Posted on

DotA 2 – game terbaru daripada Icefrog dan Valve

dota2-lina dota2-morphling dota2-drowranger

Berita menarik untuk gamer tegar Dota Allstars! Pencipta utama Dota AllStars iaitu Icefrog telah mengumumkan game baru Dota 2 akan dikeluarkan pada Mac 2011 nanti. Dota 2 dibina oleh studio Valve, iaitu syarikat sama yang mengeluarkan Half Life/Counter Strike.

Dota2 bakal menggunakan konsep sama dengan map Dota Allstars sekarang cuma dengan beberapa peningkatan baru dari segi graphics, mekanik, gameplay, network dsb. Dengan idea genius daripada Icefrog, Dota 2 dijangka dapat mengatasi pencabar-pencabar seumpama dengan Dota seperti Heroes of Newerth (HoN) dan League of Legends (LoL).

Beberapa peningkatan baru dalam DOTA 2

– Voice chat – boleh bersembang dengan pemain lain menggunakan suara

– Leaver AI replacement – katakan ada teammate atau musuh yang jadi leaver (keluar daripada game sebelum game tamat) maka tempat dan role mereka akan diganti oleh komputer AI

– Heroes voice – setiap hero dalam Dota 2 ada suara tersendiri dengan dialog atau trademark yang unik

– Graphic lagi cantik dan best – sebab pakai engine source daripada Valve dan tidak lagi menggunakan engine Warcraft 3

– Support resolusi tinggi, jadi tidak perlu bimbang gambar pecah2 bila main Dota 2

– Coaching system, pemain pro boleh login sebagai coach dan latih pemain noob menjadi pemain yg lebih hebat

– Karakter-karakter Dota Allstars, dikekalkan cuma diberi nafas baru dengan pengubahan pada rupa dan perwatakan, ini disebabkan bagi mengelakkan copyright issue bagi karekter asal ciptaan Blizzard untuk warcraft 3

– Main online menggunakan steam client, jadi lepas nie tak perlukan Garena dah la kot

Dota Allstars 6.69

dota 6.69 wallpaper

Buat masa sekarang, Icefrog masih lagi mengusahakan versi terbaru Dota 6.69. Dota 6.69 membawakan banyak perubahan, peningkatan dan juga pengenalan kepada Hero baru.

BACA :  Trailer : Angry Birds Stars Wars

Download dota 6.69.

Kredit gambar/berita kepada Dota Utilities.


RELATED POSTS

15 thoughts on “DotA 2 – game terbaru daripada Icefrog dan Valve

  1. menarik..~
    nnt update lg mngenai dota2 nie trutama cam system requirement utk run dota2,mngenai engine source valve 2,dll…

  2. Aku tak suka nama dia je? Kenapa letak Dota 2? Sequal?

  3. […] This post was mentioned on Twitter by Azfarul Naim, jomphp.com. jomphp.com said: DotA 2 – game terbaru daripada Icefrog dan Valve http://goo.gl/fb/yqjdw #jomphp […]

  4. WoW..terbaiklah IceFrog !!! :w00t: :w00t:

  5. kenapa tak taruk nama DOTA je? sebab dota dalam warcraft hanya satu mod. blizard tak de hak

    kalau aku ‘DOTA: The New Beginning’ atau something yang macam tu 😀

    dan problem terbesar lepas tu adalah. sys req. lappy yang 2 tahun keatas kompem tak leh main dah lepas ni. so berapa ramai yang akan tukar dari DOTA ke DOTA2?

    p.s aku tak main dota :biggrin:

  6. ini satu kepastian..
    kalau map, orang dalam bentuk 3D..
    cair….!!

  7. Valve buat? ntah2 jadi cam game CS atau Halflife (First Person Shooter)

  8. Da try main tapi still tade minat gak
    Memang aku ni dunia ada awek lah haha

  9. Wah2…menjadi2 la aku giankan game dota ni…hahaha..thanks JomPHP..

  10. ak sendiri tak tau kenapa dlm byk2 game aku kurang berminat dgn dota.. :blink:

  11. pergh..supo sedak jah version tbaru nie. klu blh kumpul sek2 klj ak dlu nie mesti sedak men dota nie….

  12. wow!!!terbaiek!!! xsabar nak tgu game nih

  13. dota ni ada review dalam channel machinima kat youtube… kalo nak info g la tgk…

  14. […] This post was mentioned on Twitter by Ehsan Sali, lucia pusparani. lucia pusparani said: DOTA 2 Coming on March 2011 ~ Enable coach system, Voice Chat, Steam Client, Leaver AI Replacement http://ht.ly/2UYon […]

  15. mesti bez ney main dota 2

Tinggalkan komen anda