Posted on

Download youtube mp4 video (cara 1)

Ok, tutorial kali ini akan mengajar cara-cara untuk mendownload video youtube dalam format mp4 (h264 video, AAC LC audio). Ada beberapa cara yang saya ketahui, tetapi untuk bahagian pertama lebih baik saya jelaskan mengenai cara yang paling senang sekali.

Untuk pengetahuan anda kualiti video youtube dalam format mp4 adalah lebih baik daripada format video yang digunakan youtube sebelum ini, iaitu flv. Malah proses download video mp4 ini pula adalah jauh lebih laju (150++ KBps dengan streamyx 1Mbps) .

Langkah 1 – Copy alamat/url video youtube

Contoh : http://www.youtube.com/watch?v=ECugEe04OnQ

Langkah 2 – Masuk website file2hd

http://file2hd.com

Langkah 3 – Buat seperti dalam gambar.

– Paste url youtube
– Click “I have read….
– Filter : Pilih “Movies
– Akhir sekali tekan “Get Files
Link untuk download akan terpapar (pilih antara format flv atau mp4).
– Jika video didownload tanpa extension atau dalam format lain contohnya (.htm) rename kepada .mp4 setelah selesai download.

Saya syorkan anda menggunakan download manager seperti IDM atau Orbit Downloader untuk mempercepatkan proses download anda.

Selamat mencuba :). Jika anda mengalami masalah memainkan video mp4 youtube, sila rujuk post ini. Sebagai ekstra, saya sertakan beberapa “shots” frame yang dicapture dari video contoh ini. The Brilliant Green rocks !!! 😛

Posted on

Cara download tv show dari web TV3, ntv7,tv8 dan byk lagi!

Kepada peminat-peminat drama dan rancangan stesen televisyen tempatan, anda sebenarnya boleh menonton dan mendownload drama dan rancangan yang anda gemari melalui web rasmi TV3, ntv7 dll..

Bagi yang suka mengumpul dan malas menunggu video streaming, download merupakan satu langkah yang baik.Oleh itu saya ingin berkongsi tips untuk mendownload video² dari web tersebut.

Contoh :

Drama Sadiq & Co dari website ntv7

a)Cara untuk tengok online

1.masuk www.ntv7.com.my
2.klik butang All Shows pada bahagian atas dan pilih Sadiq & Co.
3.Pilih episod 🙂

b)Cara download

Tutorial video

atau download tutorial disini

1.Setelah memilih episod,cari kod embed seperti gambar dibawah.

2.klik pada code tersebut,dan dapatkan url ini “http://medprima.vo.llnwd.net/o18/u/ntv7/pri/sadiq/sadiq_01_013_01_cft.flv” dengan menggunakan butang arah pada keyboard untuk mencari url ini.

#Pastikan url yang anda dapatkan mempunyai .flv pada hujung

3.Copy url tersebut.

4.Masuk download manager anda dan add url.(Dalam contoh saya menggunakan IDM)

5.Klik OK dan download anda akan bermula.

#Langkah² di atas boleh juga diaplikasikan pada website stesen televisyen tempatan yang lain seperti TV3,tv9,tv8 dll.

#Kepada pengguna firefox, anda boleh mendownload dengan lebih mudah hanya dengan menggunakan addon DownloadHelper.

Selamat Mencuba 😉

Posted on

Chat melalui emel dan web!

Tahukah anda untuk chat bersama kawan² anda, anda juga boleh menggunakan emel atau web tanpa perlu menginstall perisian seperti Yahoo Messenger dll.

Kelebihan :

1.sesuai untuk ofis dan universiti dimana Yahoo Messenger dll telah diblok
2.boleh digunakan dimana² shaja yang mempunyai internet tanpa perlu menginstall perisian.

Berikut saya terangkan langkah-langkah untuk melakukannya.

a)Melalui emel (yahoo)

1.sign in emel anda.

2.klik pada Offline.

3.klik pada Avalaible.

4.Sekarang senarai kawan anda telah keluar pada menu di kiri dan klik 2 kali pada nama mereka untuk chat.

b)Melalui web

1.Masuk www.meebo.com

2.Pilih akaun yang anda ingin gunakan dan klik Sign On.Dalam contoh ini saya memilih akaun Yahoo.

