Posted on

Cara sync dan backup bookmark pada Mozilla Firefox dan Google Chrome

firefox chrome logo

Pernahkah anda mengalami situasi berikut;

Bookmark berpuluh-puluh website adress untuk tujuan research, fyp, assignment, penulisan blog dan sebagainya tetapi atas beberapa sebab kesemua bookmark itu hilang dan anda terpaksa cari balik satu persatu link yang anda bookmark dulu

Bookmark boleh hilang mungkin disebabkan laptop kena curi, laptop kena format, hard disk crash dan sebagainya.  Pada masa memerlukan bookmark2 tersebut pasti anda menyesal kerana tak pernah backup langsung bookmark2 tersebut.

Sebenarnya ramai lagi tak tahu cara backup dan sync bookmark pada pelayar internet. Dalam tutorial ini saya akan memberitahu cara-cara backup bookmark pada pelayar Google Chrome dan Mozilla FIrefox.

1. Backup bookmark Google Chrome

backup google chrome bookmark

Buka Google Chrome, tekan pada butang Menu dan buka Bookmark Manager. Untuk backup bookmark anda boleh tekan pada export bookmarks.

backup bookmark google chrome

Anda boleh export bookmark tersebut ke dalam mana-mana local disk ataupun pendrive. Bookmark akan disimpan dalam format html document. Dalam contoh ini saya pilih untuk backup dalam pendrive.

backup google chrome bookmark[8]

Dan untuk restore balik backup bookmark kepada google chrome anda, tekan import dalam Bookmark Manager dan pilih balik file backup tadi. Senang bukan? Dan bookmark2 anda akan muncul kembali dalam bookmark manager.

2. Sync Google Chrome

google chrome sync

Tekan Options > Personal Stuff dan anda akan lihat ada butang Set up sync.

google sync[8]

Sign In dengan Google Account dulu.

google chrome sync[8]

Anda boleh pilih nak sync apa. Bagi saya sync semua terus termasuk extension, passwords, themes dll selain bookmarks.

sync

Dan process sync sudah siap. Lain kali nak restore bookmark pada Google Chrome anda hanya perlu login google sync seperti tadi.

3. Backup Bookmark Mozilla Firefox

backup bookmark Mozilla Firefox

Tekan pada Bookmark menu > Show All Bookmarks. Kemudian tekan pada butang Import and Backup untuk backup bookmark. Bookmark firefox disimpan dalam format json. Kalau nak restore tekan butang Import sahaja. Firefox juga boleh import bookmark Google Chrome.

BACA :  Tips Google yang berguna (edisi pelajar)

4. Firefox Sync

firefox sync

Untuk menggunakan Firefox Sync, anda perlu buka option dan tekan pada butang sync. Kemudian, tekan set up firefox sync untuk memulakan proses sync.

firefox sync[10]

Anda terpaksa buat akaun Firefox Sync dulu sebelum guna.

firefox sync[12]

Anda akan diberi sync key. Pastikan save atau print sync key ini.

firefox sync tutorial

Anda sudah berjaya sync firefox bookmarks dan setting. Kalau ada smartphone iPhone atau Android boleh try app Firefox Home dan juga Firefox app untuk Android.

Maklumat lanjut di http://www.mozilla.com/en-US/firefox/sync/firstrun.html.


Selamat mencuba! 😀


RELATED POSTS

7 thoughts on “Cara sync dan backup bookmark pada Mozilla Firefox dan Google Chrome

  1. sync kat google chrome memang tak mengecewakan 😀

    1. yup google sync memang senang sbb pkai google account…firefox nak kena setup baru

  2. nasib baik sebelum skrin laptop pecah haritu sempat sync kat google chrome. bila dh beli laptop baru ni dapat balik mcm kat laptop lama 🙂

    yang mozilla tu, simpan suma bookmark dalam pen drive walaupun tak banyak mana pn bookmark 😀

    sangat berguna tips ni.

    1. macam mana skrin laptop boleh pecah tuh…nasib baik kan ada fungsi sync2 nie…cepat dan memudahkan 😀

  3. terbaik..mudah difahami..2 thumbs up!

    1. Oo mr hac pun lepak cni…nice

  4. tak pernah tahu pun! thx brah! very useful tips! :biggrin:

Tinggalkan komen anda