Posted on

Dropbox dan Xmarks – Sayangilah hasil kerja anda dengan backup online

Rooney seorang pelajar semester akhir yang sibuk dengan Final Year Project. Rooney banyak mencari info menggunakan internet, dan info yg Rooney rasakan berguna Rooney bookmark pada browser kegemarannya. Hasil kerja Rooney selama hampir satu semester, Rooney simpan dalam hard disk. Suatu hari, hard disk Rooney rosak. Habis hilang segala hasil kerja. Pendrive Rooney yang mengandungi backup juga hilang. Akhirnya Rooney terpaksa repeat satu semester kerana tidak sempat membuat kembali projeknya itu.

Tak nak perkara berikut terjadi pada anda? Jangan ikut jejak Rooney jadi gunakanlah Dropbox & Xmark.

Dropbox

Servis online backup terbaik untuk semua. Percuma dan mudah digunakan. Wajib untuk semua pengguna internet!

1. Daftar akaun Dropbox disini

2. Download perisian Dropbox

3.Install perisian Dropbox dan login akaun anda.

4.Pergi ke My Documents dan anda akan melihat folder My Dropbox telah tersedia.

5. Sekarang anda hanya perlu pastekan hasil kerja anda dalam folder tersebut dan ia akan automatik backup ke online Dropbox. Atau terus saja save document anda dalam folder My Dropbox. Senang bukan?

 

6.File/folder yang telah siap dibackup akan mempunyai ikon tick seperti dibawah.

7.File/folder yang belum siap dibackup mempunyai ikon sphere dibawah:

8.Sekiranya anda mempunyai perisian Dropbox di pc lain, segala file dalam folder My Dropbox juga akan terpapar pada pc tersebut. Sangat cool!

Dropbox on Cyberfly-PC Dropbox on Cyberfly-Laptop
   

 

9.Atau akses file anda dimana saja melalui web Dropbox.

 

Xmarks

Xmarks merupakan extension untuk web browser Firefox, Google Chrome, Internet Explorer dan Safari. Xmarks sangat best kerana ia akan automatik backup bookmark anda secara online, dan juga mergekan offline bookmark yg sudah tersedia ada. Dengan itu, anda tidak lagi akan kehilangan link ke website yang menarik/berguna biarpun pc anda rosak.

BACA :  Google Chrome 1.0 download (dengan offline installer)

1.Dapatkan extension Xmarks disini.

2.Login ke akaun anda. Untuk pengguna Firefox, klik Tools->Xmarks->Xmarks Settings

3.Klik Syncronize now.

4.Sekarang semua bookmark anda telah dibackup online.

5.Sekiranya ada bookmark terbaru, Xmarks akan automatik backup (synchronize) secara online. Perhatikan pada bahagian bawah Firefox anda. Ikon flashing akan terpapar setiap kali anda bookmark sesuatu website.

6.Apa yang cool, sekiranya saya meminjam laptop EiNS dan mahu mengakses bookmark saya, saya hanya perlu login ke akaun Xmarks saya dan semua bookmark saya akan wujud pada laptop EiNS.

Firefox on Cyberfly-PC Firefox on Eins-Pc
   

 

Selamat mencuba dan semoga maju jaya 😉


RELATED POSTS

24 thoughts on “Dropbox dan Xmarks – Sayangilah hasil kerja anda dengan backup online

  1. dropbox memang cun..
    bookmark aku simpan kat Google Toolbar..
    Xmarks penah guna.. tp rasa bengang lak
    tiap kali die mintak password..
    .-= Anarm´s last blog ..Internet lebih laju dengan Pale Moon Project =-.

    1. nasib baik xmarks aku tak jadi camtu. hehe

  2. huh.. dropbox memang pakai.. kalau xmark.. backup html dah la..
    .-= Frantz-Senpai´s last blog ..Hacking Mozilla’s Extension =-.

    1. pc tiba-tiba takleh boot. takkan backup html kot?

  3. dropbox..kalau nak backup lagu ke cerita boleh?lama tak?huhu
    .-= aizuddin´s last blog ..Kenapa Mesti Tengok Drama Tv3 Dalil Cinta? =-.

    1. tak sesuai utk backup cerita. setakat documents dan lagu boleh la. upload bergantung speed internet.

  4. gua nak promote link entry nie kat facebook..tuk rakan seperjuangan yg tengah pulun buat thesis..boleh kan?

    thanks in advance~
    .-= Sir Marcello´s last blog ..Aku Sangat Hot? [Tagged] =-.

    1. Promo jangan tak promo. Sharing is caring.

  5. Haha…nice entry…
    lawak gila bila aku baca ada nama rooney…
    .-= EiNS´s last blog ..Helps promoting EinsThemes 🙂 =-.

  6. kejap…secure ke file2 kita?
    .-= Sir Marcello´s last blog ..Aku Sangat Hot? [Tagged] =-.

    1. secure. jangan paste kat public folder sudah.

  7. yay!
    xmarks..benda yg aku cari2 selama ini,
    tanxxxx! :biggrin:

  8. guna google documents jer tak boleh ke? Rasa mcm sama je fungsinya ..
    .-= hydir´s last blog ..SPM: Pelajar perempuan cemerlang, pelajar lelaki terlentang? =-.

    1. @hydir:dropbox lg senang…bnyk jenis file format support…drag n drop

  9. thanks for the info..aku nak pakai lama dah tp maleh nk mencari..keke
    bookmark aku backup manual ja..simpan kat dlm harddisk..keke

  10. wah, bagus benda ni..aku pun nk wat backup gak la..dlu tesis aku yg dh siap tiba2 hilang sbb virus..siot tul la

  11. chop2. dropbox tu boleh simpan berapa banyak space…
    .-= paeh´s last blog ..Menulis Blog Kena Ada Gaya =-.

    1. dia bg free space 2gig je…boleh beli space tambahan…takpun mtk orang register guna referal ko, nanti dpt free 250mb tambahan
      .-= EiNS´s last blog ..Windows Live Writer 2010 review =-.

  12. menarik ni.. cuba selalu…
    .-= qimie´s last blog ..Tips Pasang Sunroof =-.

  13. Kongsian menarik ni… seperti yg gmail buat tu kot function dia 😉
    .-= Annamir´s last blog ..Senja di Hulu Selangor [UNEDITED!] =-.

  14. Wow!!!memang cun software ni..marvellous.. =)

  15. oh .. sme cam microsoft one groove.. klw da install lengkap microsoft opis, try la groove.. ktorang buat kje group gne groove. saya lak , backup file dlm pc laen pn gne groove .

  16. thanks yer bagi info yang berguna ni..nak tnya skit..klu file .js(javascript)..lbh baik simpan dalam dropbox ni ataupun guna link yg asal?..
    .-= mijie´s last blog ..Cara Menukar Perkataan Pada Link Within =-.

Tinggalkan komen anda