Posted on

Dapatkan Windows 8 Original Dengan Harga Serendah RM50

windows 8

Dapatkan Windows 8 original dengan harga serendah RM50 – tak perlu lagi download Windows pirated, beli DVD cetak rompak atau cari crack/activator kerana anda kini boleh mendapatkan Windows 8 dengan harga yang sangat murah.

Update : Microsoft telah menutup loophole, kemungkinan mendapatkan promo code untuk Windows 8 original pada harga RM50 sangat tipis sekarang. Tanpa promo code, harga bagi Windows 8 ialah $39.99 (kira-kira RM120).

Dapatkan Windows 8 Original Dengan Harga Serendah RM50

Harga yang ditawarkan oleh Microsoft untuk sistem operasi Windows 8 ialah

– $39.99 (kira-kira RM120) untuk digital downloads

– $69.99 (kira-kira RM210) untuk pakej DVD installer

RM120 bagi saya sudah agak murah berbanding harga Windows 7 original yang dahulunya mencecah ratusan ringgit (RM600+ untuk versi W7 Ultimate kalau tak silap). Disebabkan harga Windows yang sangat mahal itulah ramai pengguna komputer terutamanya di Malaysia memilih untuk menggunakan sistem operasi Windows 7 versi pirated.

Microsoft juga memberi tawaran untuk upgrade Windows sedia ada kepada Windows 7 pada harga serendah RM50.

windows 8 rm50

Anda boleh memohon promo code di laman Windows 8 Malaysia. Promo code ini membolehkan anda membeli Windows 8 dengan harga sekitar RM50 sahaja.

windows 8 malaysia

Daftar maklumat yang relevan. Lepas submit boleh check email anda. Jika bertuah, anda akan mendapat promo code contohnya seperti :

windows 8 promo code

Untuk membeli dan download Windows 8, anda kena menggunakan Windows 8 Upgrade Assistant. Upgrade Assistant ini akan scan komputer dan download installer Windows 8 (32bit atau 64bit bergantung kepada OS sedia ada).

windows 8 original

Anda boleh membeli Windows 8 Pro dengan menekan butang order. Bayaran hendaklah dibuat menggunakan kad kredit. Pilih digital downloads, tidak perlu order DVD kerana ianya lebih mahal dan tidak relevan.

BACA :  Tutorial Lengkap Cara Format Windows XP, Vista, 7, 8

Masa order, anda boleh masukan promo code yang diperolehi daripada langkah2 di atas.

windows 8 malaysia[11]

Selepas membeli, anda akan mendapat serial key Windows 8. Key ini boleh digunakan untuk upgrade Windows 7 ke Windows 8 ataupun buat clean install terus ke WIndows 8.

windows 8 malaysia[13]

Installer Windows 8 akan disimpan di dalam folder C:\ESD\Windows. Atau anda boleh terus buat USB installer ataupun simpan installer dalam bentuk ISO.

Dah ada ISO serta serial key original Windows 8 – maka bolehlah anda install Windows 8. Serius rasa puas hati bila menggunakan perisian original. Lagipun RM50 adalah sangat-sangat berbaloi kerana anda mungkin akan menggunakan OS ini untuk beberapa tahun lagi.

Bagi yang tertanya-tanya patut ke beli Windows 8, kalau nak harga murah baik beli sekarang. Lepas tamat offer daripada Microsoft, harga Windows 8 akan melambung naik kepada beratus-ratus ringgit pula.

Sumber rujukan : Windows 8 Promo Code | Ada masalah? Boleh rujuk thread Lowyat ini juga

Update : Microsoft telah menutup loophole, kemungkinan mendapatkan promo code untuk Windows 8 original pada harga RM50 sangat tipis sekarang. Tanpa promo code, harga bagi Windows 8 ialah $39.99 (kira-kira RM120).


RELATED POSTS

100 thoughts on “Dapatkan Windows 8 Original Dengan Harga Serendah RM50

  1. Maknanya nak dapatkan harga RM50 tu kena ada Win 7 ori? kalau takde, still harga RM120?

    1. windows 7 pirate pun boleh…try je guna upgrade assistant tu, untung kalau boleh dapat windows 8 ori dengan harga RM50

  2. yg trial punya xdak lgi meh?

      1. bila run upgrade assistant, secure boot x compatible, xpa ke?

  3. kalau sekarang ni lappy tengah pakai win 8 Release Preview macam mana bro..? boleh juga ke untuk upgrade?

  4. klau win7 tu pirate tp so far mcm original boleh update sme boleh ke buat?

    1. Boleh update..sbb aku pon guna win7 pirate..skrg dah pakai win8 ori (^_^)

    2. windows pirate pun boleh

      1. klu pki win7 pirate nk ltk pe mse dye mnx win7 key??

