Posted on

doPDF berguna sebagai pengganti printer

“Anda sedang menggunakan aplikasi web dan memerlukan anda mencetak salinan. Contohnya slip peperiksaan atau resit. Malangnya anda tidak mempunyai printer. Oleh itu anda cuba copy paste salinan tersebut tetapi hasilnya agak buruk, tidak seperti paparan cetak”

free-pdf-printer

Bagaimana nak atasi masalah ini?

Memperkenalkan doPDF. doPDF merupakan perisian percuma yang membolehkan anda mencetak apa-apa paparan ke dalam bentuk PDF. Dengan kata lain, doPDF merupakan virtual printer kepada pc anda.

Bagaimana nak guna doPDF?

Setelah anda install doPDF, anda boleh memilih doPDF sebagai pencetak document anda. Contohnya saya mahu print artikel ini : https://jomphp.com/cara-menggunakan-google-font-di-wordpress-dan-blogspot.html

Saya dapat memilih doPDF sebagai printer saya.

doPDF

Pilih filename dan save folder anda

dopdf2

Contoh kegunaan DoPDF:

1. Resit maybank2u / cimbclick / dan lain-lain dalam bentuk pdf

2. Slip menduduki peperiksaan, slip peperiksaan dan lain-lain

3. Save mana-mana halaman website dalam bentuk PDF

Mudahkan? Sekarang anda hanya perlu print dalam bentuk pdf, save ke dalam pendrive dan print dimana-mana printer terdekat. Bagi saya, perisian ini sangat berguna untuk pelajar.

p/s : Jika anda pengguna SnagIT, fungsi ini juga telah terbina dalam. Oleh itu tak perlu lagi install doPDF.

Download link :

http://www.dopdf.com/


RELATED POSTS

BACA :  Adobe Photoshop Express untuk Windows 8/RT dilancarkan

13 thoughts on “doPDF berguna sebagai pengganti printer

  1. Ooo
    I see . Selama ni aku hantar ke
    ” Microsoft Office OneNote”
    Tapi die hantar dalam bentuk pictures besenye

    Hurmm . Interesting

  2. owh ni kiranya print, terus convert ke pdf ke?
    nice gak tu

    1. ntuk firefox pun ada extension nie ntuk save to pdf sebenarnya…tanpa perlu install dopdf nie

  3. wujud juga mcm ni yer???
    thanks for info bro..!!

  4. guna pdf creator pun bleh… lagi best…

  5. aku gune Cute PDF..same je fungsi die ngn doPDF ni..

    1. aa mmg byk apps boleh buat camni. tp doPDF ni boleh katakan paling simple dan ringan 😀

  6. aku pernah guna gak dopdf ni.. tp skrg aku guna bullzip..

  7. Saya banyak guna arabic font dlm fail2 word saya, masalah bila guna sftware convert to pdf biasanya ia tidak dpt baca font tersebut dgn baik, ada yg langsung keluar petak2, dan ada yang bila dah convert to pdf tulisan arabic dia akan jadi berterabur. Saya akan cuba perisian ni, tgk mcmana hasilnya nnti.

    Timo kassih bbnyok sahabat 😉

    1. save pdf guna microsoft word…pastikan embed font so font2 selain default microsoft word boleh muncul dalam pdf

  8. mcm primo pdf jugak…

Tinggalkan komen anda