Posted on

Disk space peranti MAC anda penuh dan anda tidak tahu sebabnya? Gunakan aplikasi mudah ini

ncdu-filesize

Saya menggunakan laptop Macbook Air 128GB SSD dan ruangan storage sangat terhad. Oleh itu saya sangat menjaga aplikasi yang di install, dan juga mengelakkan copy fail bersaiz besar seperti Movie, Games dan sebagainya. Bagaimanapun disk space saya masih penuh tanpa di ketahui sebabnya.

Sebagai solusi, saya cuba delete games, movies dan beberapa aplikasi yang jarang di gunakan, tetapi hanya dapat sedikit free space dan disk space masih penuh.

Akhirnya setelah mencuba aplikasi ini, saya dapat mengetahui sebab utama dan membuang fail tidak berguna yang banyak memakan disk space.

Aplikasi ringkas ini di panggil NCDU, dan ianya ringan dan percuma. Aplikasi NCDU juga boleh di gunakan untuk platform Linux.

Cara install NCDU di OSX El Capitan

1. Buka terminal. Untuk install NCDU, anda perlu install Homebrew terlebih dahulu.

2. Pastekan command ini pada terminal untuk mulakan proses install Homebrew

ruby -e "$(curl -fsSL https://raw.githubusercontent.com/Homebrew/install/master/install)"

3. Setelah proses installation Homebrew berjaya, anda boleh gunakan command ini pada terminal untuk install NCDU

brew install ncdu

4. Seteleh proses install NCDU berjaya, untuk scan disk anda sila run command ini pada terminal

ncdu /

ncdu_scan

5. Ini merupakan antaramuka bila NCDU sedang scan disk untuk mendapatkan senarai fail bersaiz besar yang bersembunyi dalam disk anda

ncdu_scan1

6. Setelah tamat scan, NCDU akan listkan fail dan folder bersaiz besar. Dalam gambar di bawah, rupanya disk space saya di penuhi oleh update game Steam dan update aplikasi Atom.

ncdu-filesize

7. Sebelum ini saya sudah delete game dari Steam dan juga tidak menyangka update aplikasi Atom memakan saiz yang agak besar. Dengan NCDU, saya berjaya mencari punca sebenar dan delete fail yang tidak di perlukan.

BACA :  Cara disable Facebook Birthday Alert pada Mac OSX El Capitan

Selamat mencuba, share artikel ini kepada rakan anda jika bermanfaat.


RELATED POSTS

Tinggalkan komen anda