Posted on

Dengar radio Malaysia online menggunakan aplikasi TuneIn Radio untuk Windows, iOS, Android

radio-malaysia

Suka dengar radio tempatan seperti Hot FM, Era FM, THR Gegar dan sebagainya? TuneIn Radio adalah aplikasi terbaik untuk dengar radio malaysia online pada pelbagai pelantar seperti Windows 8, iPhone, iPad, Android, Windows Phone, Blackberry dan sebagainya.

Dengar pelbagai radio tempatan dengan mudah dan cepat, tak perlu lagi buka website semata-mata nak dengar radio malaysia online…tak perlu lagi install banyak app radio yang menyemak di homescreen phone anda.

TuneIn Radio

tunein-radio-windows-8

TuneIn Radio untuk Windows 8 sangat elegan dan anda hanya perlu install dan terus pilih radio-radio kegemaran anda. Kualiti radio pula agak bagus dan stream sangat laju dan tidak sangkut-sangkut.

Bukan sahaja radio Malaysia, malah anda juga boleh mendengar saluran-saluran radio negara luar, saluran berita sukan dan sebagainya.

tune-in-radio-windows-8

Anda boleh snap aplikasi TuneIn pada desktop Windows 8. Sambil buat kerja boleh dengar radio Malaysia online juga.

Download TuneIn Radio untuk Windows 8. Atau boleh search “TuneIn” pada Windows Store.

tunein-radio-ios

Aplikasi TuneIn Radio untuk iPhone, iPad dan iPod Touch.

tunein-radio-android

Aplikasi TuneIn Radio untuk Android.

Selain itu TuneIn juga boleh digunakan pada Windows Phone dan Blackberry.

tune-in-radio-malaysia

Tidak mempunyai peranti-peranti Windows 8, iOS atau Android? Dengar radio Malaysia online di TuneIn Radio Web.

Selamat mencuba!

p/s: Kan bagus kalau ada “Adblock Plus” untuk radio…tak perlu lagi iklan yang menyemak…betul tak? Haha


RELATED POSTS

BACA :  CDisplay : View kompress imej dalam rar/zip dengan mudah!

18 thoughts on “Dengar radio Malaysia online menggunakan aplikasi TuneIn Radio untuk Windows, iOS, Android

  1. multimedia 8 dengan tunein radio ni boleh pakai kat windows 7 tak?

    1. both app untuk windows 8…tunein desktop kena pakai 3rd party software

      1. contoh 3rd party software?

        1. rasanya ada kat windows media center…cuba check tunein website

  2. search nape xjumpa ye (currently guna w7 relase preview)..

  3. silap lak..nak type w8 release preview

    1. rasanya windows 8 release preview tak dapat tengok dah apps baru untuk windows 8 rtm

      1. so nak xnak kena upgrade la nie..

        1. yep, now banyak apps baru kat windows store

  4. knp x jd.. bawah button play ia kluar stream error..

    1. kadang2 server down, try radio lain plak

  5. semua chanel x jd.. ke kena download stream dulu?

    1. elok je aku dengar ni ha…erafm…hotfm…kadang2 dia lambat sikit nak boleh stream tu

  6. kene install ape2 plugin x? kat win8 pro aku x blh nak play.. conneting… tp x play2…

    1. takpayah plugin…install dan stream saja

  7. […] pengguna Windows 8, anda boleh install aplikasi radio TuneIn daripada Windows Store. Pengguna Windows 7 boleh stream radio melalui website rasmi stesen2 radio […]

  8. kenapa ikim.fm xleh play yer…chanel era ok jek

Tinggalkan komen anda