Posted on

Dilema kehabisan bandwith – Seminggu tanpa JomPHP

jomphpdown

Salam dan apa khabar semua pembaca JomPHP?Seperti yang pembaca sedia maklum, blog ini tidak dapat diakses hampir seminggu lamanya kerana masalah kehabisan bandwith.Ini merupakan kali pertama blog ini mengalami masalah tersebut, mungkin kerana peningkatan pengunjung yang semakin banyak, ataupun penggunaan bandwith oleh sub-projek kami yang lain.

Berikut merupakan statistik blog JomPHP semasa kehabisan bandwith:

graf

Sepanjang seminggu tidak dapat akses blog ini, rindu skali rasanya terutamanya ketika kami mempunyai fresh idea untuk ditulis bagi tatapan pembaca blog ini.Bak pepatah, tidur tak lena, mandi tak basah, makan tak kenyang, surf internet takde mood.Hari-hari tetap buka JomPHP walaupun tau bandwith reset pada 1hb.

Bagi mengelakkan masalah ini terjadi lagi pada bulan depan, kami sedang memikirkan untuk bertukar pakej hosting yg mempunyai lebih banyak bandwith.Masalah sekarang ialah hosting kami iaitu Fivio tidak mempunyai pakej yang menawarkan bandwith sebanyak 50gb,selain pakej premium yang berharga rm380 setahun, angka yang agak besar bagi pelajar seperti kami.

Alternatif lain ialah bertukar ke hosting DataKL yang menawarkan pakej 50gb dengan harga rm150 setahun, angka yang agak berpatutan.Tetapi sayang pula meninggalkan Fivio kerana kami agak berpuas hati dengan servisnya sebelum ini.Oleh itu kami dalam dilema..

Oh ya kami juga sedang memikirkan untuk host gambar pada image hosting yang lain untuk menjimatkan bandwith, tetapi upgrade bandwith rasanya satu kemestian for absolute peace of mind.

Apa pandangan pembaca semua?


RELATED POSTS

BACA :  Eins.MY – blog teknologi terbaru daripada @einztrigger

37 thoughts on “Dilema kehabisan bandwith – Seminggu tanpa JomPHP

  1. Fivio… Fivio.. roger.. roger.. hehe.. jgn tukar bro.. fivio terbaik kot rasa aku..

    anyway dah sampai masa korang host gambar kat imageshake ke or mana2 hosting luar.. untuk mengelak perkara yg sama berulang.. :shocked:

    1. tp problem ngan image lama la.tetap makan bandwith sbb dah ada dalm hosting.ke ada teknik rahsia?share la khai :blush:

      1. aiseh.. xde rahsia la bro.. rahsia aku bandwidth unlimited.. itu pasal la xde rahsia.. adeh la.. hehe..

        tapi cam web artis tu, gambar mmg x host dalam… effect load website la pulak..

        stick with fivio.. dah dapat khabar baik ke lom?
        .-= Khai´s last blog ..Tragedi Berdarah Selatan Thai – Ditembak ketika Solat Isyak =-.

  2. Upgrade bandwidth itu mesti, aku ada idea untuk beberapa projek lagi ni…

  3. huhu….rindu aku ngan blog ni…. :wassat:
    plugin atau apa2 yg nak di download oleh pembaca pun host kat luar la…. :biggrin:
    .-= HuRuL_AiNi´s last blog ..Tips Mengurus Kewangan =-.

  4. Assalamualaikum,

    Saya dari Fadhlullah dari Fivio.com. Just drop by email ke [email protected] kami. InsyaAllah, mana tahu ada rezeki untuk cyberfly πŸ™‚

    Kadang kadang, jari yang memegang tetikus ini boleh increase data transfer secara tak sengaja ^_^.

    Salam,

  5. Selamat ni tak pernah lak aku ada masalah habis bandwith kat DataKL. Rasanya tak terluak pun bandwith tu tiap2 bulan, haha.

    Tapi kalau admin Fivio dah bagi hint tu, ape lagi, berdiskusi la. Mana tau dapat extra bandwith free ^_^
    .-= MK´s last blog ..Cara-cara Nak Buat Subdomain =-.

  6. fuh.. sampai habis bandwidth… memang hebat!

    langkah yang best ialah upgrade bandwidth. hehe.

    setakat ni aku masih guna NetKL. murah pun mura.h servis pun bagus =)
    .-= alone´s last blog ..Michael Jackson: We Are The World – USA for Africa =-.

  7. best ahh korang punye blog.. huhuu..
    hosting pn best2 belake..
    .-= Anarm´s last blog ..Transformers 2: Revenge Of The Fallen (review) =-.

  8. aku dah kontek encik Admin Fivio.sedang menunggu berita baik :biggrin:
    .-= cyberfly´s last blog ..Dilema kehabisan bandwith – Seminggu tanpa JomPHP =-.

  9. boleh emel aku juga, jika masih cari hosting.:)

    1. nak sponsor ke?kl setakat nak promo tu tak perlu rasanya πŸ˜†

      sbb aku sendiri pn dah ada malaysiahostingreview.net :happy: :happy:

  10. kita boleh bincang dlm emel. :happy:

  11. huhu… sian korg eh abes bandwidth… dah terlalu hebat ni namanya…kene la upgrade… kalo korg ada google adsense/nuffnang/advertlets mesti da dpt $$ kan…leh la tampung walau rm300++ setahun… huhu…ape2 all da best….
    .-= Kill-Vearn´s last blog ..Transformers II: 10 Questions Michael Bay Must Answer! =-.

