Posted on

Dapatkan THQ Humble Bundle – 9 PC Games Original pada harga bermula $1

humble bundle thq

Masih belum dapatkan THQ Humble Bundle? Anda mempunyai masa selama 1 Hari 10 jam lagi untuk dapatkan 9 permainan PC original daripada THQ pada harga bermula $1.

Tawaran ini khas untuk PC gamers yang menggunakan sistem operasi Windows dan pengguna tegar Steam.

Harga asal bagi kesemua pakej games dalam THQ Humble Bundle adalah $230 (RM703). Tetapi…dengan hanya membayar $1 ke atas, anda berpeluang memiliki redeem code kepada 9 games daripada THQ, dan redeem code itu boleh digunakan di dalam Steam.

9 games yang ditawarkan di dalam THQ Humble Bundle ialah:

– Warhammer 4k Dawn of War

– Saints Row The Third

– Titan Quest

– Red Faction Armageddon

– Darksiders

– Metro 2033

– Company of Heroes

– Company of Heroes Opposing Fronts

– Company of Heroes Tales of Valor

Selain games, anda juga boleh mendapatkan soundtrack games2 dalam format MP3 dan FLAC. 

thq humble bundle

Anda boleh menetapkan sendiri berapa jumlah yang akan dibayar kepada THQ Humble Bundle dan sebilangan daripada hasil tersebut akan disumbangkan kepada kebajikan.

Secara ringkas, $1 diperlukan untuk mendapat 6 games, manakala untuk mendapatkan 9 games penuh pula anda kena bayar $5.68. (Dalam US Dollar)

Pembayaran boleh dibuat menggunakan Paypal, Amazon dan Google Checkouts.

Dapatkan THQ Humble Bundle sekarang sebelum terlambat !!!

Tak ada paypal? Email einsync at gmail…nanti saya boleh gift-kan untuk anda.


RELATED POSTS

BACA :  Game Badminton Maybank Malaysia Open (iOS, Android)

2 thoughts on “Dapatkan THQ Humble Bundle – 9 PC Games Original pada harga bermula $1

  1. kalau dah beli nnti dia bagi link untuk download games2 tu ker??

    1. dia bagi redeem code, pastu download pakai steam

Tinggalkan komen anda