafik kad ATI, pilih salah satu driver pada sub options ATI.

IMG_0299

18. Pilih driver untuk network kad anda.

IMG_0300

19. Setelah semuanya selesai, pilih partition yang telah diformat untuk MacOSX dan klik Install.

IMG_0301

20. Proses install akan memakan masa sehingga 20 minit. Jika process installation berjalan lancar, pc anda akan restart.

21. Sebelum memulakan pc anda, set first boot kepada hard disk dan second boot kepada dvd drive.

IMG_0302

22. Skrin ini akan terpapar, tekan F8.

IMG_0285

23. Sekiranya anda mempunyai OS lain seperti windows, anda dapat memilih OS mana untuk diboot melalui menu ini.

IMG_0303

24. Pilih MacOSX menggunakan –v . Jika semuanya berjalan lancar, anda akan dapat boot ke sistem operasi MacOSX. Tahniah!

25. Enjoy video intro MacOSX Snow Leopard yang super awesome!

 

JomPHP Hackintosh

my mac spec

my mac 2

snow-dekstop

 jomphp on mac   

 

Nota:

1. Tidak berjaya install? Sila salin error yang terpapar dan google atau bertanya di forum InsanelyMac.

2.  Berjaya install tetapi tidak dapat boot MacOSX? Kemungkinan besar anda tersalah pilih driver. Reinstall atau sila salin error yang terpapar dan google atau bertanya di forum InsanelyMac.

3. Masalah driver? Cuba download MultiBeast. MultiBeast merupakan koleksi driver MacOSX untuk hardware PC.

4. Nak update ke 10.6.6? Baca tutorial ni Update MacOSX hackintosh to 10.6.6 atau tunggu tutorial dari kami.

5. Mahukan tutorial khas untuk hardware pc / laptop anda? Apa kata cuba lawati ruangan ini:

 Tutorial hackintosh for many hardware

6. Mahukan tutorial video yang mudah difahami?

Hackintosh video tutorial by Lifehacker

7. Mahu show off Hackintosh anda? Sila berbuat demikian di Facebook fan page kami 😀

7. Nantikan banyak lagi tips dan tutorial hackintosh dari kami selepas ini.


RELATED POSTS

56 thoughts on “Tutorial Install MacOSX Snow Leopard pada pc anda

  1. 1st!!!…Komen

  2. terbaiklah!
    nantikan..haha

  3. Pure awesomeness…later aku buat tutorial AMD Hackintosh plak…

    xleh ke nak masuk mac tanpa guna -v? lambat jadi

    1. boleh. tu utk display error.tanpa -v x nampak error, just stuck.

      1. aku punya kena bubuh -v busratio=20 baru boleh boot…kalo xbubuh -v jadi kernel panic

  4. dah hagakk utk intel..
    iatkosv7 aku pnh try kt amd
    last last cpu panic huhuhu

    1. untuk AMD, guna distor Hazard

  5. gula-gula pink ape dekat monitor tu

  6. skit ag da nk sme nan mainboard ak..huhu
    ecs G41T-M6

    ak gne kat board ni semua ok…x de masalah…huhu…
    ley gne step mcm kat atas tu….
    juz note spe2 yg gne board mcm ak la…^^

    1. yes. kalau mobo sama dan grafik kad nvidia, 99% sure akan jadi tutorial kat atas.

      1. take note gak…. graphic card nvidia mmg bnyak support..yg lme pon bnyak je yg masih ley support..ATi ad yg support ad yg tak..biasa yg support bnyak yg bru2 skit… yg lme2 ad yg support tp kene modified kext dan munkin kne adit jugak kat boot.plist…

        1. ATI 4000 series, AMD 5000 series dah ada kext dia dan aku dah try jadi 🙂

  7. mcm mane ngn Intergrated graphic? blh x?

    1. Kena guna multibeast mcm cyberfly bgtau kat atas

  8. weh,,x kn kne pkai dvd ori kot..??mai pinjam dvd hg..hahah..

    1. a’ah..
      kene beli jgk ke ?
      serat pulak tu rege…
      download site x dak ?

      ;DD

      1. ada la download…
        cari iAtkos S3 V2 kat torrent…
        yang beli tu retail…
        kalu beli kene guna step lain sebab cd retail kosong dan tiada driver support tuk mobo yang x support… kiranya kalu korang ada cd retail korunk kene buat distro sendiri pulak untuk kasi mobo korunk support…
        mcm iAtkos ni dia dah siap slipstream driver2 lain n kernel2 modified… so x banyak keje dah…juz burn and install kat pc..kalu spec pc korunk mcm kat atas or hampir2 ley la cube install ikut step kat atas…

  9. perghhh,bikin teruja nk gune MacOS plak pasni… masih meneliti & memahami serta tgh mencari mase yg sesuai utk lakukan setup sepenuhnya.

