Posted on

Cara menjimatkan penggunaan bateri smartphone Android

jimat bateri android

Ramai pengguna iPhone mengadu bateri smartphone Android cepat habis, kadang-kadang sehari sampai dua hingga tiga kali kena cas. Ini adalah kerana masalah sistem operasi Android itu sendiri yang tidak efisien dari segi penggunaan tenaga dan interaksi antara software-hardware pada system level.

Tips berikut merupakan cara yang berkesan untuk meng-optimumkan bateri pada smartphone Android supaya anda tidak perlu sangat bergantung kepada charger atau external battery setiap masa.

Tips : Menjimatkan bateri smartphone Android

Perkara asas yang boleh dilakukan untuk memanjangkan bateri smartphone Android :

– tutup Wifi, 3G, Bluetooth bila tidak perlu

– mute/silent atau kurangkan volume pada phone

– menggunakan fungsi automatic brightness, lebih menjimatkan bateri berbanding menggunakan full brightness sepanjang masa

– sekiranya menggunakan internet WiFi, anda boleh tutup 3G begitu juga bila menggunakan 3G, tutup WiFi.

– mengelakkan penggunaan live wallpaper kerana walaupun cantik tetapi ianya sangat memakan bateri.

– elakkan meletakkan widgets yang terlampau banyak di homescreen kerana widget biasanya membazir bateri. Cukuplah sekadar widget jam dan cuaca sahaja.

– sekiranya menggunakan smartphone Android menggunakan skrin AMOLED (contoh : Samsung Galaxy S, SII, SIII, Note, Galaxy Nexus) anda digalakkan menggunakan wallpaper dan tema berwarna hitam/gelap kerana ia lebih menjimatkan bateri.

Battery Doctor untuk Android

battery doctor android

Android juga mempunyai aplikasi Battery Doctor seperti mana Battery Doctor iPhone. Anda boleh download secara percuma di Google Play Store.

Download Battery Doctor Android.

jimat bateri android[4]

Untuk menjimatkan bateri menggunakan Battery Doctor, anda boleh pilih pelbagai settings atau pilih mode : Extrem Mode, Clock Mode atau Custom Mode.

Custom ROM dan Kernel untuk Android

Smartphone popular Android seperti Galaxy S2, Galaxy Note, HTC One X, Galaxy Nexus, Galaxy S3 mempunyai ramai peminat dan komuniti pembangun yang besar. Power-user Android biasanya menggunakan custom Android ROM seperti CyanogenMod, AOSP-based ROM dan AOKP-based ROM kerana custom ROM jauh lebih ringan berbanding stock ROM (ROM atau firmware default Samsung, HTC dan sebagainya).

Selain custom rom, pembangun Android juga membuat custom kernel Android bagi menggantikan kernel asal pada stock rom. Custom kernel membolehkan optimasi yang lebih baik bagi bateri, processor, gpu dan hardware lain.

BACA :  Dell Vostro 5470 Review – Ultrabook untuk semua

jimat bateri android[6]

Bagi pengguna Samsung Galaxy S2 i9100, berikut cadangan rom dan kernel yang bagus untuk anda :

ROM cMIUI Android 4.1.2

Kernel Dorimanx 7.X

ExTweaks : Extreme Battery Profile

Pengguna smartphone Android yang lain, boleh jelajah forum XDA Developers untuk mencari custom ROM dan custom kernel yang terbaik untuk smartphone anda.

Root, Overclock dan Underclock Android Phone

root-setcpu-voltage-control

Bagi pengguna smartphone yang telah rooted atau telah flash kepada custom rom, anda boleh mencuba underclock processor untuk lebih menjimatkan bateri.

Katakan Galaxy S2 i9100; processor dual core 1.2GHz…menggunakan app di atas, anda boleh turunkan kelajuan processor kepada dual core 1.0GHz misalnya. Secara teori, lower clock speed lebih menjimatkan tenaga dan 1.0GHz sudah cukup untuk kegunaan harian.

Untuk root phone Android, anda boleh cuba SuperOneClick : Download SuperOneClick

Untuk underclock dan juga overclock : boleh gunakan SetCPU atau Voltage Control

Sebagai peringatan, root boleh menjejaskan warranti phone anda manakala underclock atau overclock processor boleh menyebabkan kerosakan kekal pada hardware phone. Jadi, jangan cuba kalau anda tidak yakin.

custom rom galaxy s2

Pengguna Galaxy S2 GTi9100, jika anda pengguna Dorimanx kernel, boleh cuba settings berikut. Buka ExTweaks dan pilih profile extreme_battery dan processor akan diturunkan kepada 1.0GHz dual core. Sedikit perlahan tapi battery life akan jadi bertambah baik, percayalah!

Untuk lebih laju, pilih profile extreme_performance dan processor akan dinaikkan kepada 1.5GHz dual core. Sebagai balasan, anda akan menghadapi battery drain yang lebih cepat berbanding asal.

Selepas gunakan ExTweaks, pastikan anda reboot dulu phone untuk mengelak hang atau lag.


Kelebihan Android sebagai sistem operasi sumber terbuka adalah bebas mengubahsuai dan mengeksploitasi keupayaan hardware smartphone ke tahap yang jauh lebih baik berbanding setting yang telah ditetapkan oleh pengeluar.

