Posted on

Dell Vostro 5470 Review – Ultrabook untuk semua

Dell Vostro 5470 review 2

Beberapa minggu lepas, adik saya menyuarakan hasrat untuk memiliki laptop baru lantaran laptop lama sudah meragam hingga ke tahap yang tidak dapat ditoleransi lagi. Sebagai seorang pelajar universiti, dia memerlukan laptop yang ringan, mudah di bawa ke mana-mana serta mempunyai ketahanan bateri yang lama.

Walaupun bukan pemain game tegar, dia perlukan laptop yang mempunyai kad grafik Nvidia atau AMD Radeon untuk bermain Dota 2 serta perisian emulator konsol bila mana kebosanan melanda. Jadi laptop yang hanya didatangkan dengan cip Intel HD Graphics terbina dalam  telah disingkir dari menjadi pilihan secara automatik.

Dengan bajet sekitar RM2,000 lebih, saya membuat beberapa tinjauan mengenai model-model laptop yang baru di pasaran dan memenuhi kriteria awal tadi iaitu; nipis, ringan, bateri tahan lama serta mempunyai kad grafik Nvidia atau AMD Radeon.

Akhirnya, terjumpa model Dell Vostro 5470, hasil carian Google, dan selepas membuat beberapa carian tambahan termasuk di Youtube, kami membuat keputusan untuk membeli laptop Dell Vostro 5470 ini pada harga RM2149.

Dell Vostro 5470 Review

Hardware

Dell Vostro 5470 review 3

Secara luaran, Dell Vostro 5470 lebih mirip kepada Ultrabook berbanding laptop biasa. Ini kerana, Dell Vostro 5470 menggunakan processor Intel Core i5 low-voltage, DDR3L low-voltage, mempunyai pilihan untuk SSD storage serta tidak mempunyai DVD-Drive.

Spesifikasi Dell Vostro 5470

– Intel Core i5-4200 (Up to 2.6 GHz Turbo Boost)

– 4GB DDR3L RAM

– 14” HD Resolution (1366×768)

– Switchable Intel HD Graphics 4400 + Nvidia Geforce GT740M 2GB DDR3

– 500 GB HDD 5400 RPM

– 51.2 Whr 3-cell Battery

– Intel Wireless N + Bluetooth 4.0

– 1.62 kg weight

Lain-lain info seperti aluminium chassis yang membuat laptop ini lebih elegan, mempunyai fingerprint reader serta speaker stereo dengan subwoofer.

Untuk makluman anda, Dell Vostro 5470 juga boleh didapati dalam pelbagai variasi seperti processor i3 yang lebih murah, tambahan mSATA SSD dan juga touch-screen display.

Jika anda tidak memerlukan touch screen, kad grafik Nvidia ataupun processor Intel Core i5, variasi Dell Vostro 5470 yang menggunakan processor Intel Core i3 boleh didapati pada harga serendah RM1799 sahaja. (rujuk laman Dell Malaysia)

Dell Vostro 5470 review 4

Dari segi kualiti display, tiada apa yang boleh dibanggakan kerana Dell Vostro 5470 masih menggunakan resolusi 1366×768 seperti kebanyakan laptop Windows lain. Sekiranya anda menggunakan laptop untuk membuat kerja-kerja edit gambar dan video, saya sarankan beli satu monitor IPS bersaiz 21”- 24” untuk kualiti warna yang lebih tepat.

Dari segi keyboard, Dell Vostro 5470 menggunakan Chiclet keyboard yang agak crammed, (perhatikan kedudukan butang Home, Page Up, Page Down, End) serta tiada backlit keyboard. Agak mengambil masa juga untuk menyesuaikan diri dengan saiz keyboard yang kecil terutamanya bagi mereka yang sudah biasa menggunakan keyboard bersaiz besar.

Touchpad atau trackpad juga tiada sebarang keistimewaan, ia menyokong fungsi gestures seperti pinch-to-zoom dan two-finger scrolling dan sudah memadai untuk pengguna kasual.

Software dan Battery Life

BACA :  Deals : Motorola Moto G 16GB RM688

Dell Vostro 5470 review 7

Windows 8.1 64-bit merupakan sistem operasi yang sedia terpasang di Dell Vostro 5470. Prestasi boleh dikatakan agak laju, walaupun tidak dilengkapi dengan SSD. Terima kasih juga kepada Dell kerana mengurangkan jumlah perisian bloatware yang memberatkan sistem operasi.

dell vostro 5470

Antara perisian yang sedia terpasang ialah Antivirus McAfee serta Microsoft Office 2013 versi percubaan yang anda boleh uninstall sekiranya tidak perlu.

dell vostro 5470[6]

Kebanyakan PC games seperti Dota 2, Sleeping Dogs, Assassins Creed 4 boleh dimainkan dengan lancar (30 fps ke atas) dengan setting Medium-High pada resolusi 1366×768. Pemain game kasual patut boleh memainkan game2 kegemaran mereka tanpa sebarang masalah sekiranya bermain menggunakan resolusi yang kurang daripada 1080p (1920×1080).

Tip : Jalankan games menggunakan Nvidia Graphics untuk prestasi terbaik.

