Posted on

Download EinsFox – modded Firefox 5 Portable dengan pelbagai fungsi menarik

firefox jomphp

Kalau anda dah lama baca blog JomPHP pasti anda tahu saya ialah peminat setia pelayar Mozilla Firefox. Hari ini pula saya nak kongsi satu pelayar Firefox yang telah saya modded dan customize sendiri.

Diberi nama “EinsFox” pelayar Firefox ini adalah dibina berasaskan Firefox 5 dan direka khas untuk mereka yang gemar menonton video di internet serta mendownload apa saja jenis file di internet. Anda boleh download dan cuba gunakan dan Firefox ini ialah versi portable dan tidak perlu install. Firefox yang sedia ada dalam komputer anda juga tidak akan terganggu.

Ada apa dengan EinsFox?

1. Tema yang lebih minimal dan Aero Glass support

firefox jomphp

Firefox biasa tidak menyokong Aero Glass sepenuhnya lagipun butang Firefox dan icon yang digunakan sungguh buruk. Jadi saya customize dan tweak kepada lebih ringkas dan minimal serta penambahan aero glass transparent. Tiada lagi search button sebab saya dah combina dalam address bar.

stratiform firefox

Kalau anda nak tukar warna, icon, toolbar dan sebagainya boleh tukar di about:stratiform. Mungkin anda ada minat warna lain : pink, kelabu, kuning, hijau?

2. Add-on penting terbina dalam

extension

Saya dah masukkan beberapa add-on penting ke dalam Firefox ini. Antaranya add-on mesti ada seperti FlashGot, Download Helper, Scriptish (alternatif Greasemonkey), Stylish (Userstyles engine), FastestFox, dan banyak lagi.

Mozilla Labs Kit membolehkan anda menerima fungsi-fungsi terbaru daripada Mozilla yang belum lagi diperkenalkan kepada Firefox biasa.

3. About:config tweaked

about config

Saya dah tweak beberapa setting default dalam about:config firefox. Fokus saya ialah ringan, laju, dan stabil. Startup sepatutnya lebih laju daripada biasa dan kelajuan pelayaran juga sepatutnya lebih laju juga daripada biasa. Selain itu saya juga tukar paparan Font supaya nampak lebih cantik.

Saya test guna Streamyx 1Mbps, mungkin berbeza dengan kelajuan yang bakal anda rasa.

4. Firefox 5 bukan Firefox 8 atau Nightly

firefox 5

Saya guna Firefox 5 sebab nak pastikan 100% compatibility dengan add-on. Firefox 8 Nightly memang jauh lebih laju tapi mungkin ramai yang tak guna sebab ada add-on tidak compatible dan sebagainya. Tetapi, Firefox 5 yang telah modded ini memang laju daripada Firefox 5 biasa.

5. Bypass Website yang kena blocked menggunakan Coccoon

coccoon firefox

Secara default, saya hide butang Coccoon dan anda boleh enable dengan click pada butang Coccoon di bottom right. Coccoon ialah add-on yang membolehkan anda bypass website yang kena blocked seperti YouTube, Facebook dan bermacam-macam lagi.

Selain itu, Coccoon juga membolehkan anda melindungi privasi ketika online kerana selamat daripada hacker dan malware. Kalau main internet dekat kedai  Mamak atau mana-mana yang ada unsecured Wifi sila guna Coccoon untuk mencegah firesheep dan faceniff serta tool cookiejacking yang lain. Selamat akaun Facebook, Twitter daripada kena ceroboh kalau guna Coccoon.

BACA :  TIME Fibre Broadband dengan kelajuan 50 Mbps

6. Menonton video di Hulu, ABC Player, Pandora

hulu coccoon

Dengan Coccoon, anda boleh stream beribu-ribu US series secara percuma dan sah di Hulu, ABC Player dan bermacam-macam lagi website yang dihadkan untuk penonton daripada US sahaja. Sangat seronok tengok video di Hulu dll sebab kualiti gambar cantik dan stream sangat laju dan tiada buffering.

