Posted on

Cara Update iOS 7 Beta pada iPhone

IMG_0119

Jadi, dipendekkan cerita saya telah upgrade iPhone kepada iOS 7 Beta. Buat masa sekarang masih banyak bugs dan tidak stabil, nak cuba pakai dalam seminggu, kalau banyak masalah baru downgrade ke iOS 6 balik.

Untuk yang berminat, anda boleh update ke iOS 7 beta dengan cara berikut :

1. Daftar UDID iPhone anda dengan Apple Developer Program. Samada, anda bayar RM300 (setahun) kepada Apple untuk dapatkan akses developer, atau minta tolong kepada rakan yang ada akses kepada Apple Developer Center. Langkah ini sangat penting kerana Apple menghalang pengguna biasa daripada upgrade iOS Beta version.

2. Sesetengah website juga menawarkan servis mendaftar UDID iPhone…google it. Kebanyakan adalah berbayar.

3. Download iOS 7 Beta ipsw daripada website, contoh IMZDL.com.

4. Bila dah dapatkan ipsw iOS 7 Beta dan juga telah mendaftar UDID, buka iTunes, cucuk iPhone pakai kabel USB dan boleh restore kepada iOS 7 Beta.

5. Pastikan anda membuat backup kepada iPhone tersebut sebelum upgrade.

6. Dalam masa 10-15 minit, proses upgrade iPhone ke iOS 7 Beta sudah boleh berjalan lancar sekiranya anda mengikut langkah yang betul.

Kalau nak downgrade balik ke iOS 6.1.3/6.1.4 boleh tengok tutorial berikut : Downgrade iOS 7 Beta

7. Selamat mencuba! 🙂


RELATED POSTS

BACA :  Pelan Maxis iPhone 4 #Maxis10

3 thoughts on “Cara Update iOS 7 Beta pada iPhone

  1. eins nak tanya mcm mana nak tau UDID kita ni “developer” sbb member cakap dh tolong bagi access tp kita nak check balik betul ke tidak

    1. cuba langkah di atas, kalau berjaya, maknanya UDID dah daftar lah tu

  2. macam mana mo update dari ios 6.1.3 kepada 6.1.4?
    sbb dri 6.1.4 bru leh update ios7 kan

Tinggalkan komen anda