Posted on

Google Chrome OS bakal mencabar Microsoft?

image

Antara ‘breaking news’ paling popular dalam web pada hari ini ialah pengumuman dari pihak Google di mana Google akan melancarkan sistem operasi / operating system (OS) sendiri yang dinamakan Chrome OS pada pertengahan tahun 2010.

Google Chrome OS akan diguna pakai di netbooks, dan juga desktop dan laptop computers. Adakah Chrome OS bakal mencabar Microsoft yang akan melancarkan sistem operasi terbaru Windows 7 pada Oktober tahun ini?

Menurut Google, Chrome OS dicipta dengan menegaskan kepada elemen kelajuan, mesra pengguna dan mempunyai kawalan sekuriti yang ketat. Seperti kebanyakan produk2 google yang lain, antaramuka OS ini sangat ringkas dan pengguna juga tidak perlu tentang updates, serangan virus, trojan etc.

Perkara utama yang saya suka mengenai Google ialah semua produk2 mereka yang sangat berkualiti, baik dari segi aplikasi web seperti Google search, blogger.com, Gmail, Google Reader etc. Malah, produk perisian dari Google seperti Google Picasa juga sangat berkualiti. Google juga menghasilkan OS untuk smartphone, iaitu Android yang kini juga semakin popular berbanding OS smartphone lain.

Apa yang menjadi persoalan sekarang ialah; adakah Google Chrome OS ini akan dapat digunakan secara percuma, adakah compatible dengan perisian seperti Photoshop dan Word, bagaimana compatibility dengan hardware, dan banyak lagi.

Edit: Sedikit info mengenai Google Chrome OS;

– Menggunakan kernel linux

– Kemungkinan aplikasi seperti Gmail, Google Docs dll akan dijalankan secara cloud (online) dan mungkin ada sokongan Google Gears untuk fungsi offline

– Jika menggunakan kernel linux, besar kemungkinan perisian2 dalam windows dapat dijalankan di Chrome OS menggunakan Wine

– Mendapat sokongan OEM dari pihak ASUS, ACER dan HP. Lain2 OEM akan diumumkan.

BACA :  Previu Google Chrome OS

gmail

Oh ya, satu lagi pengumuman dari Google ialah, Google Apps telah keluar dari versi beta. Jika ada buka Gmail, anda tidak akan lihat lagi label beta pada logo Gmail tersebut.

Dah lama sangat Google letak label beta kat Gmail. Ingat lagi kali pertama saya daftar gmail beberapa tahun lepas, masa tu tak buka lagi pendaftaran kepada publik, nak daftar kena ada invitation code dulu. Dan invitation code tu dihantar melalui sms kalau tak silap.

Sekarang, saya sangat2 suka Gmail. Ajax, sokongan pada fungsi themes, widgets, pop3, imap, push dll memang sangat2 kool. Ada gmail lab lagi tu. Syabas Google.

Apa pula pendapat para pembaca mengenai Chrome OS dan juga Gmail ek?


RELATED POSTS

31 thoughts on “Google Chrome OS bakal mencabar Microsoft?

  1. pada hemat K yang tak seberapa;

    Linux
    sedia maklum bahawa google sememangnya telah lama menggunakan Linux didalam servernya dan juga beberapa pekerjanya (ubuntu yang dicustom made)

    K boleh mengatakan bahawa chrome os akan menggunakan linux sebagaimana android. dan sekaligus mengataka bahawa android os adalah distro baru didalam linux. itu mungkin.

    “antaramuka OS ini sangat ringkas dan pengguna juga tidak perlu tentang updates, serangan virus, trojan etc”

    hujah kukuh untuk mengatakan chrome os adalah linux. walaupun K tetap merasakan adanya update tetapi caranya seperti yang dilakukan kepada chorme, secara automatik.

    so soalan untuk sama ada support atau tidak aplikasi windows, kemungkinan pengunaan wine perlu dan mungkin lebih menyokong aplikasi open source dan aplikasi yang disediakan oleh google sendiri.

    kan dah panjang. haiz ok tamatkan disini.

