Youtube kini sedang mencuba antaramuka baru dengan integrasi Google navigation bar. Antaramuka baru ini masih dalam proses percubaan dan anda boleh mencuba antaramuka baru Youtube ini dengan mengikut langkah-langkah di bawah :
Category: Tips Internet
Cara install Download Assistant dan All Mangas Reader di Google Chrome
All Mangas Reader dan Download Assistant merupakan extension Google Chrome antara yang paling berguna bagi saya. Bagi yang belum tahu, All Mangas Reader memudahkan anda membaca manga popular seperti Naruto, One Piece, Bleach dan banyak lagi dari laman manga online manakala Download Assistant memudahkan anda memindahkan proses download daripada Google Chrome kepada perisian downloader seperti IDM.
Malangnya, kedua-dua extension tersebut telah dibuang daripada Chrome Web Store dan tidak boleh diinstall secara mudah lagi oleh pengguna. Tutorial ringkas ini akan mengajar cara-cara memasang extension tersebut di Google Chrome versi terbaru.
Continue reading Cara install Download Assistant dan All Mangas Reader di Google Chrome
Membaca novel dan buku berbahasa melayu digital di mana-mana dengan E-Sentral
Aktiviti apakah yang paling anda gemar lakukan menggunakan iPad? Bagi saya, saya gemar menggunakan iPad untuk membaca ebook, digital magazine, digital newspaper dan lain-lain. Saiz iPad yang sangat sesuai untuk pembacaan dan senang di bawa mengalakkan semakin ramai rakyat Malaysia membaca menggunakan iPad.
Menyedari peluang ini, E-Sentral telah melancarkan servis pembelian buku dan novel berbahasa Melayu khusus untuk rakyat Malaysia. Pelbagai judul buku dan novel Bahasa Melayu boleh di muat turun dan di baca pada iPad anda.
Ini merupakan berita baik bagi saya kerana sebelum ini hanya buku bahasa Inggeris sahaja boleh dibeli dan dimuat turun untuk dibaca pada iPad.
Continue reading Membaca novel dan buku berbahasa melayu digital di mana-mana dengan E-Sentral
P1 Wimax memperkenalkan device MiFi MF230 kepada pengguna
Penyedia Internet Wimax pertama Malaysia iaitu P1 Wimax baru-baru ini telah memperkenalkan device terbaru mereka MiFI MF230 kepada pengguna internet mudah alih di Malaysia.
Apa itu device P1 MiFi MF230 ?
MiFi merupakan nama lain kepada wireless router mudah alih. Berbeza dengan wireless router biasa, MiFi bersaiz kecil, menggunakan kuasa bateri, mudah dibawa, dan boleh menerima signal Wimax dan seterusnya boleh dikongsi dengan device-device yang lain. Oleh itu anda dapat menjimatkan wang dengan hanya melanggan satu pelan P1 Togo, dan seterusnya berkongsi internet tersebut dengan beberapa device lain seperti laptop, smartphone, ipad secara serentak.
Gambar di bawah menunjukkan device P1 MiFI MF230 (tengah)
Menarik, bagaimana nak mendapatkan device P1 MiFi MF230 ?
Anda boleh mendapatkan device P1 MiFi MF230 dengan harga serendah RM100 setelah anda melanggan mana-mana pakej P1 Togo. Yang menariknya, device MiFi berharga RM100 adalah sangat murah berbanding device MiFi yang ditawarkan oleh penyedia internet mudah alih lain yang berharga setinggi RM300-RM400.
Pakej P1 Togo pula ditawarkan dalam harga mampu milik serendah RM39 sebulan.
Gambar di bawah menunjukkan spesifikasi pakej P1 Togo yang ditawarkan atau anda boleh terus mengunjungi laman rasmi P1 Togo
Jika anda berminat untuk mendapatkan P1 MiFi MF230, anda bolehlah berkunjung ke link rasmi P1 Wimax di bawah untuk keterangan lebih lanjut:
Anda boleh juga like Facebook P1 Buddy untuk tidak ketinggalan berita-berita menarik dari P1 Wimax.
p/s : Terima kasih kepada saudara Denai Hati kerana sudi menjemput kami para bloggers ke tayangan perdana Batman The Dark Knight Rises.
