Posted on

Cara Record Online TV & Record Video Game guna Mirillis Action!

record tv3 online

Beberapa bulan lepas saya ada menulis mengenai perisian kegemaran saya iaitu Mirillis Action! yang boleh rekod online TV, Video, Games serta Desktop. Mirilis Action! bagi saya perisian yang sangat mudah digunakan, hasil output video yang berkualiti tinggi serta harga murah jika dibandingkan dengan perisian seumpamanya.

Berikut merupakan tutorial ringkas  untuk pengguna baru mahupun pengguna sedia ada Mirilis Action! ini.

Basic guna Mirillis Action

mirilis action[6]

Butang F9 untuk record dan butang F6 untuk hide/show HUD (FPS counter).

Terdapat tiga mode anda boleh rakam iaitu Game, Desktop dan Region.

Cara Rekod Online TV (tonton.com.my)

tonton

Digalakkan guna setting berikut : region recording > set saiz kepada 854×480. Pada video quality, anda boleh set kepada high dan audio output pula set kepada MP4 audio.

Tekan F9 untuk rakam. Biasanya saya rakam secara terus termasuk iklan, lepas tu baru potong part yang tidak mahu guna perisian edit video seperti Windows Live Movie Maker misalnya.

Pastikan sambungan internet anda laju dan tiada putus-putus supaya rakaman siaran TV berjalan lancar. Demo video di bawah.

Satu cara lagi, anda boleh play video dalam fullscreen kemudian buat screen recording dan jika video yang anda stream ini dalam HD, boleh record terus kepada 720p mp4. Contohnya jika play video HD di Netflix misalnya.

Cara Rakam Video Game

mirilis action video game

Menggunakan Mirillis Action! anda boleh merakam video ketika bermain PC games kegemaran anda. Video itu seterusnya anda boleh upload ke YouTube, Facebook atau disimpan untuk tontonan peribadi.

Jika anda mempunyai webcam, anda boleh masukkan muka anda dalam rakaman video game, ala PewDiePie.

BACA :  InstaPic – aplikasi Instagram untuk Windows 8

Untuk merakam, set mode kepada gaming dan minimize kemudian baru launch game. Ketika game sedang berjalan, tekan butang F9 pada keyboard untuk mula merakam. Jika saiz video yang anda rakam terlalu besar, boleh export ke format yang lebih kecil atau import ke Windows Live Movie Maker dan save video dalam format Youtube HD atau Facebook HD.

 

Demo video 720p MP4 dari game KOF XIII Steam yang saya rakam semalam.

Dapatkan Mirilis Action!

Mirillis Action! merupakan perisian berbayar dan anda boleh cuba trial 30 hari jika berminat. Manakala untuk mendapatkan key original, boleh dapatkan di bawah :

 

Selamat mencuba!


RELATED POSTS

6 thoughts on “Cara Record Online TV & Record Video Game guna Mirillis Action!

  1. Boleh emel saya key orginal :))

  2. tlg emel saya key original

  3. boleh emel kn saya juga.?

  4. saya ada test record video dari tonton guna software ni dengan mengunakan lappy …..
    tapi apsal audio video tersebut agak teruk ye

  5. as salam…boleh dpt free ke key activated software ni

Tinggalkan komen anda