Posted on

Google Melancarkan Chrome OS, Chrome Notebook dan Web Store

chrome notebook laptop

Gambar di atas ialah Google Chrome Notebook pertama yang dikeluarkan oleh Google menggunakan Chrome OS. Diberi nama Cr-48, sempena isotope bagi elemen Chromium.

Notebook Cr-48 bukanlah notebook untuk pasaran komersial, tetapi untuk kegunaan developer terpilih sahaja dan menurut Google juga, pada pertengahan tahun depan akan ada lebih banyak notebook menggunakan chrome OS bakal dikeluarkan oleh OEM seperti Asus dan ACER.

Spesifikasi bagi notebook Cr-48 adalah seperti berikut:

  • 12.1-inch screen.
  • Full size keyboard.
  • Oversized clickpad.
  • Qualcomm Gobi 3G chip for Verizon data in the US, your carrier of choice internationally.
  • 802.11n dual-band WiFi.
  • 8+ hours of active use.
  • 8+ days of standby.
  • Webcam.
  • Flash storage.

Google Chrome Notebook bakal dijual bersama-sama data plan, untuk tujuan online 24/7 disebabkan Chrome OS adalah sistem operasi menggunakan teknologi perkomputeran awan (cloud computing).

Chrome OS

Google Chrome OS ialah sistem operasi baru berasakan Linux dan dicipta untuk berinteraksi sepenuhnya dengan aplikasi web menggunakan teknologi cloud computing. Target pengguna Chrome OS ialah mereka yang menghabiskan 99% masa untuk menggunakan internet seperti melayari facebook, twitter, menonton video di youtube, membaca gossip di beautifulnara, membaca artikel menarik di Majalah9, menulis blog, dan sebagainya.

Fungsi offline pada Chrome OS sangat terhad, anda boleh menggunakan aplikasi Google Apps secara offline seperti docs, email dsb dan save local draft, kemudian akan di-sync secara automatik bila anda ada sambungan internet.

Fungsi-fungsi unik Chrome OS

– Chrome OS boot dalam masa 10 saat dan sudah bersedia untuk melayari web. Website load dengan sangat laju dan lancar, dilengkapi teknologi terkini seperti HTML5, Adobe Flash dsb.

– Segala aplikasi, dokumen, settings akan disimpan secara cloud, dengan selamat. Tak perlu risau data hilang sebab hardisk rosak atau orang curi maklumat sebab semuanya akan disimpan di dalam server Google.

– Sambungan 24/7 kepada Internet samada melalui WiFi atau 3G.

– Selamat daripada malware seperti spyware, virus dan worms serta serangan hackers.

– Kemas kini secara automatik menjadikan sistem operasi Chrome OS sentiasa terkini, stabil, laju dan lebih mantap.

Belum jelas lagi samada pengguna boleh menggunakan Chrome OS pada netbook, notebook, pc dan Mac buat masa sekarang sebab berdasarkan sumber Chrome OS hanya boleh digunakan pada device yang mendapat restu Google sahaja.

BACA :  Iklankan web anda dengan iklanpro.net

Pengguna notebook Chrome OS juga hanya boleh menggunakan satu sistem operasi sahaja dan tidak dibenarkan dual boot dengan Windows.

Chrome Web Store

chrome web store

Google juga telah melancarkan Google Chrome Web Store, iaitu “kedai maya” untuk mendapatkan aplikasi web secara percuma atau berbayar.

Anda boleh melayari chrome web store di link ini : https://chrome.google.com/webstore?hl=en-US

Dinasihatkan menggunakan sekurang-kurangnya Chrome versi 8 bagi menggunakan Web Store. Sesetengah aplikasi web adalah bookmark kepada website sahaja, dan sesetengahnya adalah aplikasi web penuh menggunakan teknologi HTML5.

google chrome web store

Apps yang diinstall akan muncul pada muka hadapan Google Chrome. Ada beberapa apps yang menarik perhatian saya, contohnya ChromeDeck atau TweetDeck versi Google Chrome.

tweetdeck chromedeck

TweetDeck pada Chrome sangat awesome, dan ianya load dengan sangat laju berbanding Tweetdeck desktop. Pengguna Ubuntu pula yang guna Chromium harus guna Tweetdeck chrome sebab tweetdeck linux sangat cacat dan buggy as hell.

Kalau kamu berminat sila install Tweetdeck chrome di link ini : Tweetdeck Chrome

sliderocket for google chrome

SlideRocket pula ada aplikasi web bertujuan sebagai alternatif kepada Powerpoint untuk membuat presentation slide. Antaramuka agak bagus dan cantik malangnya loading sangat perlahan dan berat.

Cuba SlideRocket for Chrome.

Banyak lagi aplikasi web menarik boleh anda cuba di Chrome Web Store: https://chrome.google.com/webstore?hl=en-US

Pendapat dan Kritikan

Perlu diingat Chrome OS ini untuk orang yang hidupnya didepan komputer sahaja dan berkomunikasi secara maya sahaja. Jika anda seorang designer atau web developer memang Chrome OS tak boleh substitute perisian desktop biasa yang jauh lebih advanced ke hadapan.

Pemain game tegar juga takkan menyukai Chrome OS ini sebab takkan boleh main game kegemaran anda seperti Pro Evolution Soccer, Call of Duty, Dota dan sebagainya.

Lagipun Chrome OS nie hanya sesuai untuk pengguna dengan internet laju sahaja, sebab tanpa internet laju saya rasa  Chrome OS umpama sampah sahaja. Banyak web apps yang saya cuba load dengan sangat perlahan sampai 5 minit, tak berbaloi.

Nak tunggu internet di Malaysia maju macam kat US dan negara lain, tak tahu lah kena tunggu sampai bila. Buat masa sekarang boleh tengok je la orang lain merasai kehebatan teknologi baru ini.


RELATED POSTS

13 thoughts on “Google Melancarkan Chrome OS, Chrome Notebook dan Web Store

  1. dia official launch tengah tahun depan, dan maybe masa tue kita hanya perlu tunggu sedikit masa sahaja, dan akan boleh dapatkan internet yang amat pantas. kena suh unifi luaskan dia nyer liputan.=)

    1. Aku dah tunggu ckup lama ntuk internet jadi pantas…last2 stuck dgn internet 1mbps selama lebih 5 tahun nie

  2. macam jolicloud je kan?
    tapi kalau dah ada versi notebook memang cool la..

    1. Yep, macam jolicloud…dan jolicloud pun ada netbook sndiri iaitu jolibook…

      tgh tunggu release full version, walaupun google kata restricted ntuk google punya device sahaja for sure aku rasa bnyk orang port sbb open source kan?

  3. kalau cloud tu maknanya kena ada sambungan internet jugak lah kalau nak akses dokumen, gambar, video semua?

    1. Haah betul tu sbb bnda kna akses online…yg offline terhad sangat

  4. […] This post was mentioned on Twitter by Loq and jomphp.com, mohd firhan jasni. mohd firhan jasni said: RT @einztrigger: Google Melancarkan Chrome OS, Chrome Notebook dan Web Store :… http://fb.me/vY3TJfYb […]

  5. Sebab tu lah ianya hanya sesuai untuk mereka yang kehidupannya di depan komputer.

  6. dah cuba chrome os…menarik jugaklah…

    1. Cuba yg mana? hexxeh build ke

Tinggalkan komen anda