Posted on

Tips memilih dan membeli laptop

tips membeli laptop

Jika anda berimpian untuk membeli laptop baru, pastikan anda membuat pilihan yang bijak terlebih dahulu. Ramai orang yang membeli laptop baru hampa kerana tertipu dengan reka bentuk luaran yang cantik dan nampak canggih padahal spesifikasi entah apa-apa. Ada juga yang terpengaruh dengan iklan dan promosi melampau oleh promoter kedai komputer.

Bagi saya, kalau anda sanggup berbelanja beribu2 anda kena lah membeli laptop yang betul2 bagus dan berbaloi dengan harga yang anda bayar itu. Tak gitu?

Artikel ini ditulis bagi membolehkan anda mempunyai sedikit idea tentang tips memilih dan membeli laptop. Saya akan tekankan mengenai beberapa aspek dan kriteria penting dalam memilih jenis laptop.

Continue reading Tips memilih dan membeli laptop

Posted on

Panduan membeli Grafik Kad (part 2)

Sambungan dari Part 1

Kali ini saya akan menerangkan lebih lanjut mengenai panduan membeli grafik kad berpandukan peringkat harga.

No yg digunakan (1,2,3,4,5) mewakili rangking grafik kad tersebut berdasarkan perfomance/value grafik kad tersebut.

Harga dari rm100-rm150

ATI x1550 – 4
ATI HD3450 – 1
ATI x1050 – 5
ATI 2400pro – 3
Nvidia 7200gs – 5
Nvidia 8400gs – 2

Harga dari rm150-rm200

Nvidia 8400gs – 3
ATI HD3450 – 2
Nvidia 7300gt 128ddr3 – 1

Harga dari rm200-rm250

Nvidia 8500gt 256mb ddr3 – 1
ATI HD2600pro 256mb ddr2 – 2

Harga dari rm250-rm300

Nvidia 8600gt 256mb ddr3 – 2
ATI HD3650 256mb ddr3 – 1
ATI HD2600xt 256mb ddr3 – 3
ATI HD3650 512mb ddr2 – 4
Nvidia 8600gt 512mb ddr2 – 5

Harga dari rm300-rm350

Tiada.

Harga dari rm350-rm400

Nvidia 8800gs – 1

Harga dari rm400-rm450

Nvidia 9600gso / Nvidia 8800gs – 1
ATI HD3850 256mb ddr3 – 2
ATI 2900gt 256mb ddr3 – 3

Harga dari rm450-rm500

ATI 2900pro 512mb ddr3 – 4
ATI HD3850 512mb ddr3 – 3
Nvidia 8800gt 256mb ddr3 – 2
Nvidia 9600gt 512mb ddr3 – 1

Harga dari rm500-rm550

ATI HD3870 512mb ddr4 (normal version) – 1
Nvidia 9600gt 512mb ddr3 (normal version) – 2

Harga dari rm550-rm600

ATI HD3870 512mb ddr4 (overclock version)- 2
Nvidia 9600gt 512mb ddr3 (overclock version) – 1

Posted on

Panduan Membeli Grafik Kad (part 1)

Sekiranya anda bercadang untuk membeli grafik kad, banyak perkara yang perlu anda tahu supaya wang yang anda laburkan sepadan dengan barang yang anda dapat.Oleh itu saya tulis panduan ini untuk memudahkan sesiapa sahaja untuk membeli grafik kad dengan betul, walaupan anda baru berjinak-jinak dengan hardware komputer!

FAQ ( Frequently Ask Question aka Soalan yg selalu ditanya)

1.Komputer saya guna grafik kad AGP.boleh ke nak beli/guna grafik kad Pci-e?

Jawapan : Tak boleh.Grafik kad AGP untuk slot AGP sahaja dan Grafik kad Pci-e untuk slot Pci-e sahaja.

2.Komputer saya tiada slot Grafik Kad.boleh ke nak guna Grafik Kad?

Jawapan : Tak boleh.Kalau tiada slot, grafik kad tidak dapat dipasang..Anda perlu tukar motherboard baru yg mempunyai slot Pci-e/AGP untuk menggunakan grafik kad.

3.Komputer saya guna ram ddr.Boleh ke nak guna grafik kad ddr2 atau ddr3?

Jawapan : Boleh.Ram komputer tiada kaitan dengan ram grafik kad.Ram grafik kad sebenarnya dikenali dengan nama gddr2 dan gddr3.g membawa maksud grafik.

