Posted on

Imagespacemedia – jana pendapatan pasif dengan iklan pada gambar di blog anda

imagespacemedia[6]

Saya sedang mencuba satu syarikat pengiklanan baru iaitu ImageSpaceMedia (ISM). Imagespacemedia ialah syarikat yang meletakkan iklan pada setiap gambar-gambar yang ada pada blog atau website anda, sebagai contoh anda boleh hover gambar di atas dan tengok ada iklan text link akan muncul.

Jika anda mempunyai blog yang mempunyai beribu-ribu atau (berjuta-juta) gambar, anda harus mencuba Imagespacemedia ini. Sebabnya, imagespacemedia boleh menjadi salah satu sumber pengiklanan pasif kepada anda, dan untuk menggunakannya sangat mudah dan cepat. Paling menarik, bayaran yang anda akan terima adalah dalam nilai USD (Dolar Amerika) dan bukannya MYR (Ringgit Malaysia).

Imagespacemedia boleh digunakan pada wordpress, blogger (blogspot), tumblr, forum atau mana2 jenis web platform yang membenarkan anda memasukkan kod javascript.

Kelebihan Imagespacemedia

imagespacemedia[8]

– Bayaran dalam USD, nilai minimum pembayaran ialah USD25

– Boleh digunakan bersama-sama Google Adsense, Nuffnang, Adverlets, Innity, Mangga Ads, Admaxnetwork dll, jadi tak rugi kalau anda mencuba sebab untung2 dapat pendapatan lebih

– Iklan tidak akan mencacatkan gambar yang sedia ada, hanya muncul bila anda hover pada gambar.

– Cara setting tidak memeningkan kepala sebab sangat mudah, tak perlu edit macam2 sebab siapa2 pun boleh buat

– Tiada geolocation untuk iklan, maksudnya iklan akan dipaparkan kepada semua pengunjung dan setiap klik akan mendapat bayaran, sesetengah ad network macam Chitika hanya kira jumlah klik daripada pengunjung US dan Canada sahaja

– Tidak terhad kepada bahasa yang digunakan pada blog anda. Blog bahasa melayu juga boleh apply dan akan muncul iklan, kalau adsense susah sikit untuk blog berbahasa melayu

– Tidak memerlukan jumlah trafik yang tinggi melampau sebagai syarat untuk mendaftar menggunakan imagespacemedia.

Cara Mendaftar Imagespacemedia

Image Space Media

– Masuk website rasmi iaitu : http://www.imagespacemedia.com

– Tekan pada butang Publisher untuk daftar.

– Isikan borang seperti di bawah

imagespacemedia[11]

– Pastikan anda memasukkan maklumat yang betul seperti mailing adress dsb. Ini sangat penting sebab cek akan dihantar kepada alamat yang anda isikan bila dah sampai masa untuk checkout.

– Untuk primary website masukkan adress blog yang anda hendak letakkan iklan imagespacemedia. Saya rasa banyak blog yang trafik bulanan lebih daripada 10000 impression dan bukan unique visitor 10,000 ya.

– Blog berbahasa melayu atau inggeris boleh apply dan akan diapprove. Ini telah dibuktikan oleh saya sendiri.

BACA :  Apa itu Gravatar?

– Selepas daftar, sila verify akaun dalam email anda. Selepas itu proses approval blog anda mungkin mengambil masa selama 24 jam.

– Sekiranya blog dah di-approve, anda boleh memasukkan iklan ke dalam blog anda. Anda juga boleh menambah blog2 lain dalam satu akaun, sangat untung kepada blogger yang menguruskan banyak blog.

imagespacemedia[13]

– Pastikan anda memilih categories iklan yang akan dipaparkan, contohnya technologies, entertainment etc.

Cara memasang iklan pada blog

imagespacemedia[15]

Sangat senang, hanya perlu copy kod javascript dan paste dalam theme atau template blog anda.

Blogspot:

– Login Blogger.com > pilih dashboard blog > layout > edit html > paste code sebelum </body> tag.

WordPress:

– Dashboard > Appearance > Editor > footer.php > paste sebelum </body> tag. Atau boleh guna plugin ISM for WordPress.

Tumblr:

– Dashboard > Appearance > Theme > paste code sebelum </body> tag.

Tips Menggunakan Imagespacemedia

– Disebabkan ini adalah salah satu cara pendapatan pasif di blog, anda tidak boleh berharap yang anda akan menjadi kaya dengan menggunakan imagespacemedia. Sekadar menambah pendapatan sedia ada cukup la.