    1. Chrome OS akan menggunakan linux layer bla bla…emm aku x faham sangat pasal ini…

      adakah Chrome OS salah satu customized linux distro jugak?

      Yang pasti kalau sesuatu benda tu produk google sure lain dari yang lain…expect some breakthrough revolutionary from google
      .-= EiNS´s last blog ..Google Chrome OS bakal mencabar Microsoft? =-.

      1. tu K rasa la wakakaka. abaikan je.. sebab K pun tak tahu macam mana dia nak bina Chrome os tu.. sebab nak bna dari scratch? jangan. dan ambik masa. bukan setahun dua.

        even untuk chrome pun bukan bina dari strach.. kan dia ambil webkit engine. so mesti ada aura safari sikit, dan diambil idea orang lain. macam gears = prism kan?

        so dalam soal OS, disebabkan dia nak buat satu os untuk netbook… K rasakan bahawa tetap dia akan gunakan linux. tapi kernal linux, dan distro baru.

        arhh.. nanti la K tulis dalam blog! wakakkaka
        tak best tulis tempat orang.. segan

  2. wahh,.,. google melangkah setapak lagi,.,~
    sgt pesat meraka nih ya, dari enjin gelintar, peta dunia, browser, dan kini sistem pengoperasian,,..,seterusnya…? :ninja: :ninja: :ninja:

    1. Semua google nak dominate kan? mereka di google memang hebat
      .-= EiNS´s last blog ..Google Chrome OS bakal mencabar Microsoft? =-.

  3. […] Google Chrome OS bakal mencabar Microsoft?Antara ‘breaking news’ paling popular dalam web pada hari ini ialah pengumuman dari pihak Google di mana Google akan melancarkan sistem operasi / operating system (OS) sendiri yang dinamakan Chrome OS pada pertengahan tahun 2010. Google Chrome OS akan diguna pakai di netbooks, dan juga desktop dan laptop computers. Adakah Chrome OS bakal mencabar Microsoft yang akan melancarkan sistem operasi terbaru Windows 7 pada Oktober tahun ini? Menurut Google, Chrome OS dicipta dengan menegaskan k […]

  4. pasal beta tak beta tu .. cam tak de beza jer ?
    .-= eldy´s last blog ..Study smart ke gua ? =-.

  5. Biasenye utk OS selain Microsoft ialah berkaitan dengan software2, compatible ke tak….so just tunggu dan lihat
    .-= abcdef´s last blog ..Vacancy: Pharmacist =-.

  6. perghh hebat si google neh wat OS sendiri… mmg power ar… tapi web browser chrome sendiri tak dapat tandingi firefox agi mcm ne ni? nape depa tak kasi power dulu chrome tuh.. hehehe… tambah la ads on etc dulu… baru mesra internet..
    .-= Kill-Vearn´s last blog ..Transformers II: 10 Questions Michael Bay Must Answer! =-.

  7. Wah.. boleh la mencuba OS terbaru lepas ni!

    Rasanya ia akan lebih hebat sebab Google tentunya keluarkan OS yang hebat untuk kalahkan pesaingnya :cheerful:
    .-= MonsterBuzz´s last blog ..10 English Movies That I Should Watch: The Result is Out! =-.

  8. em, Chrome OS ye..hehehe aku dah familiar ngan windows, even linux pun aku jarang pkai sbb compatiblity ngan software2 popular punye cite la..tp xde hal kot..ramai peminat google yg akan contribute project open source diorang nanti kot..mcm dlm linux gak r kan..

    tapi free ke x itu satu persoalan BESAR :biggrin:

  9. huh!.. semestinya OS ini 100% percuma.

    Berkaitan masalah kesesuaian dengan Adobe photoshop atau MS word, pekerja Adobe dan MS perlu bekerja untuk membolehkan aplikasi mereka berjalan dalam chrome OS ni. Sebab jika OS ni popular dan ramai orang guna sudah pasti aplikasi ini satu keperluan. Operating System lebih besar dari software kan?

    Betul ke aku merepek ni?? :biggrin:
    .-= arynet´s last blog ..Taman Syurga =-.

