Posted on

Cara renew lesen memandu Malaysia secara online

renew-license-online3

Servis MYEG memudahkan rakyat Malaysia renew lesen memandu kenderaan secara atas talian (online). Dalam 10 minit, lesen memandu anda berjaya di perbaharui, tanpa perlu keluar bersesak di pejabat POS dan sebagainya. Tunggu tak sampai 2 hari, lesen memandu baharu telah sampai ke tangan anda. Berminat untuk memperbaharui lesen memandu secara online? Jom kita baca

1. Daftar atau login akaun anda di MYEG

Klik link ke MYEG 

2. Klik pada pautan Jabatan Pengangkutan Jalan

renew-license-online2

 

3. Klik pada pautan Driving License Renewal (Baharui Lesen Memandu)

renew-license-online3

 

4. Masukkan maklumat anda, dan pada Collection Method (Kaedah Pengambilan), pilih Delivery / Penghantaran

renew-license-online4

 

5. Selepas semua maklumat di perlukan di isi, klik hantar borang.

renew-license-online5

 

6. Maklumat yang di isi sebelumnya akan di paparkan untuk tujuan pengesahan. Jika semua maklumat adalah betul, klik butang Proceed/Teruskan

renew-license-online6

 

7. Pilih pembayaran melalui Other Payments (Credit Card, Online Banking)

renew-license-online7

 

8. Klik pada butang Online Banking jika anda mahu menggunakan Maybankk2u, CIMB Clicks dan lain-lain. Jom lihat tutorial daftar Maybank2u

renew-license-online8 renew-license-online9 renew-license-online10 renew-license-online11 renew-license-online12

 

9. Jika pembayaran anda berjaya, anda akan di berikan pengesahan bayaran oleh MYEG untuk pembaharuan lesen memandu anda.

renew-license-online13

 

10. Lesen memandu baru anda akan sampai dalam masa 1-2 hari bekerja. Mengikut pengalaman saya, servis yang sangat pantas kerana saya pernah menerima dalam hari yang sama, wow! Jika anda belum terima renew lesen memandu selepas 3 hari, bolehlah hubungi 03-7801 8888 atau emel [email protected]

Selamat mencuba 😉


RELATED POSTS

BACA :  Tutorial online menggunakan handphone 3G

11 thoughts on “Cara renew lesen memandu Malaysia secara online

  1. ambik masa juga ye ikut dia punya step by step tapi at least tak payah beratur panjang-panjang kat jpj

  2. kalau motosikal pon boleh renew online kan bagus ..

  3. tapi myeg hanya dapat slip, kalau nak tukar jadi kad kena ke pej. pos atau JPJ juga..

  4. Brape 1 tahun Renew lesen memandu. …?

  5. nak tanye ~ mylesen b2 (L) boleH renew tak …

  6. Kalau lesen da tmt tempoh 3bulan ada x byran kalau nak renew

  7. Kalau saya di luar negara mcm mana

  8. Baru renew lesen memandu guna myeg.
    Sehari sahaja dah dapat. Ingatkan dapat kad lesen “baru”.. tapi masih lesen yang style lama (laminated)
    Katanya dah kena tuko baru tapi kenapa masih dapat kad style lama… tak faham juga ni

    1. Nak tanya lesen sir lesen cdl ke lesen vokasional??

  9. Salam, nak tanya. Saya lambat nak renew lesen 2 minggu dah, kalau saya buat okay ke? and betul ke dah buat nanti dapat slip bukan kad, and nak kad kena pergi pejabat pos? Terima Kasih

  10. skrg sya tgh online..tp utk renew lesen memandu xde dlm web ni..

Tinggalkan komen anda