Posted on

Tukarkan smartphone kepada wireless barcode scanner dengan aplikasi mudah ini

kinoniqrcode

Saya sedang membina aplikasi yang memerlukan penggunaan barcode scanner secara segera, tapi malangnya saya tidak mempunyai barcode scanner untuk di gunakan. Dengan kuasa Google dan smartphone yang canggih sekarang, saya dengan segera mencuba beberapa aplikasi yang menukar smartphone kepada wireless barcode scanner.

Jom kita lihat beberapa aplikasi yang sangat bagus untuk jadikan smartphone anda wireless barcode scanner. Continue reading Tukarkan smartphone kepada wireless barcode scanner dengan aplikasi mudah ini

Posted on

Microsoft Surface Pro 4 di Malaysia – Harga Bermula RM3999

surface pro 4 malaysia

Pada 6 Oktober 2015 lepas, Microsoft telah melancarkan beberapa peranti generasi baru; antara Surface Pro 4 dan Surface Book. Kini, peminat Surface Pro 4 (SP4) tidak perlu menunggu lama untuk memiliki tablet + laptop hybrid generasi baru ini kerana Microsoft Malaysia kini telah membuka pra-tempahan pelbagai model SP4. Tarikh SP4 mula dijual di Malaysia dianggarkan pada 19 November 2015.

Surface Pro 4, sekali pandang tiada banyak perubahan berbanding model lama iaitu Surface Pro 3 tetapi Microsoft telah mempertingkatkan lagi keupayaan processor, ketahanan bateri, saiz skrin yang sedikit lebih besar dan juga skrin resolusi tinggi. Aksesori seperti Surface Pen (stylus) dan Type Keyboard juga telah dipertingkatkan dari segi fungsi kepada lebih baik untuk tujuan produktiviti.

Continue reading Microsoft Surface Pro 4 di Malaysia – Harga Bermula RM3999

Posted on

Kamera iPhone 6s : 12 Megapixel, Rakaman Video 4K dan Kamera Depan dengan Flash

iphone 6s camera malaysia

iphone 6s camera malaysia

 

Pencinta kamera iPhone barangkali akan menitik air liur apabila mendengar berita terbaru mengenai iPhone generasi baru iaitu iPhone 6S. 9 to 5 Mac melaporkan, bahawa iPhone 6s akan mempunyai peningkatan yang banyak terutamanya pada bahagian kamera.

Apple mengekalkan kamera 8 megapixel pada iPhone bermula iPhone 4S pada tahun 2011 dan berterusan hingga iPhone 6. Setelah 4 generasi, akhirnya Apple bakal membuat perubahan dengan menggunakan camera 12 megapixel pada iPhone 6s yang bakal membawa pelbagai inovasi baru kepada pencinta iPhone seluruh dunia.

Continue reading Kamera iPhone 6s : 12 Megapixel, Rakaman Video 4K dan Kamera Depan dengan Flash

Posted on

Apple melancarkan iPhone 6 dan iPhone 6 Plus

iphone-6-plus-ois

iphone-6-malaysia-1

Apple telah mengadakan pelancaran khas bagi iPhone 6 awal pagi tadi (1:00 AM waktu Malaysia) dan dua model iPhone 6 telah diumumkan. iPhone 6 merupakan iPhone generasi baru menggantikan model terdahulu iPhone 5S dan kini mempunyai rekaan serba baru, lebih nipis serta dilengkapi saiz yang lebih besar iaitu 4.7 inci.

Manakala iPhone 6 Plus merupakan varian bagi iPhone 6 yang bersaiz lebih besar (5.5”) serta dilengkapi beberapa fungsi eksklusif yang tidak didapati pada iPhone 6.

Saya tampilkan butiran iPhone 6 dan iPhone 6 Plus di bawah :

Continue reading Apple melancarkan iPhone 6 dan iPhone 6 Plus

Posted on

Cara Jailbreak iOS 7.1.2 (iPhone, iPad, iPod Touch)

cara jailbreak iphone ios 7.1.1

Beberapa hari lepas, tool jailbreak iOS 7.1.1 telah dilancarkan oleh team PanGu tanpa ada sebarang pengumuman awal. Bagi mereka yang sudah lama menunggu untuk jailbreak iOS 7.1 – 7.1.1 ini adalah peluang terbaik memandangkan iOS 8 versi penuh tidak akan dilancarkan dalam masa 3 bulan akan datang.

Jom ikuti tutorial ringkas cara jailbreak iOS 7.1.1 di iPhone dan iPad.

Continue reading Cara Jailbreak iOS 7.1.2 (iPhone, iPad, iPod Touch)

Posted on

Microsoft melancarkan Office for iPad – Download Word, Excel, Powerpoint untuk iPad sekarang

microsoft office ipad[7]

Spekulasi bahawa Microsoft akan melancarkan aplikasi Office untuk iPad sudah banyak kali diperkatakan sejak tahun lepas lagi, dan akhirnya, ia disahkan sendiri oleh CEO Microsoft iaitu Satya Nadella pada awal pagi tadi (28 Mac 201).