        1. kena ada key ori…aritu microsoft tak
          mintak key tapi now dah kena masuk key

  5. mnarik klu 120 je..suma version win 8 harga ni ke? promosi harga sampai bila?

    1. harga promosi sampai januari 2013

  6. […] sebab Windows 8 sangat berbaloi untuk dimiliki ialah Xbox Music – iaitu servis yang menawarkan berjuta lagu secara percuma […]

  7. date purchase tu bole tipu ke? sebab lepas submit dia mintak product key windows7..kalau ver. lanun mana plak nk cari? keygen ke?

    1. try set between july hingga august atau september 2012 gitu

  8. Kalau Upgrade camtu, current files and folder akan hilang tak? Atau dia macam fresh format?

  9. ala!! xblh pkai guna debit card!!

    1. Debit card yg ade visa tu boleh.

      1. boleh try pakai debit card Maybank/CIMB juga

        1. bro aku nak beli cd window ni mcm mne?skrg susah nk dapat cd window pirate lagi?tolong aku

  10. Eins x reply pun email?

    1. nanti aku check…td dah reply byk emails

      1. hahaha..eins nak reply email lama sungguh.. check emel eh?

        1. ari ni reply byk sgt email…kalau nak tanya benda2 ringkas kat twitter cepat sikit aku reply

  11. ala,xde kredit kad huhu
    xdpt la nk beli 🙁

    1. email aku bro; einsync at gmail

  12. ehh.. kalu guna dreamspark bleh dapat free ke? try dftar td.. tersekat dekat account identifier tuu.. huhuhu.. study uitm rasa2 dpt dreamspark premium

  13. TQ bro,da dpt order..sonok je rasa

  14. product key windows 7 pun kene valid ngn date of purchase ke??klo guna pirated win7 cmne nk cari produt key tu??

    1. pilih other brand, custom model, tarikh set between july-sept 2012 – depends on luck, kadang2 dia mtk product key kadang2 takde

  15. Bro, kalau clean install boleh ke? Maksudnya re-format OS lama, lepas tu fresh install dengan Windows 8.

    Terima kasih

    1. clean install bermaksud install baru (not necessarily format) bukannya upgrade direct dari 7 ke 8

  16. Salam Eins…. berapa PC boleh pakai dengan 1 installer..??? Saya saya 2 PC ngan 1 Laptop… kena beli 3 ker..???

    1. secara teori satu key ori ntuk satu PC je (satu motherboard to be exact)

      up to user tu, kalau mampu beli 3 key ori untuk 3 PC…kalau x mampu beli satu key ori yang lain guna yang “ehem” version :lulz

  17. Meaning even kita guna Win7 pirate…as long ada promo code, kita eligible untuk beli and download Win8 pro full version dgn harga RM50?? Please verify.

    1. yes, as long ada promo code boleh beli pada harga $14.99 kalau takde promo code harga asal $39.99

  18. debit card boleh guna x untuk payment?

    1. boleh guna debit card yang ada visa/mastercard contohnya maybank

  19. EINS, aku xde credit card. tlg laa…. promo code dah dpt.

    1. Guna debit card boleh juga bro. Asalkan debit tu ada [email protected] 🙂

    2. email aku einsync at gmail

  20. bos eins, sya dah email tntang windows 8 ni.. berminat nk beli 🙂

  21. Boleh cuba ni,nasib baik debit card Maybank ada 🙂

  22. Bro, saya dah emel. Tq.

  23. key aku ori tp die ckp ” Unfortunately, based on the information you provided during the registration process you are not eligible for the upgrade offer. “

    1. komputer tu beli tarikh bila? sebab untuk eligible dia check tarikh around july hingga oktober 2012 rasanya

      1. jadi kalo beli tahun 2010..tak dapat la….sob sob

  24. camne nk mnx promo code klu xde win7 original??dye mnx produk key win7 masa nak mintak promo code..

    1. try set tarikh beli kepada july-sept 2012, beli custom pc, brand other, beli kat kedai contoh lowyat

  25. aku nye windows dah kantoi…bleh ke dpat harge rm 50 lagi..

    1. try guna upgrade assistant tuh, dah ramai yg berjaya upgrade win 7 pirate ke win 8 ori

  26. eins, follow twitter aku, @MohdPqul
    aku tnya kat twitter x reply.. huhu.. xprasan kot.

    1. Ko protect akaun, pastu mention orang, orang tu tak nampak mention ko, so dia tak boleh reply #twitter101

  27. Eins…….
    kalau brand laptop dia x support macam mana? register dah lepas, tapi bila baca kat toshiba, xde pun list laptop aku..