    1. Drop gila2 visitor, pagerank pun xtau la dapat retain ke tak pr3…apa2pun kami dalam proses upgrade bandwidth or mungkin tukar hosting terus…

      Buat duit dgn ads memang harapan kami, tapi better untuk blog BI yang akan datang…hehe :happy:

  12. Datakl pun ok gak tapi kalo nak unlimited pakai hostgator ler… :biggrin:

  13. wahh korang ni gua tabik spring,kalau dah abis bandwidth tu mmg blog ni ada ummph.. tapi aku rase korang stick jer ngan fivio, fadhullah (fivio nyer owner) tu aku kenal mase kt uia lagi tapi dier xkenal aku, dia punya kerja tip top, leh caya fivio nie.
    .-= MyCeloteh´s last blog ..iPhone 3GS vs Android G1 =-.

    1. Salam,

      Oh, budak UIA gak ke ? dulu kolej mana ?

      Salam,

  14. serverfreak tak oke ke? hehe, blog femes memang habis bandwith. nko nk buat projek apa eins? bgtaulah aku.
    .-= marzuki´s last blog ..Memasang Social Bookmark Button #03 =-.

  15. gempak la bro sampai abis bandwidth….trafik sure ramai kan….ade ke admin fivio offer GOOD NEWS…. :biggrin:
    .-= hazman aka species1980´s last blog ..Sensasi Nokia siri E =-.

  16. wah sampai abis bandwithnya..
    ramai pengunjung biasalah

  17. oo..igtkn da gulung tikar da..hehe
    nsb bek idup balik..huhu :w00t:
    .-= d|n´s last blog ..ADIos cristiano ronaldo.. =-.

  18. wey habis bandwitdh tu apa? aku tak tahu huhuh
    .-= pear´s last blog ..Berkhidmat untuk rakyat di Manik Urai =-.

  19. pergh! sampai abih bandwidth.. bandwidth aku ngan fivio tak terabih lagi. mungkin blog aku tak sefemes blog ni tu yg masih menten.. :tongue:

    pape, try stick with Fivio. :whistle:
    .-= aidilx´s last blog ..Ikhlas Di Dalam Pekerjaan =-.

  20. aisyeh.. hbis dah? stay with favio ler.. mane taw favio nak sponsor dedi plak.. hehe
    .-= Adney´s last blog ..Zamri Nanyan – Pemikir, Penulis & Peniaga Yang… =-.

  21. aku salah seorang yang jadik mangsa
    dengn malah kehabisan bandwith kat blog ko nie
    smpai xley nak msuk blog nie

    tapi kalau ko host kat image shack, photobucket
    blog ko akan mslah plak nak loading
    blog ko pn nnt ikut sm lmbat
    .-= KampungBoy´s last blog ..How to Remove PayPal Access Limit =-.

    1. Bandwidth wajib kami upgrade…so gambar n script boleh host sndiri…boh kat image hosting tu ah problem memang lambat loading blog…

      blog lambat loading, orang pun x suka masuk…so baik xyah…

      bagi kami convenience visitor blog memang kena ambil kira πŸ˜€

  22. ko ni pun sengal gak eins. dah ko letak youtube downloader kat site ni mmg la abis ko nyer bandwith. visitor ko download guna hosting ko sedut dari youtube in/out bandwidth meter tetap jalan. :biggrin:

    1. Aku tau la bro…ala script youtube downloader tu bukan heavy pun usage dia…aku dah test la resource usage tu dulu sebab tu aku host kat cni…

      simple php + curl je…bukan nya komplek sangat…

      plus brapa kerat je yg guna youtube downloader…aku trace hari2 kliks, hits dll…

      itu tak contribute bnyk kepada bandwidth la bro…adeh suka suki je ko cakap aku sengal ek? :getlost:

      1. average 1 video 25mb
        leeching 25mb
        seeding 25mb
        total 25mb

        tu baru satu video hehehe

        1. eh salah taip 50mb

        2. So what?

          Aku dah cakap yg skrip tu function dia fetch link download video dalam format 3gp/flv/mp4 je dari server google…

          bukannya aku perlu guna resource hosting sendiri…bukannya perlu seeding/leeching bagai…ingat torrent ke?

          kalau ko bukak keepvid dll tu…memang sama je konsep dia…memang tugas script tu fetch link download je, sama cam pkai script greasemonkey atau bookmarklet…

          aku xtau apa problem ko…ini hosting aku, aku lebih tau dari ko…teori mana ko pakai ni…adeh…

  23. hei congrats….. dah kehabisan bandwith tu satu galakan yg baik utk u all….

    nak tukar provider tu fikir2lah ckit, image hosting kat tempat lain nampak ok je…..

  24. ada satu hosting free yg bandwidthnya 200gb. tapi, tau la kan kalau hosting free, uptimenya takut tak 100%.

    untuk personal blogger, boleh cuba kat xtreemhost.com.

    lagi satu yang best, hosting ni ‘ads free’.

  25. dulu ko pakai webhosting server mane EiNs?? :angel: :angel:
    .-= Alon´s last blog ..FreePremiumDomain.com Boleh Dipercayai Ker?? =-.

  26. nk tanye bandwith tu ape?
    kalo download kt torrent msti ade bandwith.

  27. ala bro.. stick je ngan fivio.. diorang nie memang hebat la.. aku call + hantar email tahap spam pun diorang layan lagi… πŸ˜†
    .-= Frantz-Senpai´s last blog ..Checkboxes in Explorer =-.

Tinggalkan komen anda