Posted on

Digsby – IM, email notifications dan social network dalam satu perisian

digsby 3

Bayangkan situasi ini, anda hendak chat dengan member YM, anda kena buka Yahoo Messenger. Hendak bertweet dengan rakan2 twitter perlu bukak firefox atau destroy twitter. Manakala hendak mengetahui update rakan2 facebook anda pula kena buka laman facebook. Hendak check email pun perlu banyak step. Banyak program yang anda kena launch, mungkin merugikan masa dan membazir ram dan cpu usage komputer anda.

Memperkenalkan Digsby, perisian semua dalam satu, ianya menggabungkan fungsi IM, email notifications dan social network dalam satu pakej. Dengan fungsi dan antaramuka yang menarik, pastinya Digsby wajib dicuba oleh pengguna Internet, terutamanya bloggers dan pengguna laman sosial. Jom baca lebih lanjut mengenai fungsi2 menarik Digsby.

Instant Messaging (IM)

digsby 4 Digsby menyokong network Yahoo Messenger, Google Talk, AIM, MSN, ICQ dan Jabber dimana anda boleh menguruskan senarai rakan2 anda dengan cara senang. Digsby juga mempunyai fungsi tabbed windows, dimana conversations windows baru akan digabungkan dalam bentuk tabbed bagi tujuan menjimatkan penggunaan space. Cool dan menarik.

 

Email notifications

digsby 5Dengan fungsi email notifications, anda boleh mendapat preview email2 yang baru masuk ke dalam inbox anda. Menyokong Yahoo Mail, Gmail, Pop, IMAP dll. Anda boleh mark email, dan juga boleh open link melalui default browser anda.

 

Social Networking

digsby 7Digsby menyokong fungsi laman sosial Facebook, Twitter, LinkedIn dan Myspace sahaja buat setakat ini. Pengguna twitter boleh mendapatkan update timeline terkini dari rakan2, reply tweet dan update status dengan senang. Pengguna facebook pula dapat view update rakan2 mengenai aktiviti yang mereka lakukan serta anda juga boleh update status dengan senang.

 

Theme

digsby 9

BACA :  Advertise blog anda dengan FeedBurner

Ya, anda boleh menukar antaramuka digsby dengan theme support. Anda boleh menukar theme main program, conversations theme, menambah custom smileys/emoticon dll. Untuk resources digsby anda boleh lihat di laman Digsbies.

 

Now Listening

digsby 8 Anda boleh menjadikan tajuk lagu yang sedang anda dengar melalui audio player seperti Aimp2 dan Winamp sebagai status YM atau apa2 network IM anda. Lihat screenshot untuk kepastian ya!

 

File Transfer

Ya, digsby juga menyokong file transfer antara anda dengan rakan2 IM yang lain. Senang kalau hendak berkongsi mp3, documents dll.

 

Download Digsby

 

logo

Download : Digsby Offline Installer, Portable Digsby 

Saya rasa inilah artikel terbaik mengenai Digsby yang pernah ditulis di Internet. Haha! Takde la…saja cakap! Pembaca2 JomPHP sekalian, apa kata anda juga cuba Digsby dan anda boleh mula lupakan aplikasi2 yang lain kerana digsby memang mempunyai pakej lengkap dan kriteria untuk menjadi “must have software for windows user”.

Terima kasih kerana membaca!

 


RELATED POSTS

20 thoughts on “Digsby – IM, email notifications dan social network dalam satu perisian

  1. hurrmmm..
    artikel psl digsby…
    xde langsung pun link pegi ke lmn web utk download digsby nih…

    dahla ak mls nk mnaip url…huha..

    zelo55´s last blog post..Istana Khir Toyo Ke Bernilai RM15 Juta? Jutawan Atau Menteri Besar?

    1. wahaha…aku lupa nk letak link download plak…

      td rushing nak g smayang jumaat so aku publish trus :silly:

  2. Aku dah tambah download link, yg portable version korang boleh guna dalam pendrive @ ext hard disk…

  3. macam best jer… sat g aku try

    Ducks´s last blog post..Jam Legend

  4. dah salu dah guna digsby.lagi2 time ym prob.huhu.tapi, macam tak best j :biggrin:

    tapi oke jugak la kdg2 😆

    feeza.yusoff´s last blog post...happy 4th month anniversary!.

    1. yg kurangnya xde buzz, n audibles…sweetim pun x support…

      anyway tu x penting, fungsi2 lain lg bagus :happy:

  5. friendster x de yek???

    1. friendster xde…friendster xde open API kot tu orang xde develop paper 3rd party software…

  6. ak dh donlod..trime kasih.. ak skang ni pon de krisis ngn ym, asyik xleh bukak je.

    1. Sama2…tu ah kekadang ym ada conflict…error xleh login la dll…digsby jd penyelamat 😆

  7. sekarang boleh berjimat masa dan ram. yeah :biggrin:

  8. aku dulu dah tahu program digsby ni tp malas nk download
    tp lps baca post ni, nk try lak rasanya

    ayuh download 🙂
    😆

    1. Tahu saja x memadai…kena cuba terus baru tahu kelebihan digsby ni…hehehe 😎

  9. Allo..aku da try pakai digsby nih. Bila click je icon email kat tray tu dia terus open pakai IE. Pastu aku setting default firefox guna cara yg ko gtau tuh, tp bile click balik die open pakai IE gak. Camne ek..?

    1. dah set firefox as default browser? aku punya digsby ni rilek je dia open dalam firefox 😎

  10. yup..memang berguna digsby ni…nak tgk status kat fb xyah bukak web browser da..huhu :tongue:

  11. enter your message here…

Tinggalkan komen anda