Posted on

Firefox 64-bit (Versi Stabil 42.0) Kini Sedia Dimuat Turun

firefox 64 bit

Akhirnya Mozilla telah melancarkan pelayar Firefox 64-bit versi stabil secara rasmi setelah melalui frasa yang agak lama : pembangunan –> penangguhan –> pembatalan –> pembangunan semula.

Download Firefox 64-bit Versi Stabil

Walaupun Firefox versi 64-bit sudah boleh digunakan melalui nightly channel atau versi binaan pihak ketiga seperti Cyberfox dan Waterfox, Firefox versi 42.0 merupakan versi pertama yang menampilkan Firefox 64-bit versi stabil kepada pengguna. Antara peningkatan dalam Firefox 42.0 ialah

  • prestasi yang lebih lancar dan laju
  • sokongan 64-bit (x64) stabil
  • tracking protection (d0 not track) bagi mencegah sesetengah laman daripada menjejak pengguna
  • mengesan Tab yang mempunyai audio dan mem’bisu’kan Tab tersebut dengan mudah
  • kebolehan memainkan Netflix tanpa plugin Silverlight menggunakan HTML5

Jika anda mempunyai komputer dengan processor yang moden serta jumlah RAM yang besar, saya galakkan anda beralih ke pelayar internet 64-bit.

Download Firefox 64-bit Versi Stabil.

Atau jika anda peminat tegar Chrome, tahukah anda Chrome juga sudah lama menyokong 64-bit.

Download Chrome 64-bit versi stabil.


RELATED POSTS

BACA :  Laptop Terbaik Dalam Lingkungan Harga RM2000 (Pilihan Pelajar)

One thought on “Firefox 64-bit (Versi Stabil 42.0) Kini Sedia Dimuat Turun

  1. nak pakai firefox… tpi brang kt chrome da sync… senang bile pi tuka smua… and bnyk extension yg update kt chrome :c

Tinggalkan komen anda