Posted on

Contest – design t-shirt JomPHP

tshirt template

Salam, kami bercadang nak buat t-shirt khas untuk pembaca JomPHP semua. Dah lama plan cuma sekarang baru ada masa terluang sedikit nak buat t-shirt ini.

Sesiapa yang ada bakat design mendesign t-shirt yang lawa-lawa bolehlah submit kepada kami dan design yang terbaik akan dimuat-naik di laman fanpage jomphp dan diundi oleh orang ramai.

Syarat-syarat

1. Pertandingan berlangsung selama 1 minggu (21 Jun 2011-28 Jun 2011)

2. Peserta boleh menghantar png sample beserta psd sekali (zip atau rarkan)

3. Setiap peserta boleh menghantar beberapa jenis design

4. Pemenang akan dipilih berdasarkan undian di facebook fanpage kami

Tema Design

1. Tema design rekaan ialah “Metro UI”. Metro UI sebagaimana digunakan pada Zune, Windows Phone 7, Windows 8, Omnimo etc

2. Typography – kalau tiada gambar, guna text design pun boleh asalkan menarik

3. Tulisan di belakang – JomPHP : Pusat Informasi IT Anda

4. Rekaan depan adalah bebas…kalau lebih bercirikan OS, Social Media etc lebih bagus

5. Rekaan berdasarkan tshirt berwarna hitam…pastikan jelas dan tidak tenggelam

6. Kreatif dan inovatif

Cadangan Font

1. Guna font yang simple dan kemas, tak perlu font aneh-aneh susah nak baca dan faham

2. Contoh Helvetica, Zegoe UI, Nokia Pure etc (boleh google)

Hadiah

1. Pemenang design tshirt paling menarik bakal mendapat hadiah RM100 tunai, tshirt percuma dan iklan blog (jika ada) sebulan percuma di hellobar atau sidebar JomPHP (kami ada kira kira 100k unique views sebulan)

Kalau ada yang nak sponsor hadiah sila bagitahu…boleh kami tingkatkan lagi jumlah hadiah 🙂

Contoh design

jomphp product

Design rekaan saudara Nazrin @yenkerhack. Kalau suka design nie nanti boleh vote di fanpage kami bila dah upload.

BACA :  Skipscreen mempermudahkan download dari laman file sharing

Submit

Boleh submit email kepada einz [at] jomphp.com atau DM kepada akaun twitter @einztrigger. Bagi nama dan subjek sekali bagi senang faham.


RELATED POSTS

23 thoughts on “Contest – design t-shirt JomPHP

  1. Aku pun nak sponsor hadiah. topup rm10 je mampu bagi.. kekeke.. :ninja:

  2. Font Metro UI dlm Windows Phone 7 -> Segoe WP.. sje bgtaw.. keh2..

  3. Yes, InsyaAllah saya join..
    saya berikan yang terbaik.. 🙂

    1. nantikan design dari bro

  4. upload tshirt kat fanpage jomPHP sendiri ke?

    1. submit email kat aku bro

  5. PSD adalah file photoshop. 🙂 dimana file raw yang kita boleh bukak + save + overwrite = baru deploy kepada png,jpg dan jenis2 imej yang seangkatan dengan nya.

    Tapi untuk kategori design tshirt ni, aku lebih rekomendasikan convert kepada AI dulu. Pakai Adobe Illustrator. Sebab kat kedai nanti, dia memang nak AI.

    AI punya pixel tak pecah macam photoshop. High rate punya pixel.

    Selamat mendesign buat anda semua. :sick:

    1. ya AI lg baik. Graphic dalam AI mostly adalah vector, zoom ratusan kali pun xpecah.

      1. thanks…nanti aku edit ayat berikut…submit dalam AI better daripada PSD rupanya…aku bukan orang design so xtau sgt…haha

  6. da send design. ada terima tak? 🙂

  7. Better hantar dalam format Ai. Nanti design tak pecah bila print. dan guna warna yang minima. Contoh kalau design kan atas tu ada 8 color, mau harga printing mahal..even warna sikit..

  8. Apesal komen aku tak keluar…

  9. Dan pemenangnya adalah arif cool!

  10. aku tak tau guna photoshop ni . macamana ? hantar file png je ke ?

    1. kena la tau design pakai photoshop dan adobe illustrator 🙂

  11. saya xfaham la concept utk design dpn ni??bleh xplain lg detail x??huu..nak kena gabung2 kan [email protected] ker??atau cmner??
    thanks..

    1. ok…bro bleh tengok design metro UI, pada windows phone 7, windows 8, zune

      boleh gabung gambar, text, tiles…or just text alone cukup…typography…ada masa lg, boleh submit dan edit before final date

  12. bro.. lanjutkan tarikh contest boleh? 1 minggu pendek sangat. tambah lagi 1 minggu. lg ramai lg best bro.. aku pun baru dapat tahu.

    1. baru dapat tahu ke bro? alaaa…nak tutup dah

  13. […] hari kami ada buat contest reka design T-Shirt JomPHP. Banyak juga penyertaan yang kami dapat, ada yang submit last minute sebab baru […]

Tinggalkan komen anda