Posted on

Download Windows 8 Secara Sah Sekarang

download-windows-8

Windows 8 akan dilancarkan secara rasmi pada 26 Oktober 2012 serentak dengan pelancaran Microsoft Surface dan beberapa tablet dan komputer baru menggunakan sistem operasi terbaru daripada Microsoft.

Bagi mereka yang tidak sabar menunggu pelancaran rasmi Windows 8, mahu download Windows 8 dan menggunakannya sekarang, anda boleh ikut cara-cara berikut :

Download Windows 8 Secara Sah

download-windows-8[3]

Windows 8 build 9200

#1 : Windows 8 Enterprise 90 hari tempoh percubaan

Microsoft membenarkan anda download Windows 8 Enterprise secara percuma dengan tempoh percubaan 90 hari. Selepas 90 hari, Windows 8 Enterprise tersebut akan expired dan tidak boleh digunakan.

Versi ini sangat sesuai bagi mereka yang ingin mencuba Windows 8 versi penuh dan bagi pembangun perisian/aplikasi untuk pelantar Windows 8.

Download Windows 8 Enterprise (90 days trial). Sila login menggunakan Microsoft Account terlebih dahulu.

#2 : Windows 8 MSDN

download-windows-8-msdn

Pelanggan Microsoft Developer Network (MSDN) boleh download iso Windows 8 sejak beberapa minggu lepas lagi. Tidak semua orang boleh menggunakan servis MSDN kerana anda memerlukan subscription yang bernilai $699 hingga lah ke ribuan US Dollar.

Download Windows 8 MSDN.

#3. Download Windows 8 dari Dreamspark Premium

dreamspark-premium

Anda pelajar atau staff kepada universiti dan kolej utama di Malaysia? Kemungkinan besar universiti\kolej anda ada menyediakan khidmat akses kepada Dreamspark dan Dreamspark Premium oleh Microsoft.

Dreamspark merupakan program khas untuk pelajar dan staff universiti dimana mereka berpeluang memuat-turun beberapa perisian Microsoft secara percuma dan juga mendapat diskaun untuk membeli perisian-perisian penting untuk tujuan education.

Anda boleh cuba akses kepada Dreamspark menggunakan email universiti…atau pinjam ID staff, pensyarah yang tidak menggunakan Dreamspark ini. Sila semak senarai universiti dulu di : Dreamspark Malaysia.

download-windows-8[5]

Untunglah jika boleh download Windows 8 original secara percuma melalui program Dreamspark Premium ini.

BACA :  Menghilangkan ikon di dekstop dengan pantas

Setakat ini, hanya cara-cara seperti di atas membenarkan anda menggunakan Windows 8 secara sah lebih awal daripada tarikh pelancaran rasmi Windows 8 pada 26 Oktober 2012.

Kenapa tidak download dari Piratebay saja….? Benar anda boleh download Windows 8 secara torrent atau melalui laman file sharing tetapi kemungkinan besar anda akan mengalami masalah untuk mengaktifkan Windows 8 kerana ianya salinan yang tidak sah.

Selamat mencuba! 🙂


RELATED POSTS

24 thoughts on “Download Windows 8 Secara Sah Sekarang

  1. Salam, mcm mne nak install lepas format masuk win 8. ? kena download kat website brand laptop ke satu2 driver die?

    1. most driver automatic detect dah cam wifi…driver graphic boleh terus download dari website nvidia/amd

      lain2 cara install driver sama cam install driver windows 7

  2. dah hbis 90 hri boleh samsung kah dgn membeli?

    1. samsung? ke sambung nie? kalau enterprise tu takleh dah lepas expired…

      1. owh, bro sekarang ni guna windows 8 yg mana?

  3. pro x64 dapat kat mana plak? dreamspark?

    1. kat dreamspark ada pro x64…xde beza sangat sebenarnya pro dan enterprise ni, cuma enterprise ada fungsi windows-to-go boleh letak windows 8 dalam pendrive

      1. bro.. kalau trial semua function bleh guna ke? cnth personalization tu… ke kena beli baru bleh pakai?

        1. personalization tu kena activate windows baru boleh tukar lockscreen, background color/pattern dan remove watermark kat desktop

      2. pro x64 tu trial jugak ke? kalau beli agak2 bape? adei… (walaupun tau ianya mahal)

        1. pricing windows 8 (ntuk malaysia) taktahu lagi sebab belum official announce…kalau trial tu recommend install kat vmware/virtualbox dulu untuk testing

  4. lagi satu… subscribe TechNet standard pon bleh download windows 8… stahun $199

    1. thanks, nanti aku tengok kat technet

  5. boleh download? dlm 90 hari mesti ada crack genuine key nnt…haha

  6. salam, macam mna nak guna dream spark tu ye? dari uitm.. saya dah ada akaun http://www.dreamspark.com yg verify.. mai tang dreamsparkwebstore yg mcm kt atas tu, nak login kena ada username plak..kt mana nak dapat? kna register lg?

    1. dreamspark dengan dreamspark premium tak sama…cuba tanya unit IT uitm pasal tu, aku taktau uitm camne

  7. kalau kite tnye unit IT uitm, adekah kite akn dpt windows 8 tu secara percuma?

  8. Windows 8 boleh main game besar2 X???Boleh support sume game X??

    1. game2 latest biasanya boleh main…kena guna driver graphic terbaru

      https://jomphp.com/windows-8-review-bahagian-1-desktop.html

  9. macam mana nak semak compatible ke tak dengan lappy?? aku dah download iso dari dreamspark..dah masuk 2kali install..dia tulis install tak complete..merana den..kalau pakai usb okay xbro? aku nak try pakai windows 7 usb tool utk create boot flash usb..ok x?

      1. aku terpaksa pakai usb flash gak..tak boleh nak upgrade..macam mana nak buat home button tu?hihi..aku ada terbaca post yang ko buat tu bro..tapi xjumpa dah..

Tinggalkan komen anda