Posted on

Connectify Dispatch – lajukan Internet dengan gabungkan 3G, WiFi dan LAN

connectify dispatch[8]

Connectify Dispatch merupakan perisian yang membolehkan anda menggabungkan pelbagai sambungan internet dalam satu masa; 3G, 4G, Wi-Fi, LAN dan sebagainya. Hasilnya, anda akan mendapat kelajuan internet yang lebih laju.

Connectify Dispatch

connectify dispatch[10]

Secara default, komputer anda hanya mampu menggunakan satu sambungan internet sahaja pada satu masa. Menggunakan Connectify Dispatch, anda mampu menggunakan dua, tiga atau lebih sambungan internet pada komputer anda…samada 3G, 4G, LAN, WiFi. Secara teorinya, Dispatch akan menggabungkan kesemua sambungan internet itu untuk memberikan kelajuan maksimum kepada anda.

Confuse?

Saya menggunakan internet Streamyx 4Mbps dan Maxis Broadband. Komputer saya disambung kepada streamyx 4Mbps menggunakan USB WiFi adapter manakala Maxis Broadband saya gunakan pada iPad (USB tethering).

connectify dispatch[12]

Streamyx 4MBps (WiFi) dan Maxis 3G (iPad USB tethering).

connectify dispatch[14]

Connectify Dispatch dijalankan, menggabungkan adapter WiFi dan Apple Mobile Device (iPad USB tethering). Maksimum speed yang ditunjukkan pada graph ialah 9.06 Mb/s manakala kelajuan semasa ialah 6.03 Mb/s.

Cubaan test kelajuan maksimum apabila menggabungkan Streamyx 4Mbps dan Maxis 3G.

connectify dispatch[16]

Ini pula uTorrent.

connectify dispatch[18]

Agak perlahan menggunakan torrent berbanding direct download. Tetapi lebih laju berbanding guna Maxis 3G atau Streamyx 4Mbps saja.

Untuk pengetahuan anda, biasanya kelajuan Maxis 3G atau Streamyx 4Mbps di komputer saya nak cecah 500Kbps download speed menggunakan IDM juga susah, biasanya sekitar 450Kbps saja.

Sekiranya anda mempunyai Unifi 20Mbps atau sambungan yang lebih laju….hasil yang diterima mungkin jauh lebih bagus daripada saya.

Siapa yang patut guna Connectify Dispatch?

– pelajar yang mempunyai broadband extra dan juga internet WiFi percuma daripada Universiti

– pekerja yang mempunyai sambungan internet pejabat dan ingin menyambungkan data plan daripada smartphone atau tablet

BACA :  RapidLeech Percuma – download laju daripada file hosting tanpa akaun premium

– sesiapa sahaja yang ingin mahukan internet yang lebih laju dan kelajuan maksimum

Download Connectify Dispatch

Connectify Dispatch merupakan perisian berbayar dan harga bagi lesen seumur hidup ialah $50 (kira-kira RM150).

Saya cadangkan anda download versi percubaan dulu sebelum membeli lesen besar : Connectify Dispatch Trial

Segala maklumat, tutorial, dan apa yang anda perlu tahu mengenai dispatch telah disediakan di laman Dispatch.

Selamat mencuba! 🙂


RELATED POSTS

16 thoughts on “Connectify Dispatch – lajukan Internet dengan gabungkan 3G, WiFi dan LAN

  1. terima kasih atas perkongsian!!

  2. menarik utk dicuba ni…thx utk info.

  3. Hadoi. Sayang. Aku ada satu sambungan je. Kalau wifi dengan wifi boleh ke.
    Contoh:-

    Satu wifi aku dan satu lagi wifi jiran.

  4. Pergh, kalau ada wifi jiran 10 orang, gabung semua 10 wifi tu, wallaaa!!

  5. Tak tahu pula selama ni boleh digabungkan. Apa pun, terima kasih atas perkongsian ini. Nice!

  6. tapi yang limit bandwidth (kuota data) tu camne???maksudnye dah hbis gune 2gb sbulan contohnye..camne nak lajukan lg…
    penah try sblm ni utk celcom je boleh..tp skrg pkai u mobile dah x boleh… 🙁

  7. adoii, trial utk 7 hari jee?? haha 🙁

    kalau nak gabungkan wifi dgn wifi blh ke ??

    1. secara teori boleh, asalkan guna dua adapter berbeza dan internet source lain2

  8. salam.
    aku sedang guna Connectify Dispatch ni.
    Tapi masalahnya speed aku bukan makin laju, tapi makin slow. Siap ade dropping lagi.
    Try kat opis ni. Guna 2x wireless adapters. 2x Unifi 5Mb.
    Bila aku stop dispatch, baru connection jadi normal.

    Kenape hek.
    Setting aku pakai default je..
    Nasib baik la trial. Sakit ati je. Da la dari semalam aku kemain berkobar-kobar nak dtg office arini sbb nak try bendalah ni. eh siol la. hahahhhhh

    1. update:
      boss, arini aku try lagi.
      guna sambungan WiFi + Lan pulak, ade perubahan sikit!
      at least tinggi jugak daripada speed biasa.
      tak dropping lagi mcm semalam. kali ni baru aku hepi haha.
      tapi latency je tetap sama..tp xpe lah.
      thanks bosss!!

  9. […] Connectify Dispatch merupakan perisian yang membolehkan anda melajukan internet dengan menggabungkan… pada satu masa. Manakala, Connectify Hotspot pula membolehkan anda menjadikan komputer anda berfungsi sebagai Wi-Fi Hotspot untuk berkongsi sambungan internet dengan peranti lain. […]

  10. Amat menarik software ni, pernah dulu terfikir kalau boleh join sambungan internet, speed boleh bertambah laju, tak sangka akhirnya wujud jugak. Mesti cuba try test ni haha.

  11. ades bos klu nak try pon kena gune credit card ex?

  12. pertanyaan bos,
    kalo gabung strimix 2mpbs dengan maxis broadband bole ke?
    camne nanti kalo maxis tu dah sampai kuota?

  13. bro tutorial xdae kh?
    wifi ngan wifi blh kh?
    ajar bha.

  14. […] Connectify Dispatch merupakan perisian yang membolehkan anda melajukan internet dengan menggabungkan… pada satu masa. Manakala, Connectify Hotspot pula membolehkan anda menjadikan komputer anda berfungsi sebagai Wi-Fi Hotspot untuk berkongsi sambungan internet dengan peranti lain. […]

Tinggalkan komen anda