Selamat mencuba! 🙂


RELATED POSTS

43 thoughts on “Cara menjimatkan penggunaan bateri smartphone Android

  1. Apa maksud custom ROM?

    1. custom rom bermaksud rom yang dibuat/diubah/ditambah-baikkan oleh komuniti developer Android…bukan rom atau perisian asal daripada pengeluar macam Samsung atau HTC

  2. Boleh pertimbangkan CPU Sleeper (terdapat juga versi CPU Sleeper Dual Core), yang akan berfungsi “mematikan” fungsi cpu pada mode hfon sedang sleep, menjimatkan bateri dan kadang2 boleh lihat peratus bateri akan bertambah 1-5%. Cubalah =)

    1. fungsi tu ada dalam extweaks yg aku dah guna

      1. Oic… kat bahagian mana nak set tu dlm extweaks?
        Ada sikit persoalan, currently saya guna PA v2.22 + DorimanX 7.3.
        Kalau dkt info Performance dia, current CPU Governor HYPER dgn minimum 200mhz, maximum 1200mhz. Tanda set on boot ticked. Bila ubah kat situ governor dia, kejap je ok lepas tu mesti akan balik to hyper. Saya rasa mungkin sebab ada install ROM Toolbox, so saya try ubah setting govenrnor dlm RT tu, pun ok sekejap je lepas tu back to hyper. Agaknya sebab ada extweaks yg saya tgk masih kat mode hyper lagi kot.

        Btw, kongsilah sikit tips utk tweak guna extweaks kalau x keberatan, TQ in advance 😉

        1. Extweaks – guna profile extreme, extreme battery, performance, extreme performance untuk lebih senang
          kalau extreme performance dia OC processor dari 1.2Ghz dual core kepada 1.5Ghz dual core
          kalau extreme battery dia underclock processor dari 1.2Ghz dual core kepada 1.0 Ghz dual core

          nak unlock function profile kat extweaks tu, first install extweaks dari play store…pastu unlock license dia, kena install extweaks yang berbayar pula…kalau xnak berbayar kena cari apk dia

  3. Eins,bole ajar cara nak install custom and kernel.mana satu nk install dulu?

    1. boleh install custom rom dulu pastu baru install kernel or vice versa

      1. same with u.samsung s2.bole kasi link utk tutorial?nk try pki custom rom plak.baca kat xda forum tu byk sgt..sampai x tau mana satu yg proven step

        1. S2 i9100 ke i9100G? cuba check dulu

  4. xde G.s2 i9100 only.bole kasi link yg sesuai utk tuto nk flash

    1. baru update artikel ini, sila baca balik sampai habis

  5. Cara paling efektif untuk bateri tahan tukar kepada GSM, sy dh try berkesan kalau kerap internet pakai 3G/WCDMA memang kuat makan bateri. So sy switch kpd wcdma/3g bila perlu. Smartphone memang kuat makan bateri. Cara mengatasi switch kpd gsm

    1. dah include tips tu sebagai perkara asas

    1. aku xpakai nexus 7, tapi ko boleh guna panduan ni sebagai asas

      if perlu cari ROM, kernel dan tools yang sesuai untuk Nex7 tu

  6. untuk htc evo 3d bleh x??

  7. nk guna MIUI 2.9.29 based on CM10 nightly??
    \

    1. MIUI ada untuk evo 3D, tapi xpasti version berapa…check kat http://forum.xda-developers.com/forumdisplay.php?f=1230

  8. Eins, kat mana nk cri custom rom yg sesuai utk htc one x

    1. XDA untuk HTC One X…ko pakai yg tegra 3 ke Snapdragon S4? http://forum.xda-developers.com/forumdisplay.php?f=1684

  9. thanks…
    still old version,2.8.17..
    boleh tak nak guna version 2.9.29 untuk htc evo 3d??

    1. http://forum.xda-developers.com/showthread.php?t=1906298 try tengok thread ni…untuk evo 3d ROM masih based on ICS rasanya

      1. owhh,ok thanks EiNS 🙂

  10. bro cmana nk custom rom & kernal yee..aku xretiii kne Unlocked Bootloaders ke???cmana aku nk try rom ni mcm pawer je http://forum.xda-developers.com/showthread.php?t=1822118 aku kai xperia play toloongg ajaqq

    1. kena unlock bootloaders dulu, install clockworkmod dan baru flash custom rom

  11. ayooo ajo bro xtau daa…pleasee.. mau unlock tu cmana

    1. nah cara unlock xperia play bootloader

  12. mne link bro?? aja step by step bro..br phm 🙂

    1. tengok nih http://forum.xda-developers.com/showthread.php?t=1662199

      maaf aku busy kerja…try blaja sendiri…slow2 xpe

  13. bro nak tnya, aku dah dl battery doctor, dah siap instal dah, lps tu aku ada tertekan yg butang brightness lps tu dia jadi gelap, langsung xda lampu, mcm mna nak fix tu ya?

    1. adjust balik brightness tu jadi full dalam settings? ke apa yg jadi gelap tuh? backlight ke

      1. x dpt nak seting balik sbb dah x nmpk apa2, aa bro backlightvdia yg jadi gelap dah try bwa p kedai tp x dpt fix jga hhu,sori late reply bru dpt on9

        1. biasa dia toggle2 tu takde la sampai xleh nak repair kat kedai…aneh

  14. wokeh tenkius cme ssh jge nk fhm yee..ahaha xpe slow

  15. ada tak pos pasal tutorial pengenalan custom, rom sumer tu. tutorial nak tukar menukar sumer tu. and aku ingat nak upgrade ke jellybean. dah boleh ke eh? aku pakai s2 g.

  16. aq gna note 2..cmne plk?

  17. bagaimana plak nak ‘sleep’ bagi note 3 ye.. tq

  18. Bro kalu s3 mcm mana

Tinggalkan komen anda