Mahu tengok Chuck, House, How I met your Mother? Semua ada.

Cara guna Coccoon boleh tengok di entri ini Watch Hulu, Netflix, Pandora from outside the US using Coccoon for Firefox

Tips: Kalau nak stream video laju sila guna Adobe Flash Player 11 Beta for desktop.

7. Download daripada file hosting Megaupload, Fileserve dll tanpa akaun premium

Debridmax Firefox

Firefox ini telah dipasang Add-on Debridmax iaitu downloader percuma untuk Megaupload, Fileserve dan banyak lagi file sharing lain.

Anda perlu membuat akaun Debridmax dulu untuk menggunakan servis mereka.

8. Download video YouTube dan dari segala jenis video site

youtube download

Saya dah pasang butang download di YouTube. Selain itu, Firefox ini menyokong penuh IDM dan juga ada add-on downloadhelper membolehkan anda download segala jenis video daripada laman video selain YouTube.

Saya assume ramai tahu guna Downloadhelper jadi tak perlu tutorial.

9. Flashgot dan Downthemall – download manager Firefox

downthemall

Secara default, saya integrasikan Flashgot dan Downthemall. Kalau hendak download apa-apa dari internet sila right click > Flashgot link dan ianya akan di download menggunakan Downthemall. Kalau nak tukar Flashgot kepada IDM boleh set dalam Flashgot option.

Jadi tak perlu lagi download perlahan guna built-in Firefox sebab downthemall saya dah tweak agar bagi laju download.

10. Download Flash Games dari Miniclip

flash games miniclip

Anda gemar main Flash Games di Miniclip? Kini boleh download games tersebut dengan semudah satu click. Saya dah tweak DownloadHelper supaya boleh download games swf juga selain download flash video.

11. Facebook Photozoom, Adf.ly bypass dan banyak lagi

Saya harap anda boleh explore lagi beberapa pengubahsuaian yang saya buat. Tak larat nak tulis sebab dah panjang sangat ni.


Download EinsFox

Download EinsFox di entri ini : Modded Firefox Portable 5 by Eins.MY

Portable, tak perlu install dan tiada virus. Saya harap kalau ramai download dan bagi feedback mungkin saya akan sentiasa update atau buat versi Chrome juga.

Kalau anda tahu cara buat Portable apps di Linux, Mac sila bagitahu nanti saya nak cuba. Terima kasih.


RELATED POSTS

38 thoughts on “Download EinsFox – modded Firefox 5 Portable dengan pelbagai fungsi menarik

  1. terbaiklah bro! xsia2 sy follow blogs’s eins..

  2. kalo buat versi chrome punye okey jugak kan?kan?kan?

    1. tengok kalo rajin aku wat version chrome…bgtau apa yg korang nak dalam chrome tuh

  3. nice bro 🙂 einsfox , saje nak letak name dia la tuh , haha, skrg jugak aku install ^_^ thankz bro

  4. Bagi laju – bleh buat
    Tambah Addon – bleh buat
    Tweak sana sini – bleh buat
    Portable – bleh buat guna PortableApps atau VMWare Thin App
    Buat sendiri – Malas..^^

    Jadi keputusannya download yang ni je la senang..hehe..
    Kasik aku 3 jam nak explore Einsfox ni..

    1. hahaha…ingat nak tambah firesheep sekali…tak pasti compatible tak ngan version 5 sebab tak try…
      aku memang ada buat satu portable ntuk kegunaan peribadi…cuma terfikir why not tak share ngan readers…huhu

  5. Ahaha..aku pun tak pernah test lagi Firesheep dengan FF 5.0.1 ni..
    tapi ada Addon yang selalu ko sebut tapi ko tak masukkan..
    Compatibility Reporter – nape tu? ^^
    lagi satu ko tak rename ‘FirefoxPortable’ kepada ‘Einsfox’..hehe..