Servis Cloud Storage Terbaik : SkyDrive vs Dropbox vs Google Drive
Apakah itu “Cloud Storage”? Cloud Storage ialah servis yang membolehkan anda menyimpan sesuatu files di dalam ruang storan internet dan files tersebut boleh diakses di mana sahaja dengan mudah.
Sebagai contoh, saya upload gambar yang dirakam pada camera iPhone ke dalam servis Dropbox, dan gambar tersebut boleh diakses pada komputer saya serta tablet Android saya dengan mudah dan cepat.
Cloud storage sangat berguna sebagai tempat backup gambar, video, dokumen, mp3 dan sebagainya dan boleh mengelak kehilangan files2 penting dan berharga sekiranya hard disk komputer anda rosak.
Continue reading Servis Cloud Storage Terbaik : SkyDrive vs Dropbox vs Google Drive
Tips : Kemas Kini Plugin Pelayar Internet Anda
Salah satu punca pelayar internet anda crash atau tidak berfungsi dengan baik adalah kerana menggunakan plugin yang lama dan tidak stabil.
Continue reading Tips : Kemas Kini Plugin Pelayar Internet Anda
Download Adobe Flash Player 11 untuk desktop (32bit dan 64bit)
Adobe telah melancarkan Flash Player 11 untuk desktop dan boleh dimuat turun untuk pengguna Windows, Mac dan Linux.
Flash Player 11 juga boleh didapati dalam dua versi iaitu 32 bit dan 64 bit. Pengguna Internet Explorer dan Firefox 64 bit boleh menikmati kandungan Flash dalam browser anda dengan adanya sokongan penuh 64 bit.
Selain itu, Adobe Flash Player 11 juga memperkenalkan beberapa fungsi baru dan paling penting sekali ialah fungsi Stage3D. Stage3D membawakan hardware acceleration dan meningkatkan kualiti video dan grafik yang boleh dipaparkan melalui pelayar browser yang digunakan oleh anda.
Paling menarik, Unreal Engine 3 telah diintegrasikan ke dalam Flash Player 11 dan kemungkinan lebih banyak games 3D berkualiti tinggi akan boleh dimainkan di dalam browser dalam masa akan datang.
Continue reading Download Adobe Flash Player 11 untuk desktop (32bit dan 64bit)
Cara mengunci browser Google Chrome dan Mozilla Firefox dengan password
Ada pembaca bertanya di ruangan wall facebook mengenai cara meletakkan password pada Google Chrome. Sesetengah orang mungkin tidak suka privasi terganggu jadi salah satu langkah untuk mengawal privasi adalah dengan meletakkan password setiap kali Google Chrome dilancarkan.
Continue reading Cara mengunci browser Google Chrome dan Mozilla Firefox dengan password
Download Mozilla Firefox 7 stable dan Mozilla Firefox Nightly 10 alpha 1
Mozilla Firefox 7.0 versi stabil telah dilancarkan dan sedia untuk dimuat turun oleh semua pengguna Mozilla Firefox sedia ada. Anda boleh download installer penuh ataupun update melalui Help > About > Check for Updates.
Untuk yang berminat mencuba versi alpha, anda boleh muat turun Mozilla Firefox versi Nightly 10 alpha 1.
Continue reading Download Mozilla Firefox 7 stable dan Mozilla Firefox Nightly 10 alpha 1
Carbyn – Sistem Operasi Pertama di dunia menggunakan sepenuhnya HTML5
Carbyn ialah system operasi pertama di dunia yang dibina menggunakan HTML5 sepenuhnya. Carbyn boleh dilancarkan menggunakan mana-mana pelayar internet moden yang menyokong HTML5.
Pembangun Carbyn mengatakan sistem operasi terbaru ini boleh dilancarkan pada pelayar Internet pada iPad, Blackberry Playbook, dan juga tablet Android. Sokongan pada pelayar mobile smartphone akan ditambah pada masa akan datang.
Continue reading Carbyn – Sistem Operasi Pertama di dunia menggunakan sepenuhnya HTML5