Soalan rekues daripada saudara Syamsul Muhammad di Facebook, mengenai “software untuk translate subtitle di video.”
Cara 1 : Manual Translate guna Notepad
Untuk fail subtitle dalam format .SRT anda boleh edit secara terus menggunakan Notepad.
Cara yang paling mudah dan paling cepat, anda boleh translate setiap baris ayat dalam bahasa Inggeris ke dalam bahasa Melayu, bahasa Kelate ataupun mana-mana bahasa yang anda mahu. Selepas siap edit, tekan save dan cuba play video dengan subtitle tersebut.
Cara 2 : Translate Subtitle guna Google Translate
Tahukah anda, Google Translate juga menyokong terjemahan dokumen seperti Word, Text dsb?
Untuk translate subtitle menggunakan Google Translate, anda kena tukar extension .srt kepada .txt terlebih dahulu. Dan kemudian baru upload ke Google Translate.
Anda boleh copy paste ayat-ayat yang telah diterjemah ke dalam fail subtitle asal, kerana terdapat beberapa error seperti symbol dan timing yang tidak kena selepas conversion akan mencacatkan subtitle anda.
Selain Google Translate, anda juga boleh guna Google Docs, upload dokumen, tekan Tools > Translate dan save dokumen yang telah diterjemah itu.
Cara 3 : Software Subtitle Translator
Terdapat beberapa perisian yang menawarkan terjemahan subtitle secara percuma, berikut adalah beberapa software yang saya jumpa melalui carian Google :
dan beberapa lagi yang anda boleh cuba sendiri jika perlu.
Cara 4 : Translate Subtitle guna Microsoft Word
Tukar extension .srt kepada .txt kemudian buka guna Microsoft Word. Selepas itu tekan tab Review > Translate dan pilih bahasa yang anda ingin terjemah.
Microsoft Word menggunakan enjin terjemahan daripada Bing Translator dan jika dibandingkan secara kasar, bahasa yang diterjemahkan lebih tepat sedikit berbanding Google Translate.
Anda kemudiannya boleh copy paste ayat-ayat terjemahan ke dalam file subtitle jika mahu.
——
——
Selamat mencuba!
RELATED POSTS
terbaik web jomphp nieh, bru tnye skit smpai detail dbgthu nye..appn trimas,, sy bg 4 bintg daia web jomphp nie.
bro lepas dah save ke notepad mcm mana nak converkan jadi .srt balik..?
@noobie :
Boleh buat ikut dua cara.
Cara #1 :
Buka fail sari kata .txt tu tadi, pilih “File” > “Save As…” dalam kotak “File Name:” tu letak apa-apa nama, contoh Subtitle dan jangan lupa letak .srt dibelakang. Contoh : “Subtitle.srt”. Selesai.
Cara #2 :
Klik kanan pada sari kata .txt tu tadi dan ambil “Rename” lepas tu buang extension .txt dibelakang tu dan di gantikan dengan .srt dan kalau di tanya betulkah tindakan anda, pilih Yes atau Ok je. Contoh : “Subtitle.txt” > Rename > “Subtitle.srt”.
tapi nanti format dia tetap .txt jugak kan?
boleh change to .srt
maaf kalau soalan saya agak kelakar,
boleh buat guna h,phone x??,í ½í¸
apa yang kelakar guna phone pn boleh