  10. google os ni msti leh g punye r.. sume produk google aku gne sblm ni puas ati r :alien:

  11. oit pokcik! dh pndai erk bg cment . owg pown maw gak . ade ke ptot kmoo xbg kte gna google OS ni . skeh kang bru taw . owg maw try gak cz google OS utk smue lor . :tongue: 😉

    1. Boleh jer, mmg free pun n untuk semua… Mase gune tu plak jgan cume pakai jer tgok2 ler sikit perbezaan nyer, nanti Mr.Naga tanyer senang… Dia kan suker tanyer perbezaan bendabaru :w00t:

  12. mmg best kalo google kluar OS sendiri
    dah try gOS 🙂

    1. gOS walaupun bukan official dari google tp interface dia cantik…aku suka gak guna gOS 🙂

  13. terbaik r Google, bosan gak ngan MS neh..huhu nk tgk camne hasil akhir Chrome OS neh..
    .-= izzat´s last blog ..New Semester Begins As A 3rd Year Student =-.

  14. mane nak dload gOS tu? nak try gak r..boleh ke run dlm windows skang ni tanpa format?
    .-= TintaLuhur´s last blog ..Ceroboh Penapis Web Dengan ultraVPN =-.

    1. Download gOS sini; http://www.thinkgos.com/

      Nak try dalam windows download je live cd 😉

  15. eh, dah buleh letak ID twitter pulak.

    Ahha. Buleh la try nanti. Harap-harap die buleh guna dalam pc spec p4.

    Teringat pulak zaman merayu2 kat orang ramai mintak invitation untuk gmail. Hehehe.
    .-= darkk´s last blog ..Menguruskan Kemarahan =-.

  16. yeah….. google pun nk wat os sdiri…

  17. cool la Chrome OS..Browser Google chrome pon dh best, ni kan lg OS..sure mst laju n simple.. :happy:

    hope free mcm aplikasi google yg lain la.. :cheerful:

  18. Lama lagi Google OS tu keluar…

    Gunalah dulu Windows 7.

    Oktober ni belilah laptop baru…

    Bila google OS keluar, beli lagilah laptop baru…

    Tapi, saya rasa masih tidak dapat menandingi microsoft…

    Walaupun saya amat menyukai Google chrome… Bahasa perkomputeran saya adalah microsoft…

    Dan banyak website masih perlu dibuka menggunakan IE, terutamanya website kerajaan yg “lagging” itu… Hahaha :whistle:
    .-= Pangeran´s last blog ..Most Powerful Blogging Platform : WordPress =-.

    1. Oh banyaknya duit nak beli banyak2 laptop? Aku rasa tech savvy yang akan guna lebih chrome os ni…sbb home user tak ramai yang biasa dengan cloud computing ni…

      1. Iya… sekarang pun masih jugak “mak-mak” orang guna IE…

        Mana diorang tau tukar ke browser lain kalau anak diorang tak tukar… Lainla kalau wanita bekerjaya…

        Hahaha… :biggrin:
        .-= Pangeran´s last blog ..Nikola Tesla – Google Logo =-.

  19. Salam Ziarah…
    Keseluruhan blog yang amat berguna, tahniah sahabat 🙂

    Ttg GC-OS ni, wah, memang mengujakan!! Harap2 ia ditawarkan secara percuma seperti lain2 os open source, saya rasa produk2 google memang amat memberangsangkan terutama dari segi kualitinya…
    .-= annamir´s last blog ..Hening Pagi di Tasik Huffaz =-.

  20. i tried Chrome OS and it is pretty much like a scaled down version of Ubuntu. Chrome is just based on Linux and there is not much innovation in it.

  21. […] posts:Google Chrome OS bakal mencabar Microsoft? Antara ‘breaking news’ paling popular dalam web pada hari ini…Windows Live Essential (Wave 4) […]

  22. Setahu saya Chrome OS hanya utk user yang byk luangkn masa pada internet. Ia tidak lgsung mencabar Microsoft. Utk mklumat lanjut http://c88i.blogspot.com/2010/08/google-chrome-os.html

Tinggalkan komen anda