Posted on

Celcom membawakan Blackberry Bold 9780 dengan OS6 ke Malaysia

Smartphone terbaru dari RIM iaitu Blackberry Bold 9780 kini telah dilancakan secara rasmi di Malaysia. Blackberry Bold 9780 merupakan smartphone Blackberry kedua yang menggunakan OS6 secara rasmi selepas Blackberry Torch 9800.

bb3

Celcom merupakan telco pertama di Malaysia yang m elancarkan Blackberry Bold 9780 pada acara Go Mobile! 2010 13 hingga 14 November yang lalu. Pada acara tersebut pelanggan bertuah telah mendapat banyak hadiah menarik seperti motorsikal modenas, handphone percuma dan banyak lagi!

image image

image

Jika anda mahukan smartphone Blackberry dengan OS6 tetapi tidak minat dengan Blackberry Torch 9800, Blackberry Bold 9780 merupakan pilihan terbaik anda. Blackberry Bold 9780 merupakan versi upgrade daripada Blackberry Bold 9700, iaitu model Blackberry paling popular dan terlaris dalam keluarga Blackberry.

Antara fungsi menarik Blackberry Bold 9780

1. OS6

image

OS6 menjadikan Blackberry Bold 9780 lebih laju, pantas dan smooth berbanding model sebelumnya Blackberry Bold 9700. Pelayar web terbaru dalam OS6 yang menggunakan teknologi webkit membolehkan pelayaran internet  anda lebih sempurna dan laju. Pelayar web Blackberry 9780 kini boleh dikatakan setanding dengan pelayar web iphone dan android.

2. Bateri tahan paling lama

image

Smartphone Blackberry terkenal dengan bateri yang tahan lama.  Blackberry Bold 9780 pula merupakan model Blackberry yang mempunyai bateri paling tahan lama dalam keluarga Blackberry iaitu 6 jam waktu berbual dan 38 jam memainkan lagu tanpa henti.

Perbezaan Blackberry Bold 9780 dan Blackberry Bold 9700

Perbezaan paling ketara ialah Blackberry Bold 9780 dilengkapi dengan OS6. OS6 sangat bagus jika dibandingkan dengan OS5 pada Blackberry Torch 9700. Walaupun spesifikasi kedua-duanya seakan sama, anda tidak akan memandang Blackberry Bold 9700 lagi setelah mencuba OS6 yang terdapat pada Blackberry Bold 9780.

BACA :  Maxis iPhone 4 review (software)

Blackberry Bold 9780 juga dilengkap dengan 5.0 megapixel kamera dan 512mb memori terbina dalam. Berikut jadual lengkap perbezaan Blackberry Bold 9780 dan Blackbery Bold 9700.

bb9780

Jangan lupa juga menonton video reviu Blackberry Bold 9780.

Dapatkan Blackberry Bold 9780 sekarang juga dengan pelan postpaid Celcom

Dapatkan Blackberry Bold 9780 pada harga paling berpatutan dengan melanggan pelan postpaid Celcom sekarang juga! Pilih antara pelan postpaid Celcom Exec atau Celcom Biz.

Pelan postpaid Celcom Exec

image

Pelan postpaid Celcom Exec

image

Anda akan mendapat hadiah percuma setelah melanggan pelan Celcom Exec atau Celcom Biz seperti:

1. Percuma softskin bernilai rm48 untuk setiap pembelian Blackberry Bold 9780

image

2. Percuma  casing bernilai rm68 untuk setiap pembelian Blackberry Torch 9800.

image

Untuk keterangan lebih lanjut mengenai pelan postpaid Blackberry Celcom, sila layari:

http://www.celcom.com.my/exec/blackberry/bberry_package.php

Jangan lupa juga membaca artikel terdahulu mengenai Blackberry Torch 9800, satu lagi smartphone dari RIM yang sangat cool.

https://jomphp.com/kemeriahan-pelancaran-celcom-blackberry-torch-dan-pelan-celcom-blackberry-torch.html

https://jomphp.com/blackberry-torch-blackberry-tercanggih-kini-di-malaysia.html


RELATED POSTS

8 thoughts on “Celcom membawakan Blackberry Bold 9780 dengan OS6 ke Malaysia

  1. kalau beli bukan ikut pakej harga dia bape ek?

    aku peminat hp blackbeery ni..tapi belum mampu lagii nak beli..tunggu keje dulu la kot..skrg ni pun tgh cari keje..huhu

    aku ada buat entri jenis-jenis hp blackbeery ni..boleh jengok kt cni k
    http://www.zuarxpdc.com/2010/09/jenis-jenis-hp-blackberry.html

  2. Tak ada perubahan rekabentuk yg cantik pun hp blackbeery ni.Macam tu je dari dulu..hehee

  3. aku tgh cri enset yg bateri tahan lama..wohohoho~

  4. banyak tul versi blackberry ni da. laju gak kuar versi baru.

  5. yg best pasal blackberry battery tahan lama..:ninja:

  6. aku minat bb 9780 ni…
    tapi bulan2 sakit woo..
    x larata bayar..
    hahahahahha
    alangkah bagus nya kalau ada org yg nk sponser aq hhahahaahah

  7. wah, menarik ni…. tapi lum cukup pulus lau mau beli… ekekke

  8. aku memag minat blackberry nih..tp yg peliknya kat dubai diharmkan gune blackberry nih..

Tinggalkan komen anda