    1. Sebab firefox 5.0 compatibility ok la dengan addon lama…kalau guna nightly baru perlu addon compatibility reporter…
      well, aku terfikir nama “einsfox” masa compress file guna 7z…tu sebab tak rename…

      dah lebih 100 orang download…bangga gak rasa 😀

  6. wa…thanks bro eins..bnyak gak add on ditambah..btw,puas hati guna yg firefox portable ni..^^

    1. sama2…share2 ngan member2 gak…nanti aku up lg yang lebih baik kalau ramai suka 😀

  7. Mantap bro! Memang terbaik dr ko..hehe.
    Aku nk share ye 🙂

    TQ untuk coccon tu sbb mmg aku sgt perlukan, line aku mmg block bnyk bnde. haha.. aku cuma pakai tunnelbear yg di suggest oleh Dylandy

    Harap Modded Firefox ni membantu semua! 🙂

    1. haha tunnelbear tu aku gak yg suggest rasanya

  8. ini…ini memang terbaik!

    dgn add-ons untuk download mendownload lagi.

    will give feedback later after try it.

    tapi expectation sedia ada memang tinggi ni. hehe.

  9. bestnya.. alangkah best klau ada versi mac juga.. 😀

  10. enis, mou tanya,
    enisfox ko ni bley update x klo da ada stable version like FF v6 ?

    ;DD

    1. bleh update kalo firefox 6 kuar…kalau ko nak update skrang ke aurora pun boleh cuma coccoon dan downloadhelper x compatible lah

  11. Salam, Eins, bley x kalo combined skali dgn addon Xmark and Lastpass… susah kalo xdop bende ni

    1. aku x guna tu sebab dah ada firefox sync…anyway trimas bg suggestion nanti aku tengok nak update nanti bila perlu

      1. thanks, aq prefer dua add on ni since premium version bley pakai kat android etc, cross browser pn xde masalah.. x sabar nak tunggu update baru..

  12. thanks..nice je..

  13. cmna ko tukar menu bar jd logo je??? yang ujung blah kiri ats skali. aku pnya firefox, nak gak tuka kpd logo je. baru sempoi.

  14. komen aku – laju, stabil, tulisan cantik, addon berguna dah sedia ada, tapi..ye la..aku pun nak tahu camne ko tuka icon kat menu bar tu..cantik tu..hehe..

  15. tq..btw.debridmax tutorial x de??

    1. debridmax aku pakai premium punya…laju gila

  16. Kalau bukan pengguna windows,aku rasa korang boleh run exe(windows executable) dengan menggunakan software ni http://www.winehq.org/ aku x tahu menjadi ke tak tapi try korang test dlu

  17. Tapi korang boleh guna wine untuk test run firefox ni kat linux.try la mana tahu menjadi

  18. Dah try tapi slow la. Laju lagi guna firefox yang diinstall kat pc.

  19. yap..aku pun dah bandingkan dengan yang aku install kat pc dan aku tweak sendiri..memang yang aku install kat pc tu lagi laju..

    hmm..by the way bro, ko tahu tak mana2 lagi free open vpn selain raptorvpn, selain freeusvpn, selain hostizzle..
    aku perhatikan lepas raptorvpn upgrade client dorang kepada spotflux, speed makin down..makin slow..adeh..

    1. Guna peer2me plop…free dan laju

  20. sgt bagus..pasal debridmax tu boleh tunjukkn tutorial dia x?

  21. terbaik dari ladang cocoon thank kerana ajar

  22. ok bro thx sbb buat 1 firefox yg perfect.. Your da MAN!!!

  23. kenapa bila guna debridmax tu link tak generated pon..kenapa eh?

  24. salam bro…aku baru je bace post ni…link yang bro bagi utk download Firefox ni keluar error 404 la..ade link lain ke nak dowload

Tinggalkan komen anda