  10. Bro … mintak kalau ada tutorial untuk AMD plak, AMD Athlon II X 4 635, RAM4G, apa requirement untuk rum OSX ?

  11. mmg xde ke utk pirate puny?

  12. dah berjaya install hackintosh ni bulan sepuluh tahun lepas.. hehehe.. siap triple-boot lagi.. windows 7, ubuntu 10.10, and hackintosh 10.6.5
    :w00t:

    1. Tak pkai 10.6.6 lagi ke

  13. ada masa free nanti nak try jugak :ninja:

  14. bro ade tutorial yang bhg prosesor AMD, AMD TURION II X2 M520, ram 4 gb….ape requirement dy…tq
    :cwy:

  15. Dah lama dah nak pasang Mac OS ni. Tunggu beli hard disk baru dulu baru pasang. :whistle:

  16. Tutorial AMD nanti aku wat bila masa free…buat masa sekarang korang google2 dlu ye

  17. nice tutorial. for future tutorial, mungkin gune camera yg boleh close up lagi and cuba pastikan ambil gambar depan, and tegak. baru kemas 🙂

    aku pernah cuba Hackintosh, tp zaman awal2 dulu, so mmg kurang support driver2 ni. Sebab slow gile, aku buang balik. hehe,

  18. I think it is much better to buy Macs…have you ever use Macbook Air..it is very fast in shutting down and rebooting..in split second.

  19. Salam admin,

    Tutorial yang lengkap dan berinformasi pada saya,tapi tak berani nak cuba,takut berlaku apa-apa pada laptop.

  20. kat netbook intel bleh wat tak?

      1. netbook hp mini

        1. netbook lenovo s10-3 bleh support bro?
          :w00t:

  21. cooolll…tapi lemah la nak install semua..free version tarak eh?haha

  22. klau yg gune pendrive ade x?? waiting for that tutorial

  23. Tutorial Install MacOSX Snow Leopard pada pc anda | JomPHP…

    […]… dan semua data dalam hard disk anda akan hilang. 2. Tutorial ini tidak di jamin berfungsi 100% kerana setiap pc mempunyai pelbagai hardware dan setiap hardware compatibility nya berbeza dengan MacOSX. Anda disarankan membaca compatibility list…

  24. Tutorial yg ditunggu2 🙂
    Terima kasih banyak2, tapi saya guna AMD, so kena tunggu post tutorial berikutnya lah ni 🙂
    Apa pun tutorial ni dah pun selamat di save ;D

  25. Info yg bagus. Tunggu versi AMD lak..

  26. 1. DVD Mac OSX Snow Leopard 10.6.3
    2. DVD iatkos s3 v2

    bro cyber, ko jual tak dua dvd atas ni? lagi2 yg 2nd tu. aku download da dislow kan. sebab pakai broadband haha

  27. dtg copy ngan aku kat shah alam 😉

  28. klu sy nk wat kt laptop ASUS N43JM blh ke?

    1. Boleh cuba tp kena trial and error puluh2 kali sampai jadi…xde tutorial ntuk laptop acer sbb orang US x guna acer

      1. sy pkai asus la….

        1. Oo…try follow tutorial cyberfly kot2 jadi

  29. untuk os x lion ade x bro? rugi dlot lion tp x jadi lak msuk kat ptop nih… frust2…

  30. kalau lptop spec i5, grafik kad ati 1gb ley support x bro? sbb b4 nie ade try leopard leopard 10.5.1 version Kalyway, tp xley..

    1. Try Mac snow leopard 10.6.7/10.6.6 terus bro…kalau intel maybe Try yg cybefly tulis tuh…kalau AMD guna distro hazard

  31. sy ikut tuto nie bro, lepas type -v & enter, pastu dia restart balik r.. ape poblem dia ek? lptop sy spec : i5, ati 1gb, hdd 500gb (HP G42)

    1. apa error msg yg keluar sebelum restart tu?

  32. Dh blh install, tp pastu xleh boot, dh tick mcm2 driver masa kat customize tu. Ati hd5470 support x? Lptop sy hp g42.. Blurr dah… Hoho…

  33. bro…xde versi install gna pendrive kew…

  34. even my lil kids can do it better than u do lol! –>Eien<– mna ko tau org us tak gna laptop acer?? kbnykn mereka gna acer aspie one la!!

    1. Artikel lama dah nie bro…
      dekat US mmg tak ramai pakai Acer…that’s why susah jumpa guide hackintosh laptop acer…yg ada kebanyakan Dell, HP, Asus…acer aspire one ko kena trial and error sendiri sbb tak semua function hackintosh bleh pakai out of box

  35. boleh ajar cara nak burn dlm dvd x, berpuluh2 kali aku try x menjadi

Tinggalkan komen anda