Posted on

DivX HiQ – tukar flash player pada Youtube, tonton video yang lebih berkualiti tinggi

divx hiq[10]

DivX HiQ ialah browser plugin yang membolehkan anda menggantikan flash player default pada youtube dengan player DivX Plus Web Player.

Secara ringkas, DivX HiQ menjadikan video yang anda tonton di Youtube lebih berkualiti tinggi, smooth serta mengurangkan penggunakan CPU. Boleh dikatakan plugin DivX HiQ jauh lebih bagus berbanding flash player default yang digunakan oleh Adobe.

Selepas anda install DivX HiQ, anda akan lihat satu toolbar extra dibawah player default youtube. Dan jika ditekan video yang anda tengok itu akan distream menggunakan divx web player.

divx web player

Jika komputer anda mempunyai dedicated graphic card, video decoding akan dilakukan menggunakan graphic card tersebut. Teknik ini dipanggil graphic hardware acceleration. Ianya sangat effisien sebab processor (CPU) anda tidak akan menjalankan tugas yang berat sekiranya anda menonton video hd 720p atau 1080p.

Selepas menggunakan divx hiQ ini, saya rasa proses buffering juga semakin cepat. Kalau dulu default player mesti sangkut2 nak tengok.

Selain Youtube, website2 yang support DivX HiQ adalah:

  • Vimeo.com
  • DailyMotion.com
  • TheOnion.com
  • Revision3.com
  • Break.com
  • Funny or Die
  • MetaCafe.com
  • Facebook.com
  • Gamereactor.eu
  • FoxNews.com
  • ESPN
  • CNTV Xiyou

Download DivX HiQ Installer

Windows (XP, Vista dan 7) http://download.divx.com/player/DivXWebPlayerInstaller.exe

Mac http://download.divx.com/player/DivXPlusWebPlayer.dmg

Tiada versi linux, harap maklum!


RELATED POSTS

BACA :  Ceriakan chat dengan SweetIM

27 thoughts on “DivX HiQ – tukar flash player pada Youtube, tonton video yang lebih berkualiti tinggi

  1. Kalu internet berkelajuan 10Mbps, tengok video sekat-sekat dok?

    1. Tengok video youtube biasa ok je…kalo tengok yg HD or full hd maybe ada buffer skit2…

      xtau la xpkai internet 10mbps pun lagi

  2. berita bagus utk yg ade internet laju je hahaha

  3. tak pernah try lagi ni..mana tau tengok video nanti boleh laju sikit :whistle:

    1. depends on internet connection πŸ™‚

  4. adobe flash 10.1 ke atas mmg dh de hardware acceleration.. so xperlu r nk pakai tools2 lain.. huhuhu.. selalu aku stream 720p atau 1080p, semua ke gpu aku je (HD5770)… xde hal nye ^_^

    1. Flash Player 10.1 memang dah ada graphic hardware acceleration…tp since flash player byk bugs dan crash, plugin divx hiQ boleh replace flash player lah…

      Even Lifehacker ngan Downloadsquad bagi positive review kat DivX hiQ so tak rugi kalau guna πŸ™‚

  5. Ingatkan bila kualiti bertambah dari biasa jadi makin perlahan. Rupanya makin laju. Kene cuba ni..

  6. bagi aku.. divx ni berguna utk tgk .avi aka anime je r dlu2.. skrg ni dh de ffmpeg.. so divx bergune utk tgk 1080p kt tv je..
    kalo gne plugin.. mcm semak je dlm pc.. hehehe
    well.. ni opinion aku je r.. sbb ak dh gne hardware accelerator.. kalo xde gpu accelerator pun.. core i7 ni dh cukup nk process..
    tp nk lagi mudah.. download je .flv or .mp4 dr utube tu.. leh tgk offline ^_^

  7. mozila tak leh ker… πŸ™

  8. […] This post was mentioned on Twitter by Anarm, jomphp.com. jomphp.com said: DivX HiQ–tukar flash player pada Youtube, tonton video yang lebih berkualiti tinggi http://goo.gl/fb/JrmgK #jomphp […]

  9. Trima kasih bro eins,

    Satu lagi ilmu baru tentang tknologi yang dapat dipelajari.

  10. Dia kuar ‘The DivX Plus Web Player could not download the video, please check your internet connection’ bila bukak ‘Youtube’ kat Mozilla Firefox. Kalau website lain macam ‘Metacafe’ ok jer boleh main. Mcmana hah?

    1. Kalau ada problem uninstall Divx HiQ…masih lagi beta so maybe bugs byk lagi

  11. Saudara. saya dah install DivX HiQ tetapi respon tidaklah begitu baik kerana firefox yang saya gunakan terus kejung dan tidak berfungsi jika saya klik pada DivX HiQ tersebut. Apa sebabnya?

    Untuk makluman saya selalu berkunjung ke blog saudara untuk melihat info terkini tetapi baru kali ini saya komen. Salam persahabatan. πŸ™‚

    1. Saudara guna firefox version apakah?

  12. Saya juga meminta bantuan saudara di atas sedikit masalah yang saya sedang hadapi. Saya menggunakan IDM untuk download video klip di youtube. Sebelum ini tidak masalah tetapi sekarang ada sedikit masalah pada windows explorer. Ini melibatkan folder download dalam document. Ini menyebabkan saya tidak dapat membuka keseluruhan file dalam folder tersebut. Banyak file yang penting di situ termasuk yang berkaitan dengan kerja saya dan ini membimbangkan saya. Macam mana saya nak atasi masalah ini.

    1. Apa masalah dengan folder tu? file hidden? corrupted ke camne

      1. windows explorer not responding. kemudian windows akan restart semula. sampai skrg tak dpt tgk semua folder tu.. huhu

        1. Kemungkinan besar ada masalah hard disk bad sector…

          sbb tu bila buka folder dia jadi hang dan not responding…

          cuba perisian tune up utilities, xpun check hard disk:

          masuk command prompt dan type chkdsk

  13. tkde utk linux sedih sedihh

    1. DivX bukan opensource, takde official software untuk linux kot

  14. dah install, tapi xde pun divx tu bila view youtube ?? huhuhu πŸ™

    1. pakai browser apa ye?

  15. dah install tapi tak boleh pon asal susah sangat nak buat bende alah ni ? cer cite sikit . youtube asyik sangkut jerr bosan aku heh !!!!

  16. as salam tuan…nk tanya soalan sikit…saya ade download movie ke dalam portable hard disk..masalah sekarang…movie yang saya download atau copy dari pc/laptop bila saya nak tengok guna led tv dia play separuh atau sebahagian je…sebelum ni ade gak tgk movie tp ok je bleh tgk sampai abis…format sama…saiz fail pun besar bile tgk kat pc/laptop ok plak…mohon sgt bantuan..terima kasih

Tinggalkan komen anda