Posted on

Gaming Mouse dan Budget Mouse pilihan kami

mouse-razer-deathadder-2013

Baru-baru ini, mouse jenama Sensonic yang saya dah pakai hampir lima tahun telah rosak…tak boleh klik kanan dan wayar hampir putus. Terima kasih mouse Sensonic sebab telah lama berjasa kepada saya.

DIpendekkan cerita, saya pun buat survey di laman Facebook JomPHP. Banyak juga komen pembaca yang diterima, dan setelah meneliti hampir kesemua komen-komen tersebut, saya telah membuat shortlist untuk mouse yang bagus untuk kegunaan gaming dan juga mouse dalam kategori bajet rendah.

Mouse yang kami senaraikan ini berharga di bawah RM200, iaitu range harga yang kami kira mampu untuk dimiliki golongan pelajar dan remaja misalnya.

Budget Mouse : Logitech M185 Wireless

budget-mouse

Jenama : Logitech M185 Wireless Mouse

Harga : RM35-RM40

Kelebihan : Harga murah, sedap dipegang, wireless mouse dengna bateri tahan 12 bulan

Gaming Mouse : Steelseries Kana Dota 2

steelseries-kana-dota-2[3]

steelseries-kana

Jenama : Steelseries Kana Dota 2 Edition

Harga : RM200+- termasuk mouse pad

Kelebihan : Official Dota 2 merchandise, kalau ada ini boleh berlagak depan kawan. Brand steelseries pula tu, memang brand yang agung bagi di kalangan gamers. Sesuai untuk gamers Dota 2 tegar.

6 butang; Klik kanan, klik kiri, klik tengah, butang sisi kanan, butang sisi kiri, butang toggle CPI.

Gaming Mouse : Razer Deathadder 2013

razer-deathadder-2013-malaysia

Jenama : Razer Deathadder 2013

Harga : RM200+-

Kelebihan : Razer; salah satu jenama agung di kalangan gamers selain Steelseries dan Alienware. Dengan harga sekitar RM200, Razer Deathadder 2013 merupakan mouse mampu milik yang sesuai untuk gamers tegar yang mahukan sesuatu yang kacak, premium dan berkualiti.

6400 DPI, ergonomik dan banyak butang yang anda boleh customize pakai software yang Razer sediakan.

Versi lama Razer Deathadder boleh didapati pada harga yang lebih rendah daripada versi 2013 jika anda berminat, spec pun dah kira memadai walaupun tidak sebagus Deathadder 2013.

BACA :  Panduan Update iOS5 pada iPhone, iPad, iPod Touch

Mouse di atas boleh didapati di kedai komputer atau kebanyakan online store. Ada cadangan lain? Boleh kongsikan bersama kami di ruangan komen. 🙂


RELATED POSTS

5 thoughts on “Gaming Mouse dan Budget Mouse pilihan kami

  1. Logitech G400 pada rm89 adalah mouse yang sy gunakan sekarang, memang puas hati

  2. aku pakai model logitech m185 warna hitam skrg. bateri tahan lama sgt. tak de lampu kt bawah mouse. mmg tahan lama.

    1. Hahahaha sama ah dengan aku bro. Aku pakai mouse tu bateri tahan gila sebab takde lampu dekat bawah dia.

  3. aku punye logitech G300 mouse gaming beli kt PC DEPOT mase GILA SALE n harganya RM39.00 shj…harga sbnar utk mouse gaming ni lbh kurang RM100+
    Gila x? semestinya gila….kalu nk brg2 yg harga gila2 g la pc depot brdekatan ngn umah anda….harga betul2 puas ati n pecoh palo….like kt fb utk mcm2 update status special price https://www.facebook.com/pcdepot.com.my?hc_location=timeline

  4. salam admin..sy nk tnye admin cara nak install cd games pc CS GO ?? tlg admin.dh puas install tp xblh maen juga.mcm mane erk

Tinggalkan komen anda