3.Sekarang senarai kawan anda akan terpapar dan klik untuk chat 🙂

Selamat mencuba 😉

#Update

Selain meebo.com,anda boleh juga mencuba beberapa chat web-based yang lain seperti :

1.http://webmessenger.yahoo.com/

2.https://imo.im/

thanks kepada SHiDi untuk imo 🙂

Play by FoxSaver®
Posted on

Tips Google yang berguna (edisi pelajar)

Sebagai seorang pelajar (universiti), berikut adalah beberapa “command” yang biasa saya gunakan untuk mencari bahan-bahan yang berguna untuk tujuan pelajaran.

#1. Guna google sebagai kamus

Taip define:[perkataan] untuk mencari maksud sesetengah perkataan dengan menggunakan Google.

Contoh : taip define:action potential untuk mencari maksud bagi action potential. Action potential adalah terma saintifik dalam bidang biologi.

#2. Guna google untuk mencari nota-nota dalam format ppt (powerpoint) doc (word) dan pdf

Taip [tajuk nota] filetype: [ppt,word,pdf]

Contoh : taip bacteria structure filetype:ppt untuk mencari nota-nota mengenai bacteria structure dalam bentuk powerpoint presentation. Tukar ppt kepada doc atau pdf untuk mencari dalam format lain.

#3. Guna google untuk mencari nota-nota atau bahan interaktif dalam format swf (flash)

Bosan dan tidak faham membaca nota-nota yang penuh dengan tulisan? Cuba mencari bahan-bahan dalam bentuk flash yang penuh animasi dan interaktif.

Contoh : taip gram staining filetype:swf untuk mencari bahan animasi flash mengenai gram staining.

Jadikan proses pembelajaran lebih interaktif, belajar secara bijak ! Jangan lupa sebarkan tutorial ini kepada kawan-kawan atau pensyarah-pensyarah anda !!! 🙂

Posted on

Tukar warna tema Yahoo Mail anda

Bosan dengan tema asal Yahoo Mail anda? Tutorial ini akan mengajar cara-cara untuk menukar warna tema asal kepada warna tema lain yang lebih menarik.

Cara-caranya agak mudah, tetapi masih ramai yang tidak tahu mengenai hal ini dan itulah tujuan saya menulis tutorial ini.

Tema asal Yahoo Mail – biru “Ocean”

Tekan bahagian Options > Colors pada bahagian atas, kanan

Ada 6 pilihan warna; Ocean (tema asal), Chrome, Tangerine, Violet, Grass dan Bubblegum

Tangerine

Bubblegum

Selamat mencuba! 🙂

Posted on

Pelbagaikan tema Mozilla Firefox anda dengan Personas (Bhgn 2)

Setelah anda selesai install extension Personas, anda kini boleh menukar tema firefox anda berpandukan tutorial ini.

(Tutorial ini menggunakan firefox versi 3 beta 5, pengguna firefox 2 tidak perlu risau kerana tidak ada perbezaan ketara antara tema asal firefox 2 dan firefox 3)

Tema asal firefox 3:

Tekan icon “Personas”

Contoh, pilih tema “Foxkeh Kodomo No Hi”

Selang beberapa saat, tema firefox anda akan ditukar kepada tema Kodomo No Hi:

Menarik bukan? Contoh tema lain: Groovy Orange

Terdapat bermacam-macam tema lagi sebagai pilihan, selamat mencuba.

Posted on

Pelbagaikan tema Mozilla Firefox anda dengan Personas

Personas ialah extension untuk firefox yang menambahkan fungsi menukar tema secara “real-time”.

Sebelum ini, proses untuk menukar tema firefox adalah amat memakan masa dimana anda perlu download tema dan install, kemudian restart firefox, barulah tema dapat digunakan. Selain itu, saiz sesetengah tema adalah besar sehingga 2-3mb dan amat membebankan mereka yang menggunakan capaian internet yang perlahan.

Dengan Personas, anda dapat:

– Pilih pelbagai tema dari pelbagai kategori
– Pelbagai pilihan tema menarik, tema foxkeh ialah pilihan saya
– Menukar tema semudah satu klik sahaja, tanpa perlu anda restart firefox
– Ringan dan pantas

Anda boleh install Personas melalui link ini : Personas for Firefox

Personas boleh digunakan untuk Mozilla Firefox versi 2 dan 3.

Bersambung bahagian 2.