    1. laptop tu baru beli ke?

      1. baru lagi dalam awal bulan 10…
        brand toshiba satellite L755..

        1. oo kalau camtu memang layak sangat, cuba contact kedai tempat beli/toshiba center atau microsoft malaysia tu

  28. Bro Eins…debit card bley guna tuk payment ke??kt payment info upgrade assist xde pn option debitcard..

    1. dia tulis credit card je, tapi boleh cuba masuk debit card punya info…cam Maybank debit card VISA dia accept

  29. aku x bleh nk beli la win8 ni. kuar ‘windows 8 isn’t available for download’ Sorry, windows 8 isn’t available for online purchase in the country/region you’re in.
    frust btol la aku. x kan Malaysia x bleh online purchase kot. sbb ape jadi mcm ni eins?

    1. ada promo code dah bro? tu kuar masa guna upgrade assistant ke beli dari web?

  30. […] Windows 8 ORIGINAL hanya RM50? Artikel asal : JomPHP […]

  31. Aku try dapatkan promo code tu… Tapi tak berjaya la.. Boleh EiNS tolong dapatkan ke untuk pirated wiindows.. Dengar kata Microsoft dah tutup ‘hole’ tu..

    1. microsoft dah tutup loophole, macam sekarang kalau nak beli kena beli harga $39.99 (kira-kira RM120)

      1. Rugi betul la baru tau pasal promo code ni… Ada siapa-siapa yang ada promo code lebih tak? hehe

        1. kalau tahu aritu aku reserve banyak2 promo code windows 8…now dah x sempat :/

  32. laptop aku win 7 ori. apsal aku register offer tu xboleh gak? nk kene PC jugak eh.

    1. Takleh part mana? ada kena masukkan key ori tak?

      1. xde kene key ori. die tanya kedai mana beli. bape aribulan beli.

      2. Die nk PC jugak..aku check kat “Problem Requirement”

        1. dah takleh la tu, kena beli ngan harga $39.99 jugak

  33. spe kat sni dah dpt windows 8 promo code yg gne windowws pirate…..klu ade mcm mne korang dapat??

    1. aritu MS open kat semua orang termasuk pirate…ramai kat sini dapat promo code dan beli windows 8 ori harga murah

        1. takde dah dalam simpanan aku…kena cari sendiri atau mintak dari orang lain

  34. Ahaha key tak bley pakai. Tunggu win8 lanun lah nampaknya. huhuhu T_T

  35. credicard je ke..cam maybank2u x leh ke

    1. masa payment tu, dia ada credit card je, tapi ko bolehkan nombor debit maybank2u

  36. nie kene bayar bulan2….. kew???

    1. tak…ko beli satu key tu untuk single PC…beli sekali je cukup

  37. […] anda sudah beli serial key original Windows 8 dan memerlukan ISO installer, anda boleh dapatkan ISO tersebut dari […]

  38. minta wallpaper yg padang rumput kat atas tu.. cantik.. hehe

  39. Salam…product key dia ape ehh..

    1. salam…product key kena beli dari Microsoft, kalau generic key dia XKY4K-2NRWR-8F6P2-448RF-CRYQH

  40. bro.. boleh mintak email x?

  41. bro…aku anta emel tpi tk reply..

  42. Salam.. bro eins, minta ijin ya. Kalau ada teman2 yg berminat dgn license Windows 8 Pro Original, sy ada jual sama dengan harga promo di sini : http://www.kaskus.co.id/post/50b0df452c75b4da280000e0#post50b0df452c75b4da280000e0 Pembayaran bs dengan paypal.

  43. eins , sy guna MBP then dual boot , sy guna win 7 Home Premium ori . then after all detail termasuk ori key tu , then dia cakap , Unfortunately, based on the information you provided during the registration process you are not eligible for the upgrade offer.

    kenapa yea ? thanks 🙂

  44. maaf saya nak tanya sikit la.. bila kita dah install windows 8 ni, prosess terakhir dia creating iso file kan.. pc ni dah install windows 8 tapi kat mane nak cari “iso file” untuk windows 8 ni?
    bole x nak burn dia dalam cd?

  45. salam. aku nnk tnya nie time aku beli win 8 aku dh download msk dlm pc. so skrg nie mslh pc aku tu dh nk kena format so mcm mana nk dpt kn blk installer tu yek? kena beli blk kt microsoft atau leh download blk kt website diorg?

    1. kalau beli dari Microsoft, check balik email, Microsoft ada bagi serial key sekali dengan link download

  46. dah dapat promo code,tapi harga dah mahal…$169,…$189…..ada cara lain tak?!

Tinggalkan komen anda