Posted on

Dota 2 : Apa yang anda perlu tahu mengenainya

dota 2

Beberapa maklumat mengenai games Dota 2 : tarikh pelancaran, graphic, gameplay, heroes dan sebagainya.

Dota 2 : Apa yang anda perlu tahu mengenainya

Tarikh pelancaran : Dota 2 dijangka dilancarkan awal tahun 2012 dan invitation only Beta akan dilancarkan sejurus selepas Gamescom 2011 tamat. Selepas itu public beta akan menyusul dalam tahun ini juga sebelum versi penuh dilepaskan.

Bagi yang sempat daftar Dota 2 closed beta mungkin akan menerima jemputan beta dalam masa beberapa minggu lagi.

dota 2[5]

Platform : Dota 2 akan dilancarkan menggunakan platform Steam untuk Windows dan Mac. Mengenai harga belum jelas lagi bahawa ianya percuma atau berbayar buat masa sekarang. Menggunakan STEAM bererti untuk main player adalah menerusi client STEAM dan kemungkinan besar tiada fungsi Local Area Network (LAN).

Juga tidak jelas lagi adakah ada fungsi AI MAP untuk bermain dengan komputer bagi melatih skill.

drow ranger

Heroes : Menurut Valve, seramai 105 orang/ekor heroes boleh dipilih bila versi final dilepaskan kelak. Versi preview sekarang hanya ada beberapa puluh sahaja heroes asal. Heroes asal Dota akan dikekalkan dalam Dota 2 cuma dengan perubahan pada watak dan rupa fizikal kerana karekter asal adalah hakcipta Blizzard untuk game Warcraft III.

Dota 2

 

Graphics : Dota 2 akan menggunakan graphic ala cel-shading dan bukannya 3D penuh seperti yang diharapkan ramai. Valve berkata tindakan menggunakan graphic cel-shading adalah demi lebih ramai orang mampu bermain games Dota 2 tanpa perlu spesifikasi processor dan graphic card yang canggih.

Kalau komputer anda boleh main Dota warcraft 3 dengan lancar maka sepatutnya boleh juga main Dota 2 tanpa sebarang masalah. Itu yang cuba Valve sampaikan sebenarnya. Kalau buat graphic canggih macam Crysis nanti ramai komplen pula sebab perlu komputer high end nak main.

Dota 2 trailer

 

BACA :  Game Badminton Maybank Malaysia Open (iOS, Android)

Trailer : Beberapa heroes ditunjukkan dalam trailer ini. Dah 2 juta views dalam masa 3 hari.


RELATED POSTS

5 thoughts on “Dota 2 : Apa yang anda perlu tahu mengenainya

  1. tengah tunggu beta jugak sekarang, tak sabar nak try

  2. tak pernah try main Dota.. tapi pernah tengok orang cara main Dota,, ^_^

  3. kenapa aku punya boleh main dota war3 tapi tak le main dota 2……..tolong macam mana nak main nie

    1. we ko leh men dota2 ker? leh mnta key ka.. aq da lm da cri key tp xdpt2..

    2. dota 2 boleh main kat steam je , same cam war3 . main kat battlenet,garena or lan. tapi kalau dota 2 memang kat steam,.. aku ngh tunggu invitation dari sape2 je

Tinggalkan komen anda