Ulasan bahagian pertama : https://jomphp.com/ulasan-mengenai-windows-8-developer-preview-bahagian-1.html
Bahagian 2 akan menceritakan mengenai fungsi-fungsi baru yang diperkenalkan oleh Microsoft dalam Windows 8 Developer Preview.
Fungsi baru dalam Windows 8
1. Antaramuka Metro UI
Antaramuka baru dalam Windows 8 menggunakan Metro UI. Jika anda menggunakan computer dan bukannya tablet boleh gunakan mouse dan keyboard untuk mengawal.
2. Ringan dan sangat laju
Windows 8 sangat ringan dan boot dengan sangat laju. Jika anda menggunakan Windows 7 dengan lancar maka Windows 8 akan jauh lebih laju dan ringan berbanding Windows 7 di computer anda.
3. Task Manager baru yang lebih membantu
Task Manager baru lebih berguna dan mesra pengguna. Anda boleh disable program pada startup, boleh tengok App History, dan sebagainya.
3. Sekuriti yang dipertingkatkan
Sekuriti pada Windows 8 dipertingkatkan dan Windows Defender dinaik taraf dan ianya kelihatan seperti Microsoft Security Essential.
Selain itu, terdapat fungsi sekuriti di mana pelbagai program malware seperti virus, worms, trojan, spyware dan sebagainya tidak dapat dijalankan kerana sebelum Windows start sistem akan check dulu process yang tidak di-signed oleh Microsoft akan dihalang dan ini akan menyelamatkan computer daripada dirosakkan virus.
Dengan adanya Windows Defender anda tidak perlu lagi membeli atau memasang perisian antivirus yang mahal dan memberatkan.
4. Fungsi Factory Reset – kembalikan Windows seperti baru dipasang
Windows 8 mempunyai fungsi Refresh dan Reset PC dimana sekiranya computer Windows anda mengalami masalah anda boleh revert balik ke masa seperti Windows baru diinstall.
Sangat menarik dan boleh menjimatkan duit kalau computer rosak tak perlu hantar format dekat kedai. Hanya perlu reset sendiri sahaja.
5. Ribbon UI pada Windows Explorer
Ribbon UI ala Microsoft Office 2010 diperkenalkan dalam Windows 8 dan sekaligus menghapus menu lama yang berlapis-lapis dan tidak mesra pengguna itu.
6. Windows Store
Pengguna boleh memuat turn apps dan program melalui Windows Store dengan mudah dan ianya akan dilancarkan tidak lama lagi. Tidak perlu lagi pening2 google cari perisian nak download, update dan install.
7. Hyper-V
Anda boleh menjalankan iso Windows dan sistem operasi lain dengan mudah sebab hyper-v diintegrasikan dalam Windows. Tak perlu lagi guna VMware atau virtualbox.
8. Built-in ISO reader
Windows 8 boleh membaca dan mount file jenis ISO dengan mudah tanpa perlu perisian third party seperti Daemon Tools dan MagicDisc.
9. Built in Powerpoint Viewer
Kalau anda ingin buka file powerpoint tak perlu install sebab sudah ada perisian built in, cuma tak boleh edit dan buat slide baru sahaja.
10. Fungsi Optimize Drives
Optimize Drives adalah versi peningkatan daripada fungsi Defrag yang mengambil masa berjam-jam hingga berminggu untuk siap dalam Windows XP hingga ke Windows 7.
Ianya jauh lebih mesra pengguna, cepat dan mudah.
11. Touch Keyboard yang lebih cantik dan mudah digunakan
Touch Keyboard dalam Windows 8 lebih cantik dan mudah digunakan berbanding touch keyboard dalam windows 7.
Anda boleh resize, dan buat keyboard jadi double column.
Bersambung di bahagian 3.
RELATED POSTS
memang nice la ciri2 baru windows 8 ni..
Memang menarik ciri-ciri yang diketengahkan ..
apa yang boleh aku katakan bukanlah menarik, tapi hebat!
nampaknya microsoft dah makin ‘mengebestkan’ OSnya..