Posted on

EagleGet – Alternatif terbaik bagi IDM (Internet Download Manager)

eagleget2

Internet Download Manager (IDM) merupakan perisian download manager/accelerator paling popular di kalangan pengguna internet di Malaysia. Namun, IDM merupakan perisian berbayar dan ramai menghadapi masalah bila IDM kena blacklist atau sebagainya.

EagleGet merupakan alternatif kepada IDM, di mana anda boleh menggunakan perisian ini untuk mempercepatkan proses download di samping menyokong fungsi download video daripada YouTube dan sebagainya.

eagleget

EagleGet boleh diintegrasikan ke dalam pelayar internet popular seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Internet Explorer dan sebagainya.

Jika anda kerap memuat turun video dari YouTube, satu butang download akan muncul di laman video YouTube selepas anda install EagleGet.

Sebagai pengguna IDM selama bertahun-tahun, saya mendapati EagleGet agak bagus dan laju selepas menggunakan selama kira-kira seminggu. Paling menarik, EagleGet adalah 100% perisian percuma dan sangat ringan.

Download EagleGet IDM Alternative


RELATED POSTS

BACA :  BlueStacks Beta dilancarkan : Gunakan Android Apps di dalam Windows PC

19 thoughts on “EagleGet – Alternatif terbaik bagi IDM (Internet Download Manager)

  1. laju download,pakai internet apa ni?

    1. streamyx 4mbps…skang tengah tunggu upgrade ke 8mbps

      1. untunglh org tu pakai pakej 1 mbps…..tp gua ttp bersyukur dpt guna internet…….

  2. kira sama standard dgn idm la ni ye.. bley cube nanti ni..

    1. most user tak pakai pun semua features dalam IDM, eagleget ni pun dah kira ok 🙂

  3. nice,,gonna try this!thx eins..^^

  4. terdapat sebilangan fail ext. yg x support mcm .doc dgn .docx

    1. boleh tambah doc, docx, etc dalam configuration > monitoring

  5. kalau boleh download video dari hulu lagi bagus

  6. Terima kasih bro. Tak nak jadi penterjemah untuk perisian ni sekali gus tingkatkan Bahasa Melayu di persada dunia.

    1. ada option untuk terjemahkan tak?

      1. http://www.eagleget.com/download/
        Ada bahagian bawah. Buat masa ni takda terjemahan untuk Bahasa Melayu.

        Copy-paste dalam Notepad,Attach e-mel. Aku nak buat. Tapi,bahasa Inggeris aku lemah pula.

  7. eagleget ni support “refresh download link” tak mcm idm? ni yg paling penting dan istimewa utk IDM

  8. Kelemahan yg terdapat sekarang ialah tak dapat nak download di site yang memerlukan user login

    1. takde function refresh download link dan user login…most user dah cukup ok ngan features dia tapi hardcore downloaders still kena stick pakai IDM agaknya

  9. kurang memuaskan. sebab? download dari Zippyshare dia tak download betul. means file tu sepatutnya 125mb, tapi yg di downloadnya hanya 25kb. hairan. akhirnya uninstall semula

Tinggalkan komen anda