4.Grafik kad yang mana lebih bagus?ATI atau Nvidia?

Jawapan :Soalan ini terlalu umum…ATi dan Nvidia mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing mengikut peringkat harga.Untuk huraian lebih lanjut, klik DISINI.

5.Kenapa grafik kad yg mempunyai ram 256mb gddr3 lebih mahal dari grafik kad yg mempunyai ram 512mb gddr2?(model yg sama)

harga

Jawapan : Walaupun jumlah ramnya lebih rendah (256mb gddr3), tetapi grafik kad ini jauh lebih laju berbanding model yg sama yg mempunyai ram 512mb gddr2.Oleh itu seboleh-bolehnya cuba elakkan dari membeli grafik kad yg mengunakan ram gddr2 kecuali bajet anda betul2 terhad.

6.Yang mana patut saya beli?Grafik kad yang mempunyai ram 256mb gddr3 atau 512mb gddr3 atau 256mb gddr2 atau 512mb gddr2 atau 1gb gddr2?

Jawapan : Grafik kad yg mempunyai ram 512mb gddr3 paling laju diikuti dengan 256mb gddr3,1gb gddr2,512mb gddr2 dan 256mb gddr2.Sekiranya bajet anda hanya mengizinkan untuk membeli grafik kad yang mempunya memori gddr2 (gddr3 lebih mahal), maka cukuplah sekadar membeli yang mempunyai ram 256mb gddr2.Ini kerana ram yg lebih (gddr2 sahaja) tidak membawa sebarang penambahan kuasa pada grafik kad tersebut.

7.Yang mana patut saya beli.Normal Edition (biasa) atau Overclock Edition (OC)?Apakah kelebihan Overclock Edition berbanding Normal Edition?

Jawapan : Terpulang kepada bajet anda.Selalunya harga Overclock Edition adalah lebih mahal berbanding normal edition.Kelebihan Overclock Edition adalah Overclock Edition sedikit lebih pantas berbanding normal edition.

8.Macamana saya nak tau graphic card itu merupakan Overclock Edition atau tidak?

Jawapan : Cara yang paling senang untuk mengetahui grafik kad yang anda hendak beli merupakan Overclock Edition adalah melalui label pada kotak grafik kad tesebut seperti OC,Sonic,Extreme,XXX,SSC,Turbo,Superclocked,KO dan lain-lain.

9.Apakah perbezaan antara brand-brand grafik kad seperti Asus,Palit,Galaxy,His,XFX,EVGA dll?

Jawapan : Perbezaan utama adalah bundle lain yg disertakan skali seperti game original dan software.Selain itu,tempoh warranty yg panjang merupakan kelebihan sesetengah brand seperti Asus dan EVGA tetapi dengan harga yang lebih tinggi berbanding brand yang lain.Jika anda hanya mahukan grafik kad tanpa bundle dan warranty yang berlebihan, maka brand-brand seperti Galaxy dan Palit merupakan pilihan terbaik anda.

10.Boleh ke saya nak gunakan 2 keping grafik kad dalam satu komputer?

Jawapan : Boleh.Tetapi motherboard anda mestilah support teknologi Crossfire (grafik kad ATI) atau teknologi SLI (grafik kad NVIDIA)

crossfire

Tips sebelum membeli grafik kad

1.Sentiasa mengetahui harga terkini grafik kad yang anda mahu di pasaran.Senarai harga (price list) boleh didownload di SINI.

2.Membaca review grafik kad tersebut sebelum membeli.Jika anda ingin membandingkan sesuatu grafik kad,anda boleh search di google.com dengan keyword seperti 8600gt VS HD3650

3.Sekiranya pembacaan anda masih belum memuaskan hati anda,bolehlah bertanya di forum seperti Putera.com & Lowyat.net

4.Untuk lebih yakin dengan pembelian anda, ajaklah kawan-kawan yang berpengalaman menemani anda.Ini kerana terdapat sesetengah pekedai suka mengambil kesempatan terhadap pembeli yg kurang berpengalaman dlm hardware komputer.

_______________________________________________________________

Panduan ini akan ditambah dari semasa ke semasa supaya lebih lengkap.Sebarang cadangan membina amat dialu-alukan 😉

Jika anda mendapati artikel ini berguna,silalah rate atau komen ya 😉