Posted on

Feedly rss feed reader untuk firefox

eins-lobby

Tentu ramai yang menggunakan Google Reader untuk membaca rss feed kan? Entri ini, saya akan memperkenalkan Feedly, extension firefox yang berupaya membaca rss feed yang diimport dari akaun Google Reader dengan antaramuka yang sangat2 cool dan menarik.

Ok, feedly adalah rss reader yang berasaskan Google Reader, Twitter dan Firefox. Menariknya, kandungan rss feed langganan anda disusun dalam bentuk “magazine” membuatkan ianya kelihatan sangat moden, bergaya dan kemas.

Setelah menginstall feedly, anda boleh menambah mana2 rss feed kedalam langganan anda dengan senang, hanya perlu klik pada adress bar.

feedly

Anda juga boleh menukar “view” kandungan rss feed, contohnya dalam bentuk picture grid. Terdapat beberapa lagi jenis view yang boleh anda pilih mengikut kesukaan.

eins-lobby

Anda pengguna twitter? Anda juga boleh menambah langgan terkini twitter melalui rss:

twitter-eins

Feedly memang best, menyenangkan dan selesa. Itu pandangan peribadi saya la. Pembaca2 JomPHP tunggu apa lagi? Jom cuba feedly hari ini juga. 🙂

Install feedly di sini: Get Feedly

Jangan lupa melanggan feed JomPHP…atau feed Eins Lobby…haha 😉


RELATED POSTS

BACA :  Streamyx no 1 di Malaysia, apa komen anda?

2 thoughts on “Feedly rss feed reader untuk firefox

  1. aku guna flock.. siap ada feed reader.. hehe 😉

  2. aku pon guna flock…tgk screenshot tu bleh tau…

    tapi default reader flock x best…better lg feedly 🙂

Tinggalkan komen anda