Secara rasminya, Microsoft telah melancarkan aplikasi Microsoft Office untuk iPad dan ia merangkumi empat aplikasi iaitu Word for iPad, Excel for iPad, Powerpoint for iPad dan juga OneNote for iPad.

Menariknya, keempat-empat aplikasi Office iPad sudah boleh dimuat turun secara percuma dari App Store bermula hari ini juga.

Continue reading Microsoft melancarkan Office for iPad – Download Word, Excel, Powerpoint untuk iPad sekarang

Posted on

Dell Vostro 5470 Review – Ultrabook untuk semua

Dell Vostro 5470 review 2

Beberapa minggu lepas, adik saya menyuarakan hasrat untuk memiliki laptop baru lantaran laptop lama sudah meragam hingga ke tahap yang tidak dapat ditoleransi lagi. Sebagai seorang pelajar universiti, dia memerlukan laptop yang ringan, mudah di bawa ke mana-mana serta mempunyai ketahanan bateri yang lama.

Walaupun bukan pemain game tegar, dia perlukan laptop yang mempunyai kad grafik Nvidia atau AMD Radeon untuk bermain Dota 2 serta perisian emulator konsol bila mana kebosanan melanda. Jadi laptop yang hanya didatangkan dengan cip Intel HD Graphics terbina dalam  telah disingkir dari menjadi pilihan secara automatik.

Dengan bajet sekitar RM2,000 lebih, saya membuat beberapa tinjauan mengenai model-model laptop yang baru di pasaran dan memenuhi kriteria awal tadi iaitu; nipis, ringan, bateri tahan lama serta mempunyai kad grafik Nvidia atau AMD Radeon.

Akhirnya, terjumpa model Dell Vostro 5470, hasil carian Google, dan selepas membuat beberapa carian tambahan termasuk di Youtube, kami membuat keputusan untuk membeli laptop Dell Vostro 5470 ini pada harga RM2149.

Continue reading Dell Vostro 5470 Review – Ultrabook untuk semua

Posted on

Pineng PN-968 – Powerbank mampu milik terbaik

pineng pn-968

Adakah anda mencari powerbank murah dan berkualiti? Powerbank Pineng PN-968 merupakan model Powerbank yang agak popular sekarang kerana harga mampu milik serta kualiti yang bagus dan rekaan kompak yang senang dibawa ke mana-mana.

Continue reading Pineng PN-968 – Powerbank mampu milik terbaik

Posted on

Deals : Motorola Moto G 16GB RM688

moto g murah

Wow, hanya RM688 untuk Motorola Moto G 16GB dengan penghantaran percuma. Jimat kira-kira RM100 daripada RRP asal RM788 – RM 798.

Tawaran terhad ini daripada Lazada, kami tak pasti sampai bila, tapi kalau anda mahukan Moto G ini dengan harga terendah, sila dapatkan sekarang juga…jangan tunggu esok, lusa ataupun minggu depan.

Masuk link ini : Motorola Moto G 16GB

Continue reading Deals : Motorola Moto G 16GB RM688

Posted on

Cara Melajukan iOS 7 pada peranti iPhone 4, 4s, iPad 2, 3 dan iPad Mini

ipad ios 7 laju

iOS 7 merupakan kemaskini terbaru daripada Apple untuk pelbagai generasi peranti yang menggunakan sistem operasi iOS. Setakat ini, iOS 7 disambut baik oleh ramai pengguna kerana ianya lebih segar, moden dan lebih elegan berbanding iOS 6 yang semakin berusia penampilannya.

Namun, iOS 7 juga mempunyai kelemahannya juga kerana pengguna peranti iOS generasi lama seperti iPhone 4, 4s, iPad 2,3 dan iPad Mini 1 mengalami masalah “lag” atau “delay” selepas kemaskini dari iOS 6 kepada iOS 7. Masalah ini mungkin disebabkan oleh hardware (processor, gpu, ram dll) yang digunakan pada peranti generasi lama ini ‘tidak cukup laju’ untuk menjalankan semua fungsi dan animasi baru di dalam iOS 7.

Sebagai pengguna iPad Mini generasi 1, agak terasa juga “lag” dan “delay” selepas menggunakan iOS 7…dan masalah ini tidak pernah dialami ketika menggunakan iOS 6. Mujurlah ada beberapa cara yang berkesan untuk menjadikan iOS 7 ini lebih “laju” dan “ringan” daripada biasa.

Jom ikuti tutorial ringkas tapi penuh info ini dengan membaca artikel secara penuh.

Continue reading Cara Melajukan iOS 7 pada peranti iPhone 4, 4s, iPad 2, 3 dan iPad Mini