Posted on

Facebook Chat Head & Sticker

facebook chat head sticker

Baru-baru ini, Facebook mengemas kini aplikasi mereka untuk Android dan iOS, dan antara fungsi baru yang diperkenalkan ialah Chat Heads dan Stickers.

Chat Heads merupakan pop-up chatting dengan ikon bulat yang memudahkan anda berborak dengan rakan-rakan tanpa perlu mengalihkan tumpuan.

Di Android, Chat Heads akan muncul di skrin walaupun anda menggunakan aplikasi lain bagi memudahkan anda membalas mesej kepada rakan. Manakala untuk iOS pula, untuk menggunakan Chat Heads anda perlu membuka aplikasi penuh Facebook.

facebook-sticker

Manakala Facebook Sticker pula merupakan set emoticon/emojiā€¦fungsi yang agak popular di aplikasi seperti WeChat dan LINE.

Anda boleh menggunakan stickers secara percuma, dan mungkin di masa akan datang Facebook akan memperkenalkan stickers berbayar juga.

Untuk mendapatkan fungsi Facebook Chat Heads dan Stickers, anda boleh kemas kini aplikasi Facebook untuk iOS dan Android sekarang kepada versi terbaru.

Facebook for iOS | Facebook Messenger Android

Selamat mencuba! šŸ™‚


RELATED POSTS

BACA :  Tutorial melajukan Windows anda menggunakan Tune Up Utilities 2012

3 thoughts on “Facebook Chat Head & Sticker

  1. Sticker untuk Android tak dapat lagi ka?

  2. sekarang ni merata2 nampak burung purple tu….huhu

Tinggalkan komen anda