– Lebih banyak gambar, lebih tinggi peluang iklan akan di-click jadi bayaran yang anda dapat lebih tinggi.

– Semakin tinggi trafik blog, semakin tinggi peluang anda buat duit sampingan daripada iklan imagespacemedia.

– Orang yang ada banyak blog lebih untung sebab boleh letak imagespacemedia di semua blog2 yang dia ada.

– Gunakan gambar2 yang cantik, menarik dan boleh menarik minat orang untuk click iklan pada gambar tersebut.

– Hanya gambar2 yang bukan 18sx atau lucah saja dibenarkan. Imagespacemedia tidak akan approve blog yang mencari trafik menggunakan gambar-gambar lucah.

– Gunakan paypal untuk memudahkan proses pembayaran. Kalau tidak ada paypal boleh cashout pakai cek cuma mungkin mengambil masa untuk diproses dan dihantar kepada anda.


Kalau anda rasa artikel ini berguna sila tweet atau like di facebook. Kalau nak kongsi dengan rakan di blog pun tak apa asalkan bagi linkback kepada jomphp ya.

Selamat menjana pendapatan pasif dengan imagespacemedia.


RELATED POSTS

29 thoughts on “Imagespacemedia – jana pendapatan pasif dengan iklan pada gambar di blog anda

  1. pertama kali dengar tentang imagespacemedia ni
    Insya Allah akan dicuba dalam masa terdekat ni

  2. macam menarik. boleh nak cuba nie.

  3. wow……macam best jer bunyi dia, insya allah akan cuba nanti

  4. benda ni sebijik cam gumgum..
    aku pakai gumgum skang..
    tapi nak kena kaji balik,
    sape yg bayar lebih mahal..
    so, guna satu jer..

  5. […] This post was mentioned on Twitter by jomphp.com, Mohd. Azizwan Rusli. Mohd. Azizwan Rusli said: RT @einztrigger: Imagespacemedia – jana pendapatan pasif dengan iklan pada gambar di blog anda : http://goo.gl/vCJBY @ http://fb.me/LIt6roYW […]

  6. waa.. baik punya nie…
    boleh gak aku try

  7. THANKS FOR SHARING, JOMPHP! :wub:

  8. wah!!!menarik3…nak try lah….

  9. aku pun tengah nak try..hara2 berbaloi :face:

  10. blog malaysia bleh pkai ke? dulu aku tgk die cover oversea je.. kalo dh bleh, skrg gak aku pasang kt blog.. w0ot..

    1. jomphp pkai boleh je 🙂

  11. eh, nie dah bagus.. boleh buat extra income..

  12. klu psang kat cubecart bleh ke?

    1. kat mana2 tempat yg boleh paste javascript code before boleh kot

  13. menarik2..pasti mao! :w00t:
    tq ye JomPhP

  14. Minat gak tapi kalau guna cek nanti nama pada cek tak sama seperti mcm kat sini sbb guna first & last name. Nanti nama bapa dulu dlm cek tu, (tak laku lak nanti cek tu sbb nama cam lain)
    Errr… cam na nak bagi ‘linkback’ ye (sptmana yg dibgtahu pada hujung entri ni. Minat gak nak kongsi sbb nak bagi kawan2 pun dapat pendapatan sampingan.

  15. kacing kencang.duit dah masuk.

  16. kalau blog 10k pageviews bleh la join..kalau macam trafik cikai-cikai macma aku nie, tengok ajer la…hehhhe..

  17. bro. bleh guna lightbox etc bila imej dlm blog aplikasikan kod eklan ni?

    thanks berkongsi 😉

    1. Boleh je. kat blog aku yg len aku dah try jadi

  18. macam ganggu load blog jerk.. kena custom balik theme ngan plugin baru nak test.. hehe..

    1. ko letak code dia before dia load last…xpe je

  19. Thank for info.Baru tahu. Bolehlah cuba lepas ni..

  20. Macam best je..tak penah dgr sblm ni. nnti nk try..hehe:p

  21. Ya..itu diaaaa..1 lagi info berguna dr Jomphp..
    Dah daftar..tggu approve je lagi..harap boleh apply kat blog nanti.Byk info berguna..sy dpt dr blog nie..terima kasih..

  22. terima kasih infonya….

  23. trebaikla…x tau pulak ade Imagespacemedia nie..insyaallah,saya akan gune..

Tinggalkan komen anda