Dell Vostro 5470 battery life

Kapasiti bateri bagi Dell Vostro 5470 adalah 51.2 WHr (3-cell battery) dan secara teori boleh ianya bertahan sehingga 7 jam 42 minit.

Namun, keupayaan bateri berubah mengikut penggunaan anda dan secara jujur, Dell Vostro 5470 boleh bertahan sekitar 4-6 jam pada kecerahan medium dan menggunakan profil battery Dell. Penggunaan berat seperti bermain games dan melibatkan penggunaan cip grafik Nvidia boleh menyebabkan bateri drain dengan lebih pantas.

Gambar dan Kapsyen

Dell Vostro 5470 review

Rekaan Dell Vostro 5470 yang ringkas tapi elegan sesuai sebagai laptop untuk pelajar dan laptop business-class.

Dell Vostro 5470 review 5

Nipis dan ringan, tarikan utama Dell Vostro 5470.

Dell Vostro 5470 review 6

Biasanya laptop nipis memungkinkan timbulnya risiko untuk cepat panas atau overheat, tetapi teknologi processor Intel Haswell terbaru lebih menjimatkan tenaga serta mengelakkan laptop sering overheat.

Ringkasan

Ulasan ini dibuat selepas tempoh penggunaan dalam dua minggu selepas tarikh pembelian laptop Dell Vostro 5470. Berikut merupakan perkara yang positif dan negatif mengenai laptop ini. Secara jujur, kami boleh berpuas hati dengan laptop ini sepanjang tempoh penggunaan.

Positive Points

+ Nipis, ringan, rekaan menarik dengan aluminium chassis
+ Performance laju
+ Tidak cepat panas walaupun dilengkapi kad grafik Nvidia GT740M discrete
+ Fingerprint Reader, Subwoofer Speaker dan slot untuk mSATA SSD adalah bonus
+ Harga mampu milik

Negative Points

– Resolusi 1366×768 yang sudah tidak relevan pada tahun 2014
– Kualiti display dan viewing angle masih banyak yang perlu dipertingkatkan
– Kualiti signal Wi-Fi yang kadang-kala kurang konsisten (mungkin bergantung pada software atau driver)
– Keyboard yang terlalu ‘cramped’

Kalau sebelum ini laptop yang berharga sekitar RM2,000 adalah tebal, berat, bateri cuma tahan 2-3 jam serta keupayaan processor dan GPU yang biasa-biasa sahaja, kini Dell cuba mengubah persepsi ini dengan memperkenalkan Dell Vostro 5470 yang nipis, ringan serta bertenaga pada harga mampu milik.

Diharapkan untuk model akan datang, Dell Vostro laptop boleh dipertingkatkan lagi dengan resolusi full HD 1080p IPS, ketahanan bateri 7-10 jam serta didatangkan dengan Wireless AC.


Ada-apa pertanyaan boleh komen di bawah. Kalau ada sebarang penambahan info akan saya tambahkan di artikel reviu ini di masa akan datang.


RELATED POSTS

11 thoughts on “Dell Vostro 5470 Review – Ultrabook untuk semua

  1. Bagaimana pula dgn laptop yg beresolusi 1080p. Ada ke yg berharga dlm 2000?

    1. bawah rm2k setakat ni x jumpa lg yg resolusi 1080p

  2. Pada pndangan aku kalau compare dgn laptop lenovo ideaPad s510p aku rase lg ok lenovo, harga pn sekitar RM1750.

    1. Ideapad s510p yang rm1750 tu
      – takde windows 8.1 rasanya (freedos)
      – graphic card Nvidia GT720M
      – screen lagi besar, dan berat 2.4 kg
      – juga lebih tebal

  3. Power! Ini macam kalau nipis sama iPad Mini aku pun tak teragak nak beli, dari tunggu simpan duit dalam tabung beli Macbook. hehe
    Tapi macam hang cakap lah, Keyboard cramp tak power pulak kat situ, tak menarik. Sekali tap, berterabur ABCD 😀

    1. not exactly nipis macam ipad mini cuma nipis dari laptop biasa. jarang laptop nipis ada graphic card nvidia sampai GT740M biasanya pakai built in intel graphic saja.

      kalau nak beli MBA, beli yg 13″. 8GB RAM dan 256GB SSD. jangan beli yg entry level atau yang 11″ tak puas guna 😀

  4. cuba tukarkan wfi card dual band….

    1. by default, laptop nie dah terpasang dual band wifi card, dual intel wireless N. maybe pas ni boleh upgrade ke dual wi-fi AC lak kot

  5. Kalau dgn notebook hp pavilion n059tx mana lagi berbaloi.boleh bagi pandangan skit tak, nak beli laptop yg sekurang-kurang boleh main game gta ke atau saint row

  6. kalau laptop ni freedos agaknya berapa harga?

  7. Tumpang tanya, masalah wifi utk vostro 5470 ni masih ada ke pada tahun 2015 ni?

    Sy ada buat review sikit dekat beberapa forums, n masalah connection wifi dia macam agak kritikal. Tp kebanyakan review tu dari tahun 2014 lagi.
    Jadi sy nak mintak pendapat dulu sebelum beli notebook ni. TIA =)

Tinggalkan komen anda