Posted on

Gmail memperkenalkan desktop notification

gmail desktop notificationAnda pengguna Gmail? Google telah memperkenalkan desktop notification untuk email-email yang baru masuk ke dalam inbox anda.

Fungsi baru ini sangat menyenangkan sebab anda tak perlu lagi refresh atau selalu check inbox gmail anda. Juga tak perlu install sebarang third party extension atau software untuk tujuan notification.

Desktop Notification for gmail hanya boleh digunakan pada pelayar internet yang menyokong HTML5. Buat masa sekarang, Google Chrome menyokong fungsi ini dan akan disokong pada pelayar internet HTML5 lain seperti Firefox dan IE9 di masa akan datang.

Untuk mengaktifkan desktop notification, masuk gmail dan login dan ada pemberitahuan untuk anda mengaktifkan fungsi desktop notification.

Boleh juga aktifkan secara manual, ikuti langkah2 berikut:

gmail desktop notification 2

Masuk settings > tick pada New mail notifications on. Sangat mudah.

Bagi pengguna yang belum guna gmail tu, haruslah berbuat demikian secepat mungkin. Haha. Dah pakai gmail takkan rasa nak pakai email lain dah.


RELATED POSTS

BACA :  Download EinsFox – portable Firefox Aurora dengan modifikasi penuh dan pelbagai fungsi menarik

12 thoughts on “Gmail memperkenalkan desktop notification

  1. sekarang ni dah banyak guna desktop notification.aritu facebook..senang lah sikit lepas ni.. :happy:

  2. […] This post was mentioned on Twitter by einztrigger and mohd aizuddin, jomphp.com. jomphp.com said: Gmail memperkenalkan desktop notification http://goo.gl/fb/FvazK #jomphp […]

  3. The power of html5…best2

  4. huhu, tp aku gune gmail kt outlook, aku rasa lagi mudah dan senang. heheh

    1. Outlook? tak pernah try dari dulu lg…aku slalu bkk browser 24/7 so better check dari sana

  5. sekarang mungkin tengah sibuk
    nak guna gmail desktop ni.

  6. pergh. smart! makin best la gmail ni.. hehe

  7. email google apps pon boleh gak ke?

    1. Boleh kot sbb kira gmail gak…cuba try

  8. Masih menunggu untuk firefox..

  9. Salam eins,

    Memang betul,siapa yang dah guna gmail mesti tidak akan bertukar kepada emel yang lain.Tapi bro dalam tetapan saya di gmail tiadalah gmail notification on.

    Saya pakai mozilla firefox,dia suruh download chrome.Memang mozilla tak bolehke?

  10. Ane pakek gmail cz tampilan ma kapasitasnya aku suka.
    ^_^

Tinggalkan komen anda