Posted on

Cara remove virus Live Security Platinum

Baru-baru ini pc kawan saya telah diserang oleh sejenis virus baru yang saya panggil Live Security Platinum virus. Virus ini menyamar sebagai perisian antivirus, dan memaksa anda membeli perisian antivirus palsu tersebut untuk menghilangkan jangkitan virus.

Padahal, antivirus tersebut merupakan sejenis virus. Berikut merupakan screenshot antivirus palsu tersebut atau virus Live Security Platinum. Jika komputer anda mempunyai perisian seperti gambar di bawah, itu maknanya komputer anda telah diserang virus Live Security Platinum.

Live-Security-Platinum

Setelah di jangkiti virus ini komputer anda tidak dapat melayari internet seperti biasa, tidak dapat membuka program antivirus lain, tidak dapat menggunakan Windows Task Manager dan lain-lain. Untuk menghilangkan jangkitan virus Live Security Platinum, anda perlu download beberapa perisian di bawah terlebih dahulu:

1. Windows Registry repairer

2. RKill

3. Malwarebytes

4. HitmanPro

Dan selepas itu follow guide lengkap di MalwareTips website.

Berikut penerangan secara ringkas guide dari MalwareTips

1. Restart windows dan masuk ke dalam safe mode dengan tekan F8 sebelum windows. Pilih safe mode with Networking.

2. Cuba buka Internet Explorer. Jika anda dapat mengakses internet, anda tidak perlu melakukan step 2 dalam guide MalwareTips iaitu STEP 2: Remove Live Security Platinum malicious proxy server

3. Double klik Windows Registry repairer yang anda telah download. Windows Registry repairer akan membetulkan kembali registry windows anda yang telah dirosakkan oleh virus tersebut.

4. Double klik RKill untuk menghentikan prosess yang dijalankan oleh virus tersebut.

5. Setelah repair registry dan kill process virus tersebut, anda perlu menggunakan Malwarebytes untuk membuang virus Live Secrurity Platinum dari komputer anda.

6. Restart.

BACA :  McTube – Aplikasi YouTube untuk iOS dengan fungsi download video

7. Masuk ke dalam windows seperti biasa (bukan lagi safe mode) dan gunakan HitmanPro untuk mencari sasi baki virus Live Security Platinum dari komputer anda.

8. Jika anda follow sebetulnya guide dari MalwareTips, besar kemungkinan komputer anda sudah bebas dari jangkitan virus Live Security Platinum

Selamatn mencuba Winking smile


RELATED POSTS

16 thoughts on “Cara remove virus Live Security Platinum

  1. best ar boyi dpt keje syok “Hi! Saya merupakan seorang web developer sepenuh masa di Petaling Jaya. Seorang yang sukakan teknologi dan gadget. Follow saya di twitter @cyberflyx” xmo ajor ak gok ke ~Roy~

  2. last week, lappy adik aku kena virus nie…tapi aku xleh nak settle coz lappy tue bukan kat depan aku., .nak instruct by phone pun..budak2 mana nak paham sangat technical term…

    soalan aku, perisian antivirus yg dicadangkan tue didownload dan disimpan dalam pendrive ke? as mentioned above, nak online pun tak boleh..aku ada baca tips kat source luar..banyak dah menulis pasal nie…

    tak kena kat aku, so tak berapa jelas serangan virus nie..kena tunggu raya baru boleh sentuh lappy yg kena virus nie…

    1. Perisian tu boleh download dan simpan dalam pendrive. Ataupun download masa dalam safe mode, selepas pastikan dah boleh akses internet.

      Virus ni mmg power, sebab sampai sekarang masih tak jumpa cara bagaimana dia boleh infect pc kita. tiba tiba je kena.

      1. antivirus Malwarebytes nk kena beli ke?

        1. boleh guna tak beli pn. download dan install.

  3. Gne sistem restore lg sng kot…

    1. cara kat atas untuk orang yg tak berjaya guna system restore. fyi aku pn try guna system restore, tp tak berjaya

  4. pc kat office terkena virus ne…abis semua benda dia blok.saya rasa saya tak ada d/load apa2 .tiba2 jer Live Security Platinum scan pc .pas2 saya try delete /remove tp x boleh.ari esok la , saya cuba remove virus ikut yg awak ajar.hopefully boleh la,,,

  5. takboleh nk buat safemode. cemane ni? :'(

  6. Ohh finally ! berjaye pun after almost 2 hrs. Nice guide for someone who is not computer-savvy like me. Bunch of thanks yaa:D kpd org lain yg ter-infect dgn virus gatal ni, I wish you gudluck. Senang je neh !

  7. Saya pernah kene virus ini. Cara resolve saya mungkin simple sikit.. Bukak windows dalam keadaan safe mode.. Boleh terus uninstall software ini dah terus delete menggunakan CCleaner. Dan selepas ini buka windows seperti biasa scan balik pc kami.

    Thanks 🙂

  8. sekarang laptop saya kene virus ni..
    sekarang saya nak cube ikut cara yang ditunjuk tp kat atas tu kata kene download dan masalah nye saya xboleh nak download bende kat atas tu sbb virus..
    kalau hantar kedai ok ke???
    saya da buntu ni.. plss someone help…??

  9. saf kau gune lah safe mode . mesti bleh donload. tp kena bukak melalui safe mode dulu.

  10. cara mudahnyer, guna system restore…. pastu fix registry ngn advance systemcare pro.. hope membantu…

  11. laptop sy cme boleh on 2-3 minit je..xsampat nk install dri pendrive terus padam…mcmne ye?

